View: 128|Reply: 0
|
Latihan tentera Seoul guna peluru hidup
[Copy link]
|
|
SEOUL: Korea Selatan mengadakan latihan tentera menggunakan peluru hidup berhampiran sempadan laut yang menjadi rebutan dengan Korea Utara semalam, di sebalik ancaman Pyongyang untuk bertindak balas dengan serangan tanpa belas kasihan.\rPenganalisis berkata, Korea Utara mungkin tidak akan bertindak balas kerana ia masih memberi tumpuan kepada kestabilan dalaman dua bulan selepas kematian pemimpinnya, Kim Jong Il. Korea Utara juga menghampiri rundingan melucutkan senjata nuklear dengan Amerika Syarikat sejak kematian Kim.\r\n\n\n\n\rWashington dan Korea Selatan memantau rapi cara Kim Jong Un, anak lelaki dan pengganti Kim Jong Il, menangani hubungan tegang dengan Seoul dan perbalahan berhubung program senjata nuklear negara itu. Dalam satu lagi punca ketegangan, tentera Amerika akan mengadakan latihan tentera tahunan dengan Korea Selatan dalam masa beberapa bulan lagi.\r\r\n\n\n\n\nLatihan Korea Selatan diadakan semalam di kawasan Laut Kuning yang menjadi sasaran serangan Korea Utara pada 2010 yang membunuh empat rakyat Korea Selatan dan menimbulkan kebimbangan ia menjadikan konflik semakin luas.\rKorea Utara tidak mengemukakan ancaman kepada latihan di kawasan itu Januari lalu tetapi menyifatkan latihan terbaru kali ini sebagai provokasi terancang tentera dan memberi amaran ia akan membalas dendam kepada sebarang serangan terhadap wilayahnya. – AP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|