View: 177|Reply: 0
|
PERODUA tingkat eksport sehingga 11,000 unit
[Copy link]
|
|
PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menyasar untuk meningkatkan eksport kenderaan keluarannya antara 10,000 hingga 11,000 unit tahun ini berbanding 8,000 unit yang dicatat sebelum ini.\rPengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata sasaran itu adalah sebahagian daripada rancangan lima tahun kumpulan itu iaitu mengeksport 20,000 kereta setahun menjelang 2015, bersamaan dengan 10 peratus jualan domestik syarikat.\r\n\n\n\n\r “Kami menganjurkan beberapa siri program untuk kakitangan kami seperti karnival sukan bagi meningkatkan produktiviti dan mencapai sasaran kami,” kata beliau kepada media selepas merasmikan Karninal Sukan 1Perodua 2012 di Kuala Lumpur, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Sebanyak 14 kontingen seluruh negara mengambil bahagian pada karnival dua hari yang mempertandingkan acara tenis, ping pong, bola tampar, bola sepak, futsal, bola jaring, sepak takraw dan badminton.\r“Diharapkan karnival ini memperkukuhkan semangat pasukan kami dan meningkatkan kerjasama di kalangan pekerja kami,” kata Aminar Rashid.\rBeliau berkata PERODUA masih berunding dengan bank pusat mengenai kelonggaran pinjaman bagi sewa beli kereta.\rKatanya, permohonan pinjaman yang lebih ketat oleh bank ini menyaksikan tempahan kenderaan keluarannya pada Januari susut sebanyak 10 peratus berbanding purata bulanan 2011.\r\n\n\n\r“Pada dasarnya, kami menyokong keputusan bank pusat itu memandangkan kami tahu objektif utama pelaksanaan ini adalah untuk mengurangkan jumlah hutang isi rumah.\r“Bagaimanapun, kami berharap kerajaan akan menimbangkan semula keputusan itu kerana langkah mengetatkan pinjaman akan mempengaruhi bukan hanya jualan tetapi juga keseluruhan ekosistem, termasuk vendor pengeluaran dan pelanggan,” katanya.\rBeliau juga berterima kasih kepada Bank Negara di atas perhatian mengenai keadaan itu dan memanggil pengeluar kenderaan bagi membincangkan perkara itu. \r“Kami berharap untuk mendapatkan hasil yang positif daripada perbincangan berkenaan,” katanya. – BERNAMA
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|