View: 184|Reply: 0
|
Saingan ‘adik-beradik’ curi tumpuan
[Copy link]
|
|
Terengganu, T-Team bakal tentukan siapa berhak dilabel jaguh negeri Pantai Timur itu\rPERTEMBUNGAN dua pasukan ‘adik-beradik’ Terengganu dan T-Team, malam ini pasti dinanti-nantikan peminat setia apabila masing-masing bukan saja turun mencari kemenangan malah bakal menentukan siapa yang berhak dilabel jaguh bola sepak negeri Pantai Timur itu.\r\n\n\n\n\r Terengganu yang memulakan saingan dengan langkah kiri, selepas tewas kepada Perak, berada di tangga ketiga liga mengutip enam mata selepas tiga perlawanan manakala T-Team gah berada di puncak liga dengan tujuh mata dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan. \r\r\n\n\n\n\n Pasukan Terengganu bimbingan Mat Zan Mat Aris yang bangkit semakin garang apabila berjaya mengutip mata penuh dalam dua kemenangan berturut-turut pasti merisaukan T-Team apabila turun beraksi dalam kancah Liga Super 2012 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.\rMalah Mat Zan menyifatkan pertembungan dua pasukan senegeri itu pasti sengit serta bakal disajikan persembahan menarik apabila T-Team berada di puncak liga dan sudah pasti semangat mereka cukup membara untuk mengalahkan pasukannya.\r“Mengikut rekod, Terengganu masih memiliki kelebihan ke atas T-Team, namun prestasi luar biasa yang disajikan anak buah Yunus Alif musim ini tidak mustahil satu kejutan bakal berlaku.\r“Saya juga bayangkan perlawanan ini begitu sengit namun tetap yakin pemain yang masih segar selepas membenam Sarawak Selasa lalu akan memberi persembahan terbaik dan tidak menghampakan pasukan,” tegas Mat Zan.\r\n\n\n\rKatanya, diharapkan peningkatan prestasi pasukan yang dipamerkan disamping diperkuatkan dua tenaga import Francis Forkey Doe dan Erison Da Silva Santos Carnietto dapat memberi kelebihan kepada skuad Penyu.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|