View: 190|Reply: 0
|
Singapura kurangkan tenaga kerja asing
[Copy link]
|
|
SINGAPURA menyasar untuk membina satu negara inklusif dan kukuh, dengan mengurangkan pergantungan pada tenaga kerja asing serta menerima pakai pelbagai strategi sosial dan ekonomi di bawah Bajet 2012.\rTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangannya, Tharman Shanmugaratnam, berkata bagi mengekalkan pertumbuhan ekonomi, Singapura perlu menstruktur semula ekonominya supaya berkembang menjadi lebih produktif dan mengurangkan pergantungan mengembangkan tenaga kerjanya. \r\n\n\n\n\r “Negara itu perlu mengurangkan pergantungan pada buruh asing dan berusaha keras membina ekonomi yang dipacu oleh kemahiran tinggi, inovasi dan produktiviti sebagai asas mencapai pendapatan lebih tinggi bagi rakyat Singapura,” katanya ketika membentangkan Bajet 2012 di Parlimen di Singapura, semalam.\r\r\n\n\n\n\nNamun, Tharman berkata, republik itu tidak boleh lari daripada menggunakan khidmat pekerja asing dalam pelbagai industri di Singapura.\rKatanya, pekerja asing membolehkan republik pulau itu kekal kompetitif pada peringkat antarabangsa, tetapi ia tidak dapat dikekalkan. \r“Kemasukan berterusan pekerja asing tidak dapat dielakkan akan memberi kesan terhadap ciri-ciri masyarakat kita. \r“Kita perlu mengambil langkah mengurangkan aliran masuk pekerja asing dan membantu perniagaan menyesuaikan dengan kenyataan bahawa pasaran kekurangan tenaga buruh.\r\n\n\n\r“Kerajaan akan mewujudkan lebih banyak peluang bagi rakyat Singapura yang berpendapatan rendah dan pertengahan,” katanya. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|