View: 230|Reply: 0
|
Eastman Kodak saman Apple, HTC ceroboh paten
[Copy link]
|
|
EASTMAN Kodak Co memfailkan saman pencerobohan paten terhadap Apple Inc dan HTC Corp, yang mana ia mendakwa kedua-dua pembuat telefon pintar itu menceroboh sebilangan ciptaan gambar digitalnya.\rSaman difailkan Selasa lalu di mahkamah persekutuan AS, menuntut beberapa Apple iPhone, iPad, iPod, telefon pintar HTC dan komputer tablet menceroboh empat paten milik Kodak berhubung pemindahan imej.\r\n\n\n\n\r Kodak juga membuat aduan terhadap HTC yang berpangkalan di Taiwan dan Apple kepada Persekutuan Perdagangan Antarabangsa (ITC) Amerika Syarikat, sebuah badan penyelesaian pertikaian perdagangan di Washington.\r\r\n\n\n\n\n Selain itu, Kodak juga menuduh HTC menceroboh teknologi previu imej sama miliknya dalam pertikaian yang berlangsung selama dua tahun di hadapan badan itu bersama Apple dan Research in Motion.\rSyarikat peneraju teknologi gambar itu sedang berunding mendapatkan perjanjian pelesenan dengan Apple dan RIM yang dijangka mencecah AS$1 bilion. – AP\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|