CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 178|Reply: 0

Black tak lupa daratan

[Copy link]
Post time 23-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Bertekad dekati peminat dengan menyertai siri jelajah ABPBH2011\rSEKALIPUN puncak kegemilangan sudah dirasai dalam masa yang singkat sebagai penyanyi, Black atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 25 tidak mahu terus hanyut dengan dunia glamor.\r\n\n\n\n\rPada tahun 2010, Black diangkat sebagai Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) sekali gus berada di kelompok penyanyi popular yang dilimpahi peminat.\r\r\n\n\n\n\nDaripada remaja biasa yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, Black kini sudah mampu memiliki dua kereta mewah dan sebuah rumah hasil titik peluhnya.\rMeskipun rezekinya murah, namun tidak sesekali melupakan segala kehidupannya yang pernah dilalui.\r“Alhamdulillah semua yang berlaku adalah takdir dalam kehidupan saya. Kita semua tidak pernah tahu apa yang berlaku di kemudian hari. Apa pun kita jangan lupa untuk terus bersyukur kerana rezeki itu ada di mana-mana saja,” kata penyanyi yang memiliki suara yang unik. \rSebagai anak yang sentiasa menghargai pengorbanan kedua ibu bapanya, Black tidak pernah lupa tanggungjawabnya untuk membalas jasa insan yang pernah menyusu dan membesarkannya sejak lahir. \r\n\n\n\r“Alhamdulillah hasil titik peluh akhirnya saya dapat membeli rumah sendiri. Rumah itu saya hadiahkan kepada ibu dan bapa, saya mahu mereka tinggal di situ kerana lebih selesa berbanding rumah sekarang.\r“Namun saya tidak akan tinggalkan rumah sekarang ini di flet Projek Perumahan Rakyat (PPR), Kerinchi, Pantai Dalam dan akan terus tinggal di situ bersama abang. Walaupun ramai tahu kehidupan di flet kurang selesa, namun sepanjang 25 tahun saya di sana saya cukup serasi.\r“Walaupun saya sudah dikenali ramai, saya tidak akan tinggalkan ramai kawan-kawan yang sama-sama membesar di sana. Aktiviti yang paling seronok adalah bermain bola sepak,” jelasnya lagi.\rMengimbas suka-duka sebelum bergelar penyanyi, Black mengakui perubahan dirinya sebagai artis banyak memberi reaksi positif kepada penduduk di sana.\r“Saya bersyukur sejak bergelar artis ini saya memiliki lebih ramai kawan daripada sebelum ini. Bukannya mahu membanggakan diri atas perubahan saya sebagai artis, namun mahu menyatakan syukur kerana hubungan kami semakin erat daripada sebelum ini. \r“Jika dulu saya tidak diendahkan dan ada yang tidak menyukai saya, namun kini kami semuanya sudah bersatu kembali menjalankan kehidupan lebih aman, atas sebab itu saya sangat sayang untuk tinggalkan flet PPR Kerinchi,” katanya \rMengenai namanya yang tersenarai dalam Top 5 bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular ABPBH2011, Black berkata, dia mahu menyertai seberapa banyak siri jelajah ABPBH2011 kerana daripada situ boleh mendekati dan menghargai peminat. Dalam kategori itu, Black disenaraikan bersama Anuar Zain, Faizal Tahir, Aizat dan Hafiz.\r“Tahun ini saya mahu memberi lebih komitmen kepada penganjuran ABPBH2011 lebih lagi pada siri jelajah ABPBH2011. Bagi saya tidak ada sedikit kerugian mengikuti program ini kerana inilah peluang kami mendekati peminat. Saya melihat ia bukan program jangka pendek hanya untuk ABPBH2011, tetapi membina hubungan jangka panjang bersama peminat.\r“Tahun ini adalah tahun ketiga saya dicalonkan dalam ABPBH dan tahun ketiga juga akan mengikuti road toud. Saya sudah sediakan sesuatu kepada peminat untuk saya berikan pada siri jelajah promosi ABPBH2011 nanti,” katanya yang baru saja pulang bercuti bersama Fasha Sandha, Nabil Ahmad, peminat dan pemenang Gemilang Bersama Bintang ABPBH ke Jakarta-Bandung.\rBercerita mengenai kerjaya, Black yang bernaung di bawah label Monkey Bone Records berpuas hati untuk penerbitan album pertamanya berjudul Black Opsesi yang sudah berada di pasaran sejak Julai tahun lalu.\rUniknya album yang mengandungi enam lagu ini mengangkat nama wanita sebagai judul Dewi Alia, Natalia, Lia, Gina dan Sofea Jane dan lagu lain seperti Aku Rindu Sayang Kamu.\r“Saya puas dengan album ini kerana selain judul dan liriknya, semua lagu dengan genre balada ini diadun dengan vokal bernada tinggi. Untuk album pertama memang saya mengambil masa yang lama kerana menitikberatkan kualiti.\r“Ada lagu yang saya rakamkan hanya 15 minit saja iaitu lagu Sofea Jane. Saya masuk studio untuk mendengar muzik dan terus menyanyi untuk dirakamkan,” katanya.\rTahun ini juga perancangan terus diatur demi memastikan kerjayanya terus menyinar, Black akan memastikan album keduanya dapat diterbitkan pada tahun ini juga. \r“Saya sudah rancang untuk album kedua dan ada pun single terbaru untuk 10 atau 11 lagu, tapi bukan rakam semua lagu, kami masih gunakan pendekatan sama iaitu mengeluarkan single demi single,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.063284 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list