View: 122|Reply: 0
|
357 terbunuh penjara terbakar
[Copy link]
|
|
TEGUCIGALPA: Sekurang-kurangnya 357 banduan maut di Honduras semalam selepas terperangkap dalam satu kebakaran di penjara tempat mereka.\rKetua khidmat forensik, Lucy Marder berkata, banduan berkenaan berada dalam senarai tahanan penjara hilang daripada 852 yang ditahan di situ.\r\n\n\n\n\r “Kebanyakannya mungkin mati manakala orang lain melarikan diri atau mungkin selamat,” katanya. Kebakaran bermula pada malam kelmarin di penjara Comayagua, sebuah bandar 140 kilometer ke utara ibu negara, Tegucigalpa.\r\r\n\n\n\n\n Marder berkata, pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya tiga bulan untuk mengenal pasti mangsa kerana kebanyakan mereka terbakar teruk hingga sukar dikenali dan ujian DNA diperlukan.\rJurucakap jabatan bomba Comayagua, Josue Garcia berkata, beliau menyaksikan keadaan ‘ngeri’ ketika cuba untuk memadamkan api apabila kebanyakan tahanan merusuh dalam cubaan menyelamatkan diri.\rDia berkata, 100 banduan terbakar hingga rentung atau sesak nafas menyebabkan mereka maut di bilik tahanan.\r“Kita tidak dapat bawa mereka keluar kerana kami tidak mempunyai kunci dan tidak dapat cari pengawal yang memiliki kunci berkenaan,” kata Garcia. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|