View: 159|Reply: 0
|
4 warga Singapura diekstradisi
[Copy link]
|
|
SINGAPURA: Hakim Singapura semalam membenarkan perintah ekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) ke atas empat warga republik itu yang dituduh menjual komponen radio buatan Amerika secara haram kepada Iran yang digunakan sebagai bom di Iraq.\rHakim mengarahkan keempat-empat mereka dipenjarakan sementara menantikan arahan ekstradisi oleh Menteri Undang-Undang Singapura, K Shanmugam, yang juga Menteri Luar.\r\n\n\n\n\rKerajaan AS mengalu-alukan keputusan itu walaupun empat pekerja syarikat elektronik terbabit, yang menafikan sekeras-kerasnya sengaja melanggar undang-undang AS, diberi masa sehingga 15 hari untuk membuat rayuan.\r\r\n\n\n\n\n“Arahan ini membayangkan kerjasama erat antara AS dan Singapura dalam usaha memerangi jenayah, termasuk perdagangan haram senjata dan peralatan yang boleh mengancam AS dan komuniti antarabangsa,” kata Duta Amerika, David Adelman.\rKenyataan Kedutaan Amerika menyebut, keempat-empatnya didakwa melanggar undang-undang AS berkaitan penipuan membabitkan eksport haram antena tentera AS dan modul frekuensi radio.\rSuspek terbabit dalam perniagaan pengedaran perkakasan elektronik ketika ditahan Oktober lalu dan akan dibicarakan di Columbia jika diesktradisi.\r“Saya yakin mereka akan dibicarakan secara adil oleh mahkamah AS,” kata Hakim Mahkamah Daerah, Chia Wee Kiat.\r\n\n\n\rKatanya, semua kes mahkamah dipertimbangkan jika ada kes prima-facie, dan ia wujud ketika sesi keterangan.\rDalam kenyataan mahkamah Disember lalu, Wong Yuh Lan, Lim Yong Nam, Lim Kow Seng dan Hia Soo Gan Benson menolak tuduhan AS yang mereka bersubahat melanggar embargo perdagangan AS ke atas Iran.\rMereka ditahan polis Singapura atas dakwaan AS mengeksport secara haram peralatan radio buatan AS ke Iran termasuk 6,000 modul radio dan 55 perkakasan antena, sebahagiannya ditemui dalam bom yang menyasarkan tentera asing di Iraq. –AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|