CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6475|Reply: 25

Harga makanan mahal,salah siapa?

[Copy link]
Post time 9-3-2012 07:14 PM | Show all posts |Read mode

Harga makananmahal,salah siapa?

Salam dan selamat petang…

Semua rakyat Malaysiamakan.Miskin atau kaya,keje gaji besau atau kecik..semua perlu makan….namunharga makanan yang mahal menyebabkan ramai rakyat Malaysiatidak menikmati pelbagai jenis makanan enak dan lazat.

    Aku berbual dengan ramai ahli politik sama ada pembangkang ataukerajaan.dari YB hinggalah Menteri.Rata-rata rakyat Malaysiamenyalahkan kerajaan yang dikatakan bertanggungjawab dalam isu kenaikan hargamakanan dan sumber produk.

    Hakikatnya harga sumber makanan ditentukan oleh peniaga.Merekabertanggungjawab  menentukan hargamengikut  kehendak mereka.Walaupun adaharga kawalan,namun majoriti peniaga tamak dan tidak pernah memikirkan masalahrakyat.

  Aku rajin ke pasar borong sejak pasar borong Melaka dibuka dekat rumahaku.Jika pada tahun 2000,harga ikan selar kuning baru RM2.00 di pasar borongdan di luar RM4.00.Namun kini harga pasar borong murah seposen dua je…nama jepasar borong tp harga mencanak naik.


   Dalam negara kita  , kuasa ekonomidipegang bangsa Cha ya nun alif  .Merekamenjadi pemborong pelbagai jenis makanan dalam dan luar negara.harga ditentukanmereka.Kerna tamakkan kekayaan,maka tidak hairanlah saham Amanah Saham 2020 kuotauntuk bangsa mereka sudah penuh.Ia membuktikan betapa mereka kaya rayaberbanding bangsa kita.

Ketika aku mewawancara Tun Dr Mahathir di pejabatnya Yayasan BukharyKL,aku tanya,mengapa pada zaman Tun harga makanan murah?Jawab beliau“Pengurusan kewangan negara.Saya menguruskan kewangan negara dengan baik danmemastikan harga makanan sentiasa murah kerna saya faham semua memerlukanmakanan”.Aku faham.Sejak pak Lah ambil alih negara,harga semua jenis makananmelonjak naik hinggalah hari ini.Amat payah mencari pemimpin yang amat peka danprihatin seperti Tun...

    Aku baru balik menjelajah Thailand.Dari Golok  ke Patani,Narathiwat ke Songkla,keHatyai..Walaupun Songkla dan Hatyai adalah bandar pelancongan utama di Thailand,namunharga makanan masih murah.Nasi berlauk daging masak kicap,ayam sambal dan sayurhanya 40 baht(RM4.00).

Harga ini mungkin kita tidak jumpadi mana-mana tumpuan pelancongan dalam negara kita...

   Apa yang aku lihat,negara Thailandamat menjaga harga makanan kerana mereka faham semua orang memerlukan makanan.Namunsikap tamak peniaga tempat kita menyebabkan harga semua makanan mahal.Ikansiakap yang dari laut kdgkala mencecah RM18 1kg...dahulu baru 11.00....

Aku juga lihat iklan harga rumah dua tingkat1juta baht atau RM100,000.Kalau tempat kita paling kurang RM300,000.Amatberbeza  negara kita dengan negara GajahPutih itu...

Memang kasihan orang miskin dalamnegara kita.Mereka tidak menikmati KFC,ikan bakar special di restoran keranaharganya.Bukan semua rakyat mahu mencekik dalam rumah siang malam...sekurangnyaseminggu sekali mahu merasa selera di restoran.

Dalam negara kita,banyak perkarayang kita tidak puas hati,namun kita tidak boleh berbuat apa-apa.Jika mahutukar kerajaan,bagaimana jika nasib lebih teruk?Menyesal x sudah pangkah partiayam....

Kdgkala aku hairan dengan rakyatMalaysia.Di manakah kuasa boikot?Tidakkah kita boleh gunakan kuasa boikot agarpeniaga tamak tidak boleh menaikkan harga sewenangnya?Sikap ‘tidakapa”,’lantakla” menyebabkan peniaga tamak terus rakus menggunikan ringgit dalambank...

aku bukan Menteri atau pakarekonomi.Tapi aku faham kita boleh meminimumkan harga makanan jika kita bijakmenguruskan negara.Jika tidak tahu ekonomi,jangan jadi pemimpin.

