CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 159|Reply: 0

IPP meningkat sejajar kenaikan indeks pembuatan, elektrik

[Copy link]
Post time 11-1-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
INDEKS Pengeluaran Perindustrian (IPP), antara pengukur sentimen perkilangan di negara ini, pada November 2011 meningkat 1.8 peratus berbanding  bulan yang sama tahun sebelum berikutan kenaikan di dalam indeks pembuatan dan elektrik.\rIPP pada Oktober disemak semula kepada 2.9 peratus daripada 2.8 peratus tahun ke tahun.\r\n\n\n\n\r  Jabatan Perangkaan dalam kenyataannya berkata, peningkatan IPP pada November 2011 adalah berikutan peningkatan indeks pembuatan dan elektrik yang masing-masing 4.0 peratus dan 2.9 peratus.\r\r\n\n\n\n\n Bagaimana pun, indeks perlombongan turun 4.2 peratus.\rPerbandingan bulan ke bulan, IPP turun 4.6 peratus manakala indeks terkumpul bagi tempoh Januari hingga November 2011 berkembang 1.2 peratus berbanding dengan tempoh sama tahun sebelumnya.\rPeningkatan pengeluaran pembuatan pada November disumbang oleh peningkatan tiga kumpulan - petroleum, kimia dan produk plastik (2.3 peratus); produk galian bukan logam, produk asas logam dan logam yang direka (12.4 peratus); dan produk makanan, minuman dan tembakau (12.9 peratus).\rBagi tempoh 11 bulan pertama 2011, pertumbuhan dicatatkan 4.6 peratus berbanding dengan tempoh yang sama setahun sebelum itu, kata jabatan itu.\r\n\n\n  Mengenai, pengeluaran perlombongan, kemerosotan itu adalah berikutan penurunan 6.2 peratus indeks minyak mentah.\rBagaimana pun, indeks gas asli meningkat sedikit iaitu sebanyak 0.03 peratus.\rBagi tempoh Januari hingga November, sektor perlombongan turun 7.4 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.\rPengeluaran elektrik mencatatkan peningkatan 1.9 peratus bagi tempoh Januari hingga November 2011 berbanding Januari hingga November 2010. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.041154 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list