CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 96|Reply: 0

Senaman satu jam sehari tingkat daya ingatan

[Copy link]
Post time 21-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
LONDON: Melakukan senaman  satu jam sehari mampu meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran di kalangan bukan saja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa, kata sekumpulan saintis.\rPenyelidik berkenaan mendapati bahawa berjalan atau berbasikal setiap hari selama enam bulan hingga setahun boleh membantu meningkatkan ingatan dan kemahiran penyelesaian masalah di kalangan orang dewasa sebanyak 15 hingga 20 peratus.\r\n\n\n\n\r   Mereka menunjukkan bahawa senaman seperti itu juga boleh meningkatkan saiz bahagian penting dalam otak.\r\r\n\n\n\n\n   Saintis terbabit juga mendapati kanak-kanak sihat cenderung menjadi  lebih baik melakukan pelbagai aktiviti dan tugasan mental  sukar berbanding rakan mereka yang kurang sihat, lapor The Telegraph.\rPengarah Beckman Institute for Advanced Science and Technology di Univesiti Illinois   Professor Art Kramer, ketua  penyelidikan itu berkata  penemuan mereka memberi kesan besar dalam meningkatkan prestasi kanak-kanak di sekolah.\rKatanya ia boleh digunakan untuk membantu orang dewasa berhadapan dengan masalah hilang ingatan pada  usia tua.\r“Amat  menyedihkan faktor usia mengurangkan fungsi otak apabila kian berusia. Malah semakin ramai  mengamalkan gaya hidup tidak sihat. \r\n\n\n\r“Senaman  boleh memberi kesan positif terhadap penyakit kardiovaskular dan diabetes, kita mendapati ia boleh meningkatkan kognitif, fungsi otak dan struktur otak.\r“Kita mampu untuk melakukan banyak kerja neuroimaging bersama kajian terhadap orang dewasa dan menunjukkan bahawa rangkaian dan struktur otak juga berubah dengan senaman.\r“Kanak-kanak yang melakukan senaman aerobik mempamerkan kawalan kognitif yang lebih  baik berbanding kanak-kanak  kurang bersenam,” kata Kramer.\rKajian  disiarkan awal tahun ini oleh pasukan berkenaan menunjukkan  hippocampus, bahagian otak terbabit dalam memori orang dewasa yang sering melakukan senaman lebih  enam bulan meningkat sebanyak dua peratus, berkesan untuk mengurangkan penuaan otak selama satu hingga dua tahun.\rDalam kajian terbaru, beliau juga mendapati  kanak-kanak cerdas lebih baik ketika melintas jalan apabila mereka diganggu  muzik atau berbual di telefon bimbit  berbanding mereka yang kurang bersenam. – Agensi

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.320960 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list