CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 230|Reply: 0

4 balik majlis pengebumian maut

[Copy link]
Post time 31-1-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
PATTANI: Renjer tentera Thailand menembak mati empat orang termasuk seorang warga tua dan seorang remaja di selatan negara itu kerana menyangka diserang oleh mangsa yang berada dalam trak pikap, semalam.\rMangsa terbabit yang beragama Islam baru balik dari upacara pengebumian, kata pemandu kenderaan itu kepada polis di Pattani, antara wilayah selatan yang bergolak.\r\n\n\n\n\r“Renjer tentera melihat trak pikap dan mengarahkannya berhenti, Mereka dengar bunyi tembakan dan menyangka ditembak, jadi mereka melepaskan tembakan ke arah trak, membunuh empat orang dan mencederakan lima yang lain,” menurut laporan mengenai kejadian petang kelmarin itu.\r\r\n\n\n\n\nLaporan agensi berita Reuters pula menyatakan bahawa renjer terbabit ditembak dua lelaki bersenjata ketika mereka mendekati trak dan penyerang kemudian lari.\rWarga emas berusia 70 tahun dan remaja lelaki berusia 18 tahun antara yang terbunuh manakala lima lelaki dan kanak-kanak turut cedera termasuk tiga remaja berusia 14,15 dan 19 tahun serta seorang lagi warga emas berusia 76 tahun.\rDua senapang ditemui dalam trak itu, walaupun laporan tidak mendedahkan sama ada tembakan dilepaskan menggunakan senjata itu.\rPolis berkata, pemandu memberitahu pegawai bahawa senjata berkenaan bukan milik mereka dalam trak itu.\r\n\n\n\r“Kami akan siasat kejadian itu dengan teliti dan menyoal siasat anggota renjer serta mangsa yang terselamat untuk memastikan keadilan untuk kedua-dua pihak,” kata ketua polis daerah Nongjik, Kolonel Polis, Chonnawee Chamareuk.\rTiga wilayah paling selatan Thailand, Pattani, Yala dan Narathiwat, dilanda keganasan sejak 2004. Ia memaksa kerajaan menempatkan ramai tentera yang dibantu pasukan renjer bersenjata di situ.\rMenurut perangkaan terbaru daripada agensi Deep South Watch, yang memantau rapi konflik di selatan itu, hampir 5,000 penduduk Islam dan Buddha terbunuh dan 8,300 cedera sejak ketegangan bermula. – AFP/Reuters

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.057729 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list