Kebanyakan hasil sumber makanandiimport dari luar negara dan nilai matawang kita lebih tinggi berbandingmereka,mengapakah boleh harga mahal?

Kdgkala aku pun naik angin,udangkecik jari kelingking sampai seKg RM18....apa punya mentekedarah betulpeniaga...

Aku suka makan.Makan kat umah,makankat restoran dan aku suka melancong luar negara sebab merasai makanan specialnegara luar yang tiada dalam negara kita.Itulah nikmatnya hidup..Jika kitatidak menikmati makanan lazat ketika hidup,di manakah lagi?  

aku pernah melepak di rumah kongsipekerja asing..mereka makan nasi dengan kerang setiap hari kerna kata merekakerang paling murah...Bayangkan mereka makan kerang siang malam....

Memang menyedihkan kita hidup didalam negara di mana peniaga TAMAK DAN RAKUS.Mereka tidak pernah fikirkanbetapa susahnya rakyat mencari seringgit dua dalam sehari....

aku pernah minum petang di  restoran PNB Park KL.Memang lazat danmenyelerakan..namun aku fikirkan mereka yang daif tidak pernahmerasainya...Jika  harga sumber makanan  murah,jika mereka tidak mampu ke restoranmewah,sekurangnya mereka boleh mencuba memasaknya di rumah....


http://sassy-izzy.blogspot.com/2010/05/39-restaurant-darby-park.html


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2012 09:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by pirdauz at 9-3-2012 21:27

aku jarang makan nasi berlauk dikedai, biasa makan nasi ayam rm 4 atau rm 3 tgk kedai gak , dgn tambah nasi kosong 1 bungkus rm 1, tapi, pandai2 lah cari tempat murah, dkt tempat aku ni, ade sangat pilihan tempat murah,, dan tempat tu,, fuhhh ramai giler org, ..
ade tempat harga masih murah dan ade tempat yg mahal.. lah.,,

baru tadi pegi pasatr, tgk sate rie (ikan), harga rm 2 sepuluh batang, zaman skolah rendah dulu, seposen je, sebatang,, aku tak lalu beli...

ade satu gerai murah dkt tempat aku,,, pekerja 3 org je,,, hehe,,, sorang tukang goreng, sorang tukang  angkat gelas pinggang basuh, sorang  bungkus dan antar makanan/minuman ke meja, memang murah lah,, tapi kadang2 puas menunggu giliran, tauke tu cakap, kalau x sabar memang costumer lari dah
air kelapa /jagung/ soya/ rm 1
keropok  rm 1 =5 batang
pisang goreng rm 1 = 7
ubi goreng rm 1 = 7
udang kecik secucuk rm 1 = 7 ke 8 ekorikan goreng tepung, rm 0.50 = 1 ekor
bebola sotong, rm 1 = 4 biji,
mee/bihun goreng, rm 0.50
nasi kerabu  rm 1
nugget je harga macam biasa rm 1 = 3 biji

air soya die, dgn mee, bihun, terasa asap,, guna dapur kayu,, jimat kos sungguh... huhu
pekerja skali tauke, 3 orang je...
----
kedai dkt rumah pulak, mee goreng, kuehtiow, nasi goreng,  semua rm 3, skali goreng satu kuali besar, time kul 6.30  ptg hingga 8 ptg, sejap je habis sekuali besar tu,, memang sedap mee goreng tu..

---

lain2 kedai yg aku biasa dapat murah
mee sup / bubur sup aka nasi air  rm 3
mee rebus rm 3.50
roti canai kosong, kedai cantik,, rm 0.80 je..

--------------

selain drp kedai2 biasa, aku biasa gak pelahap makana dkt mydin mall hhiihi
nasi gorang,kueh tiow,mee goreng , rm 2, ambik tapau sendiri isi dalam bekas,, sehabis muat boleh... macam2 ada dalam mee goreng tu,,, ayam roaster semalam punya... bebola,,,

ayam panggang pun murah, rm 8.99 sekor, nak banding dng ayamas, rm 20 sekor kan,,, dkt bazar ramadan pun rm 15 sekor.... ayam panggang

===

ayam goreng, radik fry chiken kan ade, instead kfc,, tapi tak sedap macam kfc lah,,,
ayamas frozen fry chiken pon ade, sedap gak..

