Post Last Edit by moyas at 29-1-2012 02:52
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Para Pengunjung Semua

TO BORAK-BORAK, USIK-USIK, CUIT-CUIT EDISI RANGKAIAN PENGENDALI TELEPON Moderator: medangmru, cmf_blackpearl, budingyun

Selamat Menyambung Chatting Anda disini Untuk Kawan-kawan Forum Ku Semua
- Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
- Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN.
- Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
- Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
- Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.
- Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi.
- Kerana apa…?
- Kerana harapan adalah masa hadapan…Kerana harapan adalah sumber kekuatan.
- Kerana apa…?
- Kerana doa adalah pintu kebaikan…Dan kerana doa adalah senjata orang beriman.
Tenang-tenangkanlah dirimu.- Belajar-belajarlah pasrah dan redho atas segala ketentuanNya.
- Sedarlah diri kita hanya insan kerdil yang lemah tidak berdaya.
- Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali.
- Sabarlah dengan ujian hidupmu.
- Kerana akhirat itu yang lebih utama.
Chatting Bebaik Taw, Jangan Gado-Gado
|