CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 151|Reply: 0

My Agro Hypermart pasar produk PKS ke China

[Copy link]
Post time 9-1-2012 05:05 PM | Show all posts |Read mode
MY Agro Hypermart menerusi Rukun Saksama Sdn Bhd akan mengeksport produk keluaran perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan bernilai RM15 juta ke China bermula bulan ini susulan kerjasamanya dengan pemborong negara itu.\rSehingga kini 28 jenis produk PKS sudah dipasarkan di China dengan menggunakan jenama One Malaysia Best dan jumlah itu dijangka bertambah berikutan usaha gigih kerajaan mempromosikan produk tempatan di luar negara.\r\n\n\n\n\r  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata pihaknya juga telah meminta FAMA mewujudkan Agro Bazar di luar negara seperti London bagi memasarkan hasil keluaran pertanian negara.\r\r\n\n\n\n\n  “Syarikat ini (My Agro Hypermart) menjadi pusat pengumpulan hasil PKS untuk dipasarkan di luar negara dan mereka tidak mendapat sebarang suntikan modal ataupun pembiayaan daripada kerajaan. Pihak kerajaan hanya bekerjasama dalam memberi bimbingan serta nasihat.\r“Melalui pasar raya besar ini lebih 2,000 produk PKS dipasarkan di sini dan kita sememangnya mengalu-alukan penyertaan mana-mana syarikat swasta untuk mewujudkan pusat sehenti sebegini bagi memasarkan produk tempatan. Bayangkan kita mempunyai 13,000 produk keluaran IKS.\r“Kabinet sudah meluluskan penggunaan jenama One Malaysia Best bagi terhadap semua produk tempatan yang akan memasuki pasaran antarabangsa,” katanya ketika merasmikan My Agro Hypermart di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), semalam.\rHadir sama pada majlis itu, Pengarah Eksekutif Rukun Saksama Sdn Bhd, Datuk Jamal Yunus yang turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan FAMA, ASIA SHANGTEX serta usahawan IKS.\r\n\n\n\rNoh berkata, walaupun ‘One Malaysia Best’ adalah jenama tunggal bagi produk PKS untuk memasuki pasaran antarabangsa, namun, syarikat yang mengeluarkan produk berkenaan masih boleh mengekalkan jenama mereka.\rBeliau berkata, penggunaan jenama tunggal itu adalah bagi membolehkan produk berkenaan senang memasuki pasaran antarabangsa selain memastikan produk terbabit mematuhi piawaian ditetapkan.\r“Melalui jenama tunggal berkenaan kita akan memastikan setiap produk mematuhi piawaian seperti kualiti, aspek kesihatan dan keselamatan serta jaminan halal,” katanya.\rSementara itu, Jamal berkata, beliau yakin jumlah produk yang akan dipasarkan pasar raya besar berkenaan akan meningkat kepada 3,000 produk dalam tempoh terdekat ini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.037112 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list