--
mcd pulak, time kul 12pm ke 3 pm, ade mc value lunch,, murah gak la,,
--
2 tahun lepas, time belajar lagi,, ade satu kedai tu,,, hari2 pegi,, nasi kosong penuh pinggang,ayam goreng/panggang seketul , kuah campur ala2 nasi kandar, rm 3 je,, lauk ikan keli rm 3.50.. murah sungguh kedai ni, kedai pon standard gak,, ramai giler org kedai ni,, lauk banyak pilihan...


------
semua tempar aku cite ni, di "bandar raya" yg pada nama je,, tapi kemajuan tak macam bandaraya,,,, politaik punya pasal,, huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2012 09:59 PM | Show all posts
Reply 2# pirdauz


   bagus juga cerita ko....tp di manakah?mee goreng 50 sen???
kat kantin skolah pun RM1..................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2012 10:24 PM | Show all posts
Kerajaan memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang kenaikan harga barang berikutan pengumuman gaji baru untuk kakitangan awam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sekiranya terdapat peniaga yang sengaja mengambil kesempatan pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011. - UTUSAN
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2012 09:29 PM | Show all posts
cam ner xmahal...harga sebotol kicap jer pun dah capai 5hinggit!...kos meningkat...blum masuk lagik benda2 len tue...cam ner ler dorang xtekan harga...

semalam nak beli milo terkujat tengok yg sekilo punyer dah 18.50...dulu2 dapat gek 14hinggit...mampuih ler camnie
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2012 08:41 PM | Show all posts
Reply  pirdauz


   bagus juga cerita ko....tp di manakah?mee goreng 50 sen???
kat kantin skola ...
GuaAnakMelaka Post at 9-3-2012 21:59



   somewhere in pantai timur,,,,nanti , aku ambik pic, mee goreng tu, skali dgn gerai tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-3-2012 03:19 PM | Show all posts
lunch skrg susah nak dpt >rm5

td je pon dah rm6.30

tea o ais
nasi campur lauk daging masak merah + sayur kcg panjang
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 12:00 AM | Show all posts
mahal2 pun aku tgk ramai juga rakyat malaysia yg mkn kat luar..
starbuck tu jgn citer la..mahal2 pun org beli jgk..
medan ikan bakar...pun sama..mahal2 pun org gi jgk..
bistro..coffee house..penuh juga wlaupun mahal..
secret recipe...delifrance...manhattan fish market..baskin robbins..etc..etc..
so..x heranlah klu peniaga naikkan harga sbb org kita ni mahal2 pun beli jgk..
nak boikot..x jalan punya..sbb kita x sepakat..
cuma apa yg perlu kita buat..klu mahal jgn beli..cari alternatif..tp blh ke??...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2012 02:41 AM | Show all posts
bukan salah kerajaan mengandung.... saya aman sahaja konsepnya dengan harga makanan sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 11:41 AM | Show all posts
aku jrg2 mkn kat lua..biasa2 aku msk n makan kat umah tu lebih jimat pd aku...dhlah segala brg atuk nenak mahal..cm srapan pg je aku biasa beli kat tepi2 jalan tu...kakak yg jual nasi lemak mmg rega dia murah...dari dia niaga 2009 smpi lak nie....aku biasa amik nasi putih campur ayam kari ayam ptong kecik + daging msk kicap semua RM3.00.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2012 01:56 PM | Show all posts
Reply 9# meritokrasi


   Mungkin saudara berkemampuan berbanding rakyat biasa yg kurang mampu.............
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 01:58 PM | Show all posts
Reply  meritokrasi


   Mungkin saudara berkemampuan berbanding rakyat biasa yg kurang mampu.... ...
GuaAnakMelaka Post at 13/3/2012 01:56 PM



