CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 63092|Reply: 32

[SEJARAH] SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA by batuapi

 Close [Copy link]
Post time 13-3-2012 03:07 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by juju_amin84 at 22-3-2012 20:52












Parameswara Menurut Ilustrasi Pelukis


Kesultanan Melayu Melaka

Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah Parameswara pada sekitar tahun 1400. Selepas kejatuhan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, kerajaan Majapahit telah menguasai kawasan Srivijaya termasuk Palembang. Penguasaan ini ditentang oleh Raja Palembang dan puteranya, Parameswara. Demi mengembalikan kedaulatan bangsa dan negara, Parameswara telah berusaha membebaskan Palembang daripada Majapahit, tetapi tidak berjaya.

Parameswara terpaksa berundur hingga sampai ke Temasik yang diperintah oleh Temagi dibawah naungan Siam telah menerima kedatangaannya. Kedudukan geografi Temasik yang strategik telah menyebabkan Parameswara membunuh Temagi untuk menjadi Pemerintah Temasik. Tindak balas segera dari Siam dengan mengatur serangan balas telah menyebabkan Parameswara dan pengikutnya melarikan diri ke Muar sebelum sempat serangan dilakukan. Perjalanan seterusnya adalah melalui Sening Ujung dan Bertam menuju ke utara yang membawa mereka tiba ke sebuah perkampungan nelayan yang penduduknya terdiri daripada orang Melayu, orang laut dan orang asli.

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409[1] apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Syah.





Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.

Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)

Faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu.





Kegemilangan Kesultanan Melaka

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring.

Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Singapura, dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.


Kejayaan Melaka

Selepas Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan baru menggantikan Srivijaya pada Abad ke-15, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada faktor perdagangan yang semakin berkembang pesat. Melaka telah muncul sebagai kuasa besar di Kepulauan Tanah Melayu yang setaraf dengan kuasa besar lain seperti Siam, Srivijaya, dan China. Melaka yang pada mulanya merupakan sebuah kerