CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3112|Reply: 12

FT bersara setahun dari AJL.

[Copy link]
Post time 30-1-2012 02:12 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Rhyno at 30-1-2012 18:44

kat Melodi sebelum AJL 26 berlangsung FT bgtau dia nak bersara dari AJL so tahun ni tahun terakhir dia bertanding di AJL iaitu lagu Karma.

so tak dapat la tgk FT bertanding lagu Buta kat Muzik-Muzik tahun neh....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 03:11 AM | Show all posts
alaaa.. kasi la menang juara dulu baru nk bersara ponnnn..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 06:55 AM | Show all posts
hopefully hanya sementara sahaja...
padahal aku pun kempunan nak tgk lagu buta masuk AJL..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 09:16 AM | Show all posts
pentas AJL akan sunyi tanpa FT.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 12:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 30-1-2012 12:12

takpe la klu dh mcm tu.
as a fan aku respect pengorbanan dia.
maybe bersara kt AJL sbg penyanyi je kot, not as a composer/lyricist.
akan dtg klu ada artis lain atau bakal protege dia nnti nyanyi lagu dia ka nnti mana la tau....

stakat bersara drp AJL no hal la. jgn bersara drp AIM sudah la...
next AJL, jadi juri la plak
btw, FT nmpk pucat je muka dia semlm. risau aku...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 01:43 PM | Show all posts
kat murai ft rehat selama setahun...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2012 04:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by sicomel at 30-1-2012 16:30

AJL26, Mungkin Yang Terakhir - Faizal Tahir

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

KUALA LUMPUR: Penyanyi Faizal Tahir nekad membuat keputusan untuk tidak lagi menyertai sebarang pertandingan nyanyian termasuklah Anugerah Juara Lagu pada tahun depan.

Penyanyi yang berjaya meraih tempat ketiga pada AJL26 pada malam Ahad itu berkata, sudah sampai waktunya untuk dia mengundur diri dari sebarang pertandingan dan lebih fokus dalam kerjaya seni muziknya.

"Bermula hari ini saya tidak akan menyertai mana-mana pertandingan nyanyian lagi termasuklah AJL pada tahun depan. Mungkin tahun ini merupakan AJL terakhir saya.

"Sudah tiba masanya saya merancang secara teliti mengenai karier dan keluarga. Kali ini, biar kekuatan muzik yang menentukan dimana tahap saya," katanya yang ditemui selepas pertandingan AJL26, di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Tambah Faizal, keputusan itu juga dibuat memandangkan jadual kerjaya seninya yang semakin padat dan ia juga memberi peluang kepadanya agar dapat membahagikan masa bersama keluarganya.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Karma itu menafikan keputusan tersebut dibuat disebabkan dia tidak pernah menjuarai AJL sejak menyertainya pada tahun 2007.

"Saya dah agak orang akan berkata begitu. Setiap anugerah yang diperoleh, itu adalah satu kejayaan yang cukup besar buat saya. Begitu juga dengan kemenangan saya hari ini (Ahad).

"Selain keluarga dan album, saya mempunyai misi lain yang perlu ditunaikan dimana saya sedang merancang untuk muncul dengan konsert sulung saya sendiri," tegasnya.

Bagaimanapun, tambahnya, dia tetap akan hadir ke acara tahunan itu bagi memberi sokongan kepada rakan-rakan artis yang menyertai pertandingan tersebut.

Sementara itu, pada persembahannya menerusi lagu Karma dalam AJL26 malam Ahad, Faizal telah membuat gimik dengan membakar sebuah piano.

Ditanya, tidakkah dia risau sekiranya muncul kontroversi baru mengenai rasa kurang senang segelintir pemuzik tanah air mengenai gimiknya itu, Faizal tidak kisah jika ada yang mengkritik.

"Itu sekadar gimik. Bagaimanapun, saya harap hal tersebut tidak akan menjadi isu besar nanti," selorohnya ringkas.

-mstar online


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 05:24 PM | Show all posts
Faizal Tahir Mahu Berehat Setahun


KUALA LUMPUR, 30 JAN 2012: Bukan merajuk ataupun terasa hati namun jelas Faizal Tahir, dia mengambil keputusan untuk merehatkan diri daripada menyertai mana-mana majlis anugerah bermula tahun hadapan.


Kata Faizal Tahir, keputusan tersebut dibuat memandangkan tahun ini jadual seninya cukup padat.

Lantas keputusan tersebut diambil bagi memberi peluang kepadanya untuk membahagikan masa buat keluarga serta aktiviti seninya.

"Tahun ini saya sangat sibuk dengan pelbagai perkara. Jadi saya mengambil keputusan untuk berehat bermula tahun hadapan daripada menyertai mana-mana anugerah lagi.

"Bukan merajuk atau apa sebaliknya. Ini kerana saya mahu menumpukan perhatian kepada anak-anak, album saya yang dalam pembikinan serta konsert sulung saya," katanya ketika ditemui selepas Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) malam tadi.

Namun jelas pemenang tempat ketiga AJL26 ini, dia masih lagi akan hadir memberi sokongan kepada kesemua majlis anugerah yang akan diadakan kelak.

"Saya berehat dari bertanding di pentas, tetapi apabila AJL, Anugerah Bintang Popular, Anugerah Industri Muzik, saya akan hadir memberi sokongan. Cuma biarlah saya berehat setahun dan bertanding selepas itu,"ucapnya.

Meskipun namanya kini antara penyanyi lelaki popular yang digilai ramai, tutur bapa kepada empat cahayamata itu, dia tidak merasa rugi serta terkilan dengan keputusan yang diambilnya itu.

"Saya tidak rasa rugi kerana saya yakin apabila kita lepaskan satu benda, pastinya kita akan dapat benda lain pula yang lebih baik. Semuanya bersebab dan saya tidak memandang perkara itu dari sudut yang negatif,"jelasnya yang telah pun menyertai AJL selama lima tahun berturut-turut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2012 05:38 PM | Show all posts


suka tgk dia gelak
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 06:06 PM | Show all posts
faizal..........!!!!!!!!!!!!!!!!!...............
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 06:29 PM | Show all posts
Reply 1# Rhyno

tlg kasik adjust skit tajuk thread tu 'bersara sementara' ke apa ke
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:51 PM | Show all posts
AJL26 Pertandingan Terakhir Faizal Tahir?

Walaupun memberikan persembahan hebat dengan membakar piano di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL 26), malam tadi, namun penyanyi terkenal, Faizal Tahir tidak dapat mempertahankan anugerah Persembahan Terbaik yang dimenanginya tahun lepas apabila trofi tersebut dirangkul oleh Alyah menerusi persembahan lagunya, Kisah Hati.

Bagaimanapun, pelantun lagu Karma ini tidak pulang dengan tangan kosong apabila beliau berjaya meraih tempat ketiga di AJL 26 sekaligus melayakkan beliau membawa pulang trofi serta wang tunai berjumlah RM 12,000.

“Saya kalau buat apa-apa memang tak pernah sasarkan untuk menang kerana bagi saya, yang penting ialah saya nak buat yang terbaik untuk peminat. Bila menang tempat ketiga, saya memang tak sangka. Bagi saya ini satu bonus dan saya rasa lega sangat.

“Malah, secara jujur, ini lebih dari apa yang saya jangkakan. Saya memang terkejut kerana saya tidak sangka langsung akan menang pada AJL kali ini,” ujar Faizal ketika ditemui sejurus selesai AJL 26, di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.

Ketika ditemui, Faizal turut mengejutkan semua pihak apabila membuat keputusan untuk menarik diri dari menyertai mana-mana pertandingan lagi selepas ini. Bagi yang tidak tahu, ini merupakan tahun kelima berturut-turut Faizal menyertai pertandingan AJL.

“Keputusan ini saya dah buat sebelum lagu Karma lagi. Kalau diikutkan tahun ini saya dah tak nak terlibat dengan mana-mana pertandingan, tapi disebabkan menghormati pihak produksi AJL, saya buat juga. Buat masa sekarang, ini akan menjadi AJL saya yang terakhir. Keputusan ini muktamad untuk sekarang tapi mungkin bukan untuk selamanya.”

Ditanya apakah sebab beliau membuat keputusan sedemikian, Faizal memberitahu, “Saya berada dalam industri ini sebab saya memang cintakan muzik. Muzik memang cantik dan mempunyai elemen kehidupan. Tapi, umur saya dah 34 tahun dan saya ada empat orang anak.

“Saya rasa apa yang terbaik buat masa ini adalah untuk fokus terhadap keluarga. Bagi saya, biar muzik saya yang buat kerja dan bersuara. Selain itu, apa yang lebih utama sekarang ialah konsert solo saya. InsyaAllah, saya akan buat dalam hujung tahun ini,” ujar Faizal yang turut akan terlibat sebagai Mentor bagi musim keenam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2012 10:56 PM | Show all posts
hope tak terlambat to wish FT congrats for the win
asik ulang youtube of his performance
to me, his vocal and showmanship was great.. actually tak sangka,
since this song is not my favourite of his
orang pun tak predict apa2
but FT impressed me that night, it was a relief
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.237334 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list