View: 1887|Reply: 6
|
Big Ben dilapor mula condong
[Copy link]
|
|
Big Ben dilapor mula condong
![](http://www.utusan.com.my/pix/2012/0125/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_04.1.jpg)
Menara jam Big Ben (kanan) yang merupakan sebahagian daripada bangunan Parlimen Britain, adalah tarikan utama pelancong di London. - AGENSI
LONDON 24 Jan. - Mercu tanda London, menara jam Big Ben di Palace of Westminster dilaporkan mencondong, sementara media semalam melaporkan kompleks Parlimen itu mungkin runtuh ke dalam Sungai Thames.
Sebuah suruhanjaya House of Common (Dewan Rendah) yang bertanggungjawab menyelia estet Parlimen sejak kurun ke-19 itu dijangka mengadakan pertemuan berhubung perkara itu.
Laporan menyatakan ia akan membincangkan laporan juruukur dalam mencadangkan pembaikan dan kos perbelanjaan melibatkan satu bilion pound (RM4.83 bilion).
Akhbar Daily Telegraph berkata, satu lagi cadangan ialah mungkin menjual estet itu kepada pemaju Rusia atau China melibatkan 500 juta pound (RM2.42 bilion).
Bagaimanapun, jurucakap suruhanjaya itu menafikan laporan tersebut dan berkata, tiada laporan juruukur akan dibincangkan dan anggotanya hanya membincangkan pembentukan satu kumpulan untuk merangka pengubahsuaian secara umum.
Menara jam setinggi 96 meter yang menempatkan genta dikenali sebagai Big Ben itu mencondong sebanyak 46 sentimeter ke kiri.
Seorang pakar pembinaan yang pernah membaiki menara condong Pisa, Itali dan tempat meletak kereta Parlimen di London berkata, tiada perkara yang perlu dibimbangkan.
"Ia akan mengambil masa kira-kira 10,000 tahun untuk ia mencapai tahap yang membimbangkan," ujarnya. - REUTERS
*http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&;dt=0125&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_04.htm |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
janganlah runtuh dulu.. tunggulah sampai i dah sampai ke London baru runtuh... lolz.. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam paper tulis, dengan mata kasar pun nampak kecondongan Big Ben ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
bayangkan kalo runtuh....erk..scarynyee...![](static/image/smiley/onion/cold.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kalu ngan mata kasar pn npk condong alamat..x lama la tu |
|
|
|
|
|
|
|
trade mark london nie...kalo runtuh, london kena cari trade mark yang lain pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|