CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 232|Reply: 0

KD bantah anak jadi penyanyi

[Copy link]
Post time 28-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SESUATU yang kurang enak menerpa puteri sulung Anang Hermansyah dan Krisdayanti ketika Titania Aurelia Nurhermansyah atau lebih mesra disapa Aurel sibuk merencana aktiviti nyanyiannya yang baru bermula.Aurel, 14, dilaporkan dibuang sekolah kerana kesibukannya mengejar cita-citanya dalam bidang nyanyian. Hal itu bagaimanapun dinafikan bapanya, Anang yang menegaskan Aurel masih lagi belajar di sekolah lamanya.\n\n\n\n\"Memang Aurel ingin serius dalam bidang muzik, malah dia punya bakat. Bagaimanapun, saya tidak akan korbankan masa depan Aurel hanya kerana menurut kemahuan dan minatnya.\n\n\n\n\n\"Sebagai bapa, saya tetap mahu dia memiliki pendidikan yang terbaik. Tetapi jika kekal di sekolah lama, Aurel akan terikat dengan peraturan ketat. Mungkin bersekolah di rumah itu pilihan terbaik untuknya,\" kata Anang ketika ditemui media di Lenteng Agung, Jakarta Selatan, baru-baru ini.Anang memberitahu, Aurel sebenarnya masih selesa belajar di sekolah lama. Bagaimanapun, bekas suami Krisdayanti atau KD itu yakin Aurel tidak akan berdepan masalah besar jika terpaksa bersekolah di rumah.\"Cuma ketika ini, Aurel ingin serius menyanyi. Saya selalu mengingatkan Aurel pendidikan mesti diutamakan, cuma minatnya lebih terarah kepada nyanyian,\" kata Anang.Sebagai orang tua, Anang berharap Aurel dapat menjalani kariernya tanpa sesekali meminggirkan pelajaran. Namun, kata Anang, apa juga keputusan Aurel, sebagai bapa, dia akan sentiasa mendokong jika ia membawa kebaikan dalam hidup anak gadisnya itu.\n\n\n\"Sudah tentu saya mahu Aurel mengimbangi antara kedua-duanya. Saya tidak mahu Aurel menjadi bodoh seperti bapanya yang tidak bersekolah tinggi,\" katanya.Anang ialah orang yang bertanggungjawab membawa Aurel ke dunia nyanyian. Kariernya bermula selepas melancarkan album duet bersama ayahnya, Anang & Lolie - Tanpa Bintang pada 24 November 2010.Kelahiran album itu memutikkan kebanggaan kepada Aurel kerana ia menjadi pembuka jalan untuk dia menekuni dunia nyanyian secara serius.Ketika Anang bersikap lebih terbuka, malah menyokong Aurel mengejar cita-citanya dalam bidang nyanyian, KD pula sebaliknya. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Mencintaimu itu membantah malah kecewa apabila Aurel lebih mengutamakan nyanyian, berbanding alam persekolahan.\"Saya memang menentang tetapi apa saja yang mampu saya lakukan? Aurel lebih rapat dengan bapanya, sedangkan saya cuma mampu mengawasi dari jauh. Saya tidak mahu Aurel menyesal.\"Cabarannya besar untuk berjaya dalam pelajaran dan keinginan itu perlu datang dari dirinya sendiri. Aurel sewajarnya berasa hebat kerana mempunyai karier berbeza berbanding teman-temannya,\" kata KD.Isteri kepada Raul Lemos itu sudah maklum mengenai Aurel yang sering ponteng sekolah atas pelbagai alasan, termasuk kesibukannya dengan aktiviti nyanyian. Sebagai ibu, KD sentiasa memainkan peranan untuk menjadi tempat Aurel mencurahkan perasaannya, malah cuba menjadi sahabat kepada anaknya itu.\"Dia memang sering ponteng kerana keletihan. Saya akui komunikasi antara kami terbatas, tetapi saya berusaha untuk menjadi teman tempat Aurel mencurah perasaannya.\"Saya selalu memberitahunya, jangan jadikan kecantikan dan populariti sebagai alasan untuk tidak bersekolah. Sekolah tetap keutamaan kerana dia tidak akan pernah hilang kesempatan untuk menjadi bintang,\" katanya.KD juga kurang bersetuju jika Aurel memilih untuk bersekolah di rumah. Baginya, itu bukan jalan keluar kerana Aurel sendiri pada pandangan matanya, ialah seorang yang suka bersosial.\"Saya tidak mahu dia kehilangan teman-teman jika memilih untuk bersekolah di rumah,\" katanya.Biarpun berdepan pelbagai pandangan, Aurel yang sedang mempromosikan single terbarunya, Sulit Jatuh Cinta dikenali umum sebagai seorang remaja yang berpendirian.Ketika kedua orang tuanya berdepan kemelut rumah tangga, Aurel memberikan kenyataan yang cenderung mengkritik ibunya memaksa ibu saudaranya, Yuni Shara menegur tindakannya itu.Bagaimanapun, hubungan Aurel dengan ibunya tetap mesra kerana KD sering meluangkan masa pada acara penting membabitkan anaknya itu. Sempat menjadi bualan ramai apabila fotonya berbikini bersama artis, Angel Lelga tersebar, Aurel santai menghadapi situasi itu.Mengakui rakaman foto itu adalah miliknya yang diambil di Pantai Kuta, Bali, Aurel bagaimanapun cuba untuk tidak memberatkan fikirannya dengan melayan hal remeh seperti itu.Ketika menyambut ulang tahun ke-13 pada Julai tahun lalu, Aurel memperkenalkan seorang jejaka sebagai teman lelakinya. Anang bagaimanapun tidak melatah dengan tindakan Aurel itu, malah tidak keberatan jika anaknya itu mempunyai teman lelaki pada usia muda.Semakin yakin:TIDAK lagi didampingi Anang dan bakal ibu tirinya, Ashanty,  Aurel sudah mula yakin untuk muncul sendirian di pentas membawakan lagu terbarunya, Sulit Jatuh Cinta. Anang sendiri melihat kekuatan yang ada dalam diri Aurel untuk menjadi penyanyi yang dihormati.Dia bagaimanapun, memberi syarat kepada Aurel supaya tidak menipu peminat dengan menyanyi secara gerak bibir di pentas. Bagi Anang, penyanyi seperti itu ialah seorang yang tidak bertanggungjawab terhadap kariernya.\"Menyanyi itu datang bersama tanggungjawab dan ia bukan hal yang mudah. Walaupun Aurel itu anak saya, dia tetap akan dikritik dan diberi teguran. Lebih baik Aurel mendengar kritikan daripada saya sebagai ayahnya, bukan orang lain.\"Saya cuma mahu dia bertanggungjawab dan selalu berusaha. Saya akan sentiasa berada di sisinya. Sebagai orang yang terdekat, Aurel terpaksa menerima apabila dikritik. Mungkin itu akan membuat dia menjadi lebih baik,\" katanya.Tidak cuma puas jika Aurel sekadar bergelar penyanyi, Anang turut menyusun rencana untuk membawa anaknya itu ke layar lebar selepas meraih kejayaan dalam bidang nyanyian.Rencana itu kata Anang, sudah disiapkan untuk dilaksanakan pada tahun ini. Anang  sendiri sudah mempunyai perancangan mengenai konsep filem yang akan dibintangi Aurel nanti. Bagaimanapun, Anang tetap memberi kebebasan kepada Aurel dalam membuat keputusan.\"Saya cuma memberi saranan dan menyokong, terpulang apa keputusan Aurel kerana dia lebih tahu apa yang terbaik untuk dirinya,\" katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.147098 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list