CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 104|Reply: 0

Dana RM3 bilion perkasa PKS

[Copy link]
Post time 11-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menyediakan dana RM3 bilion tahun ini bagi memperkasakan program keusahawanan dan pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh negara.\rMenterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata dana yang disalurkan menerusi SME Bank dan diselia SME Corp itu bakal memberi manfaat faedah kepada lebih 3,000 usahawan PKS mengembangkan perniagaan mereka.\r\n\n\n\n\r“Jumlah itu peningkatan sekali ganda berbanding dana RM1.5 bilion yang disalurkan sepanjang tahun lalu kepada lebih 1,200 usahawan.\r\r\n\n\n\n\n“Pada tahun sebelumnya (2010), kita membelanjakan RM800 juta bagi tujuan sama,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka Bersama PKS di Langkawi, semalam.\rMustapa menegaskan, MITI turut merangka pendekatan baru bagi sektor perdagangan dan industri bagi mengelak Malaysia menerima kesan buruk daripada keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini.\rKatanya, kementerian itu mengadakan beberapa mesyuarat bagi menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam negara, terutama PKS.\r“Kita sudah berbincang dengan teliti. Kita harap kerajaan dapat pertimbangkan beberapa cadangan kita, termasuk mempermudahkan akses untuk mendapatkan pembiayaan bagi industri.\r\n\n\n\r“Walaupun banyak tabung (pembiayaan perniagaan), ada kelompok tertentu PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pembiayaan. Kita akan cuba bantu, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi tidak menentu. Kita perlu pendekatan baru untuk menggalakkan pelaburan domestik,” katanya.\rKatanya, kerajaan dan MITI turut memikirkan pasaran baru bagi produk negara berikutan masalah ekonomi di banyak negara pasaran ketika ini.\rBeliau menegaskan, kementeriannya memberikan tumpuan terhadap PKS memandangkan PKS membabitkan 99.2 peratus daripada jumlah perniagaan dalam negara selain ia menyumbang kira-kira 90 peratus kepada eksport negara.\r“Kalau berjaya bantu PKS, kita boleh capai sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.040617 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list