View: 282|Reply: 0
|
Bayi perempuan pelengkap mahligai Mawi, Ekin
[Copy link]
|
|
KEHADIRAN bayi perempuan sulung, kira-kira jam 4 pagi semalam, melengkapkan lagi rumah tangga yang dibina Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005-2007, Asmawi Ani, 31, dan Nor’Ashikin Rahmat, 33.\rPasangan berkenaan yang meraikan ulang tahun ketiga perkahwinan pada Disember lalu, menerima hadiah cukup bermakna dengan kelahiran bayi seberat 2.8 kilogram sebuah pusat perubatan swasta di Bangi.\r\n\n\n\n\rSehingga semalam, pasangan selebriti terbabit dikatakan masih memilih nama bersesuaian untuk cahaya mata pertama mereka yang dilahirkan secara normal itu.\r\r\n\n\n\n\nBagaimanapun, Mawi dan Ekin belum bersedia untuk berkongsi wajah anak sulung mereka bersama peminat buat ketika ini.\rMenurut bapa saudara Ekin, pasangan berkenaan juga hanya bersedia membuat kenyataan pada hari ini, selepas mendapat rehat secukupnya.\rBapa saudara Ekin yang hanya dikenali sebagai Mutalib berkata, Ekin dimasukkan ke wad selepas Maghrib, kelmarin. Selain Mawi turut berada di hospital untuk menemani Ekin ialah ibu serta kembarnya, Nor’Ain Rahmat atau Ain.\rEkin turut difahamkan akan menghabiskan tempoh berpantang di Bangi, di bawah jagaan ibunya.\r\n\n\n\rPasangan yang berkahwin pada Disember 2008 itu sudah lama menantikan kehadiran cahaya mata bagi melengkapkan lagi rumah tangga mereka. Sepanjang tempoh berkenaan, Ekin pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|