CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1599|Reply: 10

Baron Cohen tabur debu mayat palsu Jong-il

[Copy link]
Post time 28-2-2012 05:53 PM | Show all posts |Read mode

SACHA BARON COHEN (berbaju putih) menaburkan abu mayat palsu Kim Jong-il di atas karpet merah Anugerah Oscar di Hollywood kelmarin.



HOLLYWOOD - Pelakon komedi terkenal dari Britain, Sacha Baron Cohen muncul pada acara karpet merah Anugerah Oscar kelmarin dengan memakai kostum seorang jeneral dalam filem terbaharunya, The Dictator.
Namun, dia yang berlakon dalam filem Borat memegang sebuah bekas yang mengandungi gambar bekas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il.
Cohen yang memegang bekas itu kemudian ditanya oleh hos, Ryan Seacrest kenapa dia teruja untuk menghadiri Anugerah Oscar.
"Ini memberi satu peluang untuk membawa rakan saya dan teman permainan tenis, Jong-il," kata Cohen yang diiringi dua wanita yang memakai pakaian tentera berwarna hijau.
"Adalah menjadi impiannya (Jong-il) untuk datang ke Oscar," tambahnya.
Pada satu ketika, dia berpura-pura untuk melepaskan bekas tersebut yang mengandungi abu mayat palsu Jong-il.
Abu itu kemudian ditaburkannya di atas karpet merah di depan kamera.
Beberapa pengawal peribadi menarik dia keluar semasa Seacrest meneruskan tugasnya membuat liputan secara langsung.
Namun, Cohen berada di belakang Seacrest dan mencaci maki beberapa pengawal.
Jong-il meninggal dunia pada Disember tahun lalu akibat serangan sakit jantung. - Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2012 06:15 PM | Show all posts
pada aku mamat ni kurang ajar......dibuatnya anak Jong - IL hantar orang bunuh mamat ni ....nasih lah!.......macam dia hantar orang untuk bunuh abang dia dulu,nasib baik abang dia selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 08:53 PM | Show all posts
gila la.. tp betul ke itu abu mayat.... xkan la abu mayat tu bleh bwk sesuka hati
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 08:59 PM | Show all posts
seeking for attraction... tindakan yang memalukan diri sendiri jer
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 09:14 PM | Show all posts
Esok2 kalau dgr cite dia kena bunuh kita taulah dari mana dtgnya dalangnya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2012 09:57 PM | Show all posts
Dia ni attention seeker saja buat gempak konon nak buat lawak tapi isu yang dibawanya boleh buat sesetengah orang jadi sentap.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-2-2012 08:26 AM | Show all posts
dia ni memang suka buat benda pelik lagi mengempakkan kat red carpet.
Yang ni masa premiere filem borat tu






Yang ni pulak masa premiere 'bruno'




ntah hape2
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 08:40 AM | Show all posts
bengong btol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-2-2012 09:27 AM | Show all posts
vongok..esok2 mampos kene kejar dgn tentera korea utara jgn dok melolong slhkan org lain..xde rase hormat langsung..
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 10:06 AM | Show all posts
xphm mamat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-2-2012 01:58 PM | Show all posts
wtf.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.053278 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list