    Jika kurang mampu, sepatutnya kena usaha lebih lagi cari rezeki baru aman sahaja konsepnya...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 03:05 PM | Show all posts
perang masa hadapan rebut makanan,sumber air dan tenaga
populasi manusia makin bertambah
hutan-hutan ditebang bt rumah jutaan rm
air dicemari sisa nuklear dan kotoran
sumoga kita dirahmati

regards
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 08:56 PM | Show all posts
kadang2 tgk cashier yg kire tu gak...

mcm kt tmpt aku ade satu kedai makan aku selalu makan kt situ...ada 1 hari tu aku beli ikan keli masak cili + sayur tauge kicap + nasi kosong + air kosong = RM6.50. tp bile makcik lain plak yg kire dlm rm4 je....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2012 11:06 AM | Show all posts
pendapat ku.. makanan jadi mahal berpunca dari pemborong. pemborong mengambil barang murah secara pukal dari pembekal, kemudian menjualnya kepada pembeli dengan mengambil untung dari harga belian. jika pembeli itu masak sendiri, itu cerita lain, tapi jika pembeli itu adalah peniaga, mereka perlu mempertimbangkan segala kos yang mereka tanggung dalam penyediaan makanan untuk dijual dan juga berapa peratus untung yang mereka tetapkan.

jika dihapuskan sistem pemborong dimana pembeli membeli terus dari pembekal, kita akan mampu untuk mendapat harga yang lebih rendah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2012 01:56 PM | Show all posts
meh sini aku nak citer pengalaman aku hari ni disamun oleh restoren caravan kt mccalister road penang...

tadi aku teringin nak makan ikan keli tumis cili tu...so aku gi la kedai ni...cari punye cari takde...yg ade ikan kayu yg dipotong tegak2 tu tu pun tinggal 2 ketul je, nasi separuh TAK ADA AIR sbb aku jenis bawak air sendiri. aku minum mmg tak habis so aku mmg bawak air aku sendiri. camni la rupenye nasi yg aku makan tadi



cube korg teka berapa ringgit harga makanan ni suma????

RM4.30!!!!!!

terkejut badak aku tadi.. aku nak argue tp ramai org + mmg aku nak boikot la kedai makcik tu smpi bila2...

aku kesal tul ngan makcik tu...sbb makcik tu MELAYU, PAKAI TUDUNG LABUH BUKAN TUDUNG BAWAL. PEKERJA DIA SEMUA BERTUDUNG WALAUPUN BUKAN ORG MELAYU. CONFIRM LA ORG ISLAM.

mmg menyumpah2 la aku kt situ...makan la jugak. aku kesal okay mmg menyesal aku makan kt situ!!!! hey makcik ko leh jadi kaya raya cekik darah mcm tu??? okla bagi korg mesti pertikaikn mane resit tunjuk bukti. i'm sorry to say mmg kedai ni bukan standard kedai mamak ke kedai ape ke sbb kedai ni mmg tak sediakan resit. teller machine nye pun mcm tak berfungsi.  

gi mampusla ko makcik pakai spek tudung labuh smpi bile2 aku tak nak jejak dah kedai ko tu...cekik darah nak mampuih!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2012 04:10 PM | Show all posts
meh sini aku nak citer pengalaman aku hari ni disamun oleh restoren caravan kt mccalister road penan ...
annehuda Post at 15-3-2012 13:56


biase terkena mcm ni.. kdg tu amik nasi putih dgn ayam goreng berlada seketul pun hraga da rm4-rm5.. belum campur air lg
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 12:00 PM | Show all posts
Post Last Edit by kazaraf at 18-3-2012 12:05

Reply 1# GuaAnakMelaka

bg saya bukan salah peniaga.. tp  pemborong/pembekal.. kene jelas dlm hal ni.
walaupun  pemborong/pembekal tu golongan berniaga - org malaysia anggap peniaga adalah golongan yg ada gerai/kedai/tapak pasar.

pemborong/pembekal naikkan harga..  maka peniaga yg membeli dr pemborong mesti nak untung juga.. so peniaga yg naikkan harga.
aku selalu menyampah dgn kenyataan KPDNKK yg bagi amaran kpd pniaga jgn naikkan harga barang.. tp tak "sound" pemborong/pembekal.

aku selalu berfikiran logik, yg kdg2 harga naik bukan semata2 peniaga nak untung semata2... tp sbb diorg nak jaga & maintain pendapatan masing2.

