CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 98|Reply: 0

Liga Arab sedia bekal senjata

[Copy link]
Post time 17-2-2012 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Penentang Syria akan dibantu  henti pertumpahan darah,  singkir  BasharBEIRUT: Liga Arab boleh memilih untuk membekalkan senjata kepada penentang rejim Syria selepas mesyuarat peringkat menteri pertubuhan itu bersetuju untuk tidak menolak sebarang langkah bagi menghentikan pertumpahan darah di negara itu.\n\n\n\n“Majlis Menteri Liga Arab dalam mesyuarat baru-baru ini menetapkan negara Arab bersedia memberi semua bentuk sokongan politik dan keperluan lain kepada pembangkang,” kata sumber diplomatik kepada akhbar Al Hayat, semalam.\n\n\n\n\n\nSumber itu berkata, kenyataan itu bermaksud Liga Arab boleh menghantar bantuan senjata kepada penentang Presiden Bashar al-Assad.Sementara itu, pembangkang Syria menggesa pengundi memulaukan pungutan suara untuk Perlembagaan baru, ketika pemerhati berkata unit kereta perisai kerajaan membedil penunjuk perasaan di Homs dan Daraa, pusat bantahan sejak 11 bulan lalu.Ketika tentera kerajaan menyerang Homs untuk hari ke-13 berturut-turut, empat maut di Daraa apabila pasukan keselamatan bertempur dengan pemberontak.Bashar yang berikrar terus bertindak ke atas bantahan, kelmarin membenarkan undian diadakan pada 26 Februari berhubung piagam baru menamatkan pemerintahan satu parti hampir 50 tahun.Amerika Syarikat pula menyifatkan langkah itu satu jenaka serta memperolok-olokkan revolusi Syria manakala Russia, pembekal senjata utama kepada Damsyik, mengalu-alukan tindakan itu.Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan, kumpulan aktivis pembangkang utama, menolak usaha merangka perlembagaan baru dan mendesak supaya penduduk memulaukannya selain meningkatkan usaha menyingkirkan Bashar.“Draf Perlembagaan itu sekadar peralatan politik atau kertas dasar yang ditulis rejim zalim. Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan menggesa rakyat menolak dan memulaukan pungutan suara untuk mengesahkan orang ramai tidak menyokong pemerintah,” katanya.Di PARIS, pembangkang yang dikenali sebagai Majlis Nasional Syria bersetuju supaya pemimpin ketika ini Burhan Ghalioun akan terus kekal di tempatnya selama tiga bulan lagi, kata jurucakap kumpulan itu lewat kelmarin. “Tugas Burhan Ghalioun dilanjutkan untuk tiga bulan lagi,” kata Basma Kodmani dari Doha. Peraturan majlis menuntut supaya pemimpinnya dipilih setiap tiga bulan. Ghalioun berkhidmat sebagai pemimpin sejak kumpulan itu ditubuhkan Oktober tahun lalu untuk menentang Bashar.Ghalioun yang juga ahli akademik kini tinggal dalam buangan di Perancis lebih 30 tahun. Pejuang nasionalis sayap kiri dilihat sebagai orang yang akan menyatukan puak dalam majlis itu dari Islam dan nasionalis kepada liberal dan bebas.  – AFP/ Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.130404 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list