Post Last Edit by GuaAnakMelaka at 14-1-2012 14:29
Rasulullah saw bersabda, “Ada dua mata yang tidak akan tersentuh api neraka; mata yang menangis kerana merasa takut kepada Allah, dan mata yang berjaga di malam hari kerana menjaga pertahanan kaum muslimin dalam jihad di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi)
Mengikut pakar perubatan dan psikologi mennagis ada banyak FAEDAH :
BANYAK MANFAAT MENANGIS............
1. Membantu penglihatan
Air mata dapat membantu penglihatan seseorang. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah pengeringan pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.
2. Membunuh bakteria
Tak perlu titis ubat mata, cukuplah air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria.
3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis dapat mengurangkan tekanan dengan menangis, dengan itu mood seseorang akan datang kembali. Air mata yang dihasilkan melalui menangis kerana emosi mengandungi 24 % protein albumin yang berguna dalam menormalkan sistem metabolisme tubuh jika dibandingkan dengan air mata yang dihasilkan akibat gangguan mata.
4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosi adalah mengandungi racun. Keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.
5. Mengurangkan tekanan
Bagaimana menangis mengurangkan tekanan? Air mata mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan tahap tekanan, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh tekanan seperti tekanan darah tinggi.
6. Mengenal erti sosial
Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dengan kawan-kawannya atau seseorang, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.
7. Melegakan perasaan
Semua orang ingin merasa demikian. Walaupun anda diduga dengan berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama-lama perasaan itu.
DI SINI AKU KONGSI BILA AKU MENANGIS :
1.ZIARAH KUBUR.AKU SERING MENANGIS BILA ZIARAH KUBUR TERUTAMA KUBUR DATOK SEDARA AKU ARWAH HJ SALLEH.AKU RAPAT DENGAN DIA SEJAK KECIK DAN DIA SELALU BG MOTIVASI DAN KAMI SELALU BINCANG BANYAK MASALAH...PERNAH ADA HAL PENTING DIA BALIK OVERSEA ,TERUS DATANG OPIS AKU..... AKU MASIH INGAT NASIHAT DIA ..."JANGAN FIKIR APA ORG CAKAP..KALAU IANYA BETUL DAN BENAR,BUATLAH!" 2.BERDOA....AKU SERING MENANGIS BILA BERDOA....KDGKALA AKU DOA SAMPAI 30 MINIT..KDGKALA 1 JAM... 3.BACA QURAN....DALAM BANYAK SURAH,AKU SUKA BACA SURAH AR-RAHMAN...SURAH NI BUAT AKU SELALU MENANGIS... 4.SUJUD....AKU BIASA SUJUD PANJANG BILA SOLAT HAJAT DAN TAHAJJUD....BILA AKU SUJUD DAN DOA PANJANG,AKU MENANGIS... 5.MEMBACA KISAH -KISAH MANUSIA HEBAT SEPERTI WALI ALLAH....AKU MENANGIS SEBAB KAU X HEBAT SEPERTI MEREKA...ADA YANG PUASA CAM NABI DAUD...ADA YG TAHAJJUD SETIAP MALAM....AKU KDG2 SEMINGGU SEKALI JE WAT..... 6.MENULIS BUKU. 7.BERPERANG DENGAN ISTERI. 8.PROPOSAL AKU DITOLAK. 9.MEMANDU KERETA...AKU MMG TAKUT EKSIDEN....JADI AKU BERDOA SAMBIL MEMANDU HINGGA MATA BERLINANGAN... 10.DALAM CERAMAH DAN KURSUS...... 11.MENASIHATI ANAK-ANAK....BILA ANAK AKU DEGIL,AKU MENASIHATI MEREKA SAMBIL MENANGIS... ANAK BONGSU AKU CAKAP "AYAH..JANGAN LA NANGIS....NANTI ADIK X BUAT LAGI.....ADIK SAYANG AYAH...." 12.BERCAKAP DENGAN PEGAWAI KERAJAAN. AKU PERNAH DIHUBUNGI PEGAWAI PERHUBUNGAN KEMENTERIAN,DIA MINTA MAAF BAGI PIHAK PEGAWAI JKM SEBAB AKU NAK SAMAN RM500 JUTA PEGAWAI JKM YANG KURANG AJAR DENGAN AKU.... BILA DIA MERAYU DAN AKU MENDENGAR RAYUANNYA,MATA AKU MEREMBES....
KATANYA "TUAN HAJI....JIKA ADA SURAT PENTING,TUAN HAJI HANTAR TERUS KEPADA KETUA PENGARAH...PASTI SAYA AKAN BACA DAN AMBIL TINDAKAN..."
13.BACA KES ROGOL DAN ROMPAK DALAM PAPER... AKU KESIAN MANGSA ROGOL DAN ROMPAK....MASA BACA PAPER DATOK SOSILAWATIU JUTAWAN KENA BUNUH,BAKAR,MAYAT BUANG KAT SUNGAI,AKU MEREMBES.....
14.DLL
KORANG????????????
http://4.bp.blogspot.com/-dsn_sT-yXWs/TxEgPalHYPI/AAAAAAAAETQ/nQMh4jQKNCY/s1600/dr%2BM%2B23.jpg
..................
PASAL LE GAMBAU AKU POST X KUAU?????? |