Mcm situasi skrg. kos kehidupan makin naik. bil air/letrik dah naik, petrol naik, sparepart kenderaan makin mahal, kadar sewa naik, kos "shipping" bertambah dan bermacam2 brg yg bukan makanan naik harga.. bermakna perbelanjaan bertambah..

maka. golongan org berniaga juga nak untung, nak naikkan gaji pekerja, nak tmbah untung dpd biasa, nak buat itu ini
semua ni termasuk org yg mniaga makanan, perkhidmatan... dpd sekecil gerai tepi jalan sehingga taraf sykt berhad di papan utama saham.

jd aku hairan. mengapa selalu golongan "peniaga brg makanan" yg menjadi "mangsa" cercaan kalau naik harga..
sedangkan mereka mungkin naikkan harga disebabkan meningkatnya kos operasi dalam melaksanakan perniagaan mereka.

cth harini  makan dkat foodcourt KLCC - nasi ayam harga RM8 cthnya. kutuk mahal nak mampus. tp tak sedar yg kos sewa KLCC tu mahal!!!

cuba lihat alasan kalau Tnb, PLUS bgtau nak naikkan tarif letrik atau tol.. apa alasan mereka?? peningkatan kos operasi..
kerajaan nak naikkan harga Petrol?? alasan, kos "beli" minyak ikut harga pasaran meningkat = peningkatan kos operasi.
jd dlm hal ni org berniaga pn sama juga..

aku ckp cmni bukan sbb aku pniaga makanan.. aku pengguna biasa juga.

maksudnya harga makanan naik harga adalah disbbkan punca pertama kitaran perniagaan makanan ni naik harga. jadi kat situ lah yg kena ctrl.
Cth kalau ayam = mungkin harga makanan ayam dah naik.. tp adakah proses buat makanan ayam dah naik??? kena kaji
kalau brg2 mknn lain bagaimana pula???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2012 02:16 PM | Show all posts
Reply 18# kazaraf


   benar..kebanyakan fakta kita perlu kaji punca dan masalah sebenar adalah pemborong...

aku buat kajian di Thailand....walaupun mereka pun banyak import sayur-mayur luar negara,namun harga masih rendah dr tempat kita.


Berbanding tempat kita,walaupun sayur-mayur dan bahan makanan seperti bawang yang diimport dr negara luar di mana nilai mata wang mrk rendah,namun masih juga mahal...


Kbykan pengguna tidak melihat kpd pemborong,mereka lihat kpd peniaga seperti premis restoran dan sebagainya...


ttg kos operasi aku faham...aku pernah minum Nescafe tarik kat KLIA dan hara RM9.90....aku faham kos sewa mmg mahal kat situ..jadi xda nak merungut mahal...


Mcm makanan kat Genting Highlands ,mmg mahal sbb semua bahan mentah dibawa dr bawah ke puncak,sudah tentu melibatkan kos.Aku selalu juga melepak  di kantin pekerja sbb makanan mmg murah di situ tp dikhaskan utk pekerja dan staff Genting shj.aku dpt masuk sbb kawan aku keje sana....



Mcm restoran aku,dulu nasi ayam harga RM3.00....bila harga ayam dan bahan mentah naik,trpaksa naikkan 3.50....

skrg pula dah naikkan RM4.00 dan alhmdulillah pelanggan x komplen sbb mrk faham...

http://3.bp.blogspot.com/-j4F3bzLhLJo/T2V9frLx3sI/AAAAAAAAFec/eImU-ZcshsM/s1600/29157_111694152206673_111692848873470_71084_2238771_n.jpg
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2012 05:47 PM | Show all posts
Reply 19# GuaAnakMelaka

sedap tu nasi ayam, hehe.

mungkin bro saat ada kenal bbrp pemimpin besar/kecil negara... mintak dia settlekan perkara ni.
aku rasa sangat tidak adil pengguna & kementerian menyalahkan grup peniaga (terakhir) dalam masalah naik harga ni.
tp kalau tgk berita, yg selalu kena serbu, kena denda mesti org2 yg meniaga di pasar2 cthnya.
tp susah betul nak baca tgk berita pemborong2 sekian2, pengeluar sekian2 kena tindakan sbb naikkan harga...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.072074 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list