CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 141|Reply: 0

eBay lelong kasut Gillard

[Copy link]
Post time 28-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
Lelongan kemudian ditarik balik kerana langgar syarat jual beli online\rSYDNEY: Sebelah kasut Perdana Menteri Australia Julia Gillard yang hilang ketika beliau dibawa ke kereta oleh pengawal peribadi mendapat tawaran sebanyak Aus$2,000 (RM6,466) dalam lelongan sebelum ia ditarik daripada laman web lelongan, eBay, semalam. \r\n\n\n\n\r  Kasut berwarna biru itu dilaporkan sudah dipulangkan kepada pemimpin Australia itu selepas tertanggal daripada kakinya kelmarin di Canberra ketika beliau lari daripada penunjuk perasaan hak asasi pribumi negara itu.\r\r\n\n\n\n\n   Selepas kejadian itu berlaku, seorang aktivis mengambil kasut itu dan berkata tidak akan memulangkannya.\r“Beliau tidak boleh mendapatkannya kembali, ia akan dilelong dalam eBay,” katanya memberitahu wartawan.  Laman web itu menyenaraikan kasut yang hilang dengan memulakan lelongan pada harga Aus$148 (RM478).\r“Anda melelong kasut terpakai. Tolong ingat, ini juga sebelah kasut bukannya sepasang, jadi sukar untuk menggunakannya melainkan anda perdana menteri,” kata aktivis itu yang dipetik Sydney Morning Herald.\rTetapi, iklan kasut itu hanya berada dalam lelongan online selama 25 minit sebelum eBay menarik balik tawaran berkenaan kerana bimbang ia adalah penipuan.\r\n\n\n\rMengikut syarat eBay, pihak yang menjual hanya boleh menyenaraikan barang milik mereka atau pemilik sudah memberikan kebenaran untuk menjualnya. \r“Kami tahu pemiliknya adalah perdana menteri. Penjual tidak membuat tawaran sebelum memperoleh kebenaran, jadi kami gugurkan iklan itu,”  kata jurucakap eBay memberitahu akhbar.\rSementara itu, wakil penduduk pribumi Australia menyerahkan kasut Gillard kepada pengawal keselamatan di luar Parlimen negara itu. Kasut itu dipercayai dihantar dengan kereta.\rGillard dan pemimpin pembangkang, Tony Abbott dibaik keluar anggota keselamatan dari sebuah restoran di Canberra selepas tempat itu dikepung aktivis pribumi.\rUlasan Abbott bahawa khemah sebagai kedutaan penduduk pribumi di luar Parlimen sejak 40 tahun lalu sebagai tidak perlu lagi wujud, mencetuskan reaksi marah aktivis pribumi. – AFP/Agensi\r

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.070868 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list