CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111|Reply: 0

Serangan di 3 negara ada persamaan

[Copy link]
Post time 16-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Penyiasat Thai dedah hasil siasatan, suspek ketiga didakwa lari ke Malaysia sudah ditahanBANGKOK: Penyiasat Thailand mendedahkan bukti menunjukkan serangan bom di Bangkok dan New Delhi  minggu ini ada persamaan kerana menggunakan kepingan magnetik sama, faktor yang digunakan Israel untuk terus menuduh Iran bertanggungjawab kerana warga negaranya terbabit.\n\n\n\nDitanya sama ada bahan letupan digunakan di India dan Thailand sama, seorang pegawai kanan Thailand berkata, ia menggunakan kepingan magnet yang sama.\n\n\n\n\n“Individu terbabit menggunakan magnet yang sama dan kami sedang memeriksa sumbernya,” kata Setiausaha Majlis Keselamatan Kebangsaan, Wichian Podphosri.Duta Israel di Thailand, Itzhak Shoham, pula membuat kenyataan bahawa bom yang ditemui di sebuah rumah sewa di Bangkok didapati sama dengan peralatan yang digunakan untuk menyerang diplomatnya di India dan Georgia.Shoham berkata,  polis Thai menemui dan mematikan dua bom magnetik yang mungkin dilekatkan pada kenderaan selepas letupan berlaku kelmarin.“Ia sama seperti yang digunakan di Delhi dan Tbilisi.\n\n\n“Apa yang kami dapat simpulkan ialah wujud rangkaian pengganas sama.“Fakta itu dan penahanan dua warga Iran di Thailand sekali lagi tidak membiarkan terlalu banyak ruang membuat tuduhan siapa dalang di sebaliknya,” kata Shoham.Dua lelaki yang disyaki suspek merancang serangan bom di Thailand sudah ditahan dan dikenali sebagai Saeid Moradi serta Mohammad Kharzei manakala suspek ketiga, Masoud Sedaghatzadeh sudah ditahan di Malaysia.Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menuduh Iran menyasarkan diplomatnya serta percaya Tehran akan memperluas serangan jika dunia tidak menyekat negara Teluk itu.Tetapi, jurucakap Kementerian Luar Iran, Ramin Mehmanparast menyifatkan tuduhan itu tidak berasas sambil menuduh Israel cuba merosakkan hubungan negaranya dengan Thailand.“Matlamat utama rejim Zionis menuduh Iran untuk menyembunyikan pembabitannya dalam pembunuhan saintis kami,” katanya yang dipetik agensi berita IRNA.Isnin lalu, di New Delhi, satu letupan memusnahkan sebuah kereta diplomat Israel, mencederakan pemandu dan isteri diplomat, menurut pihak berkuasa India. – AP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 1.319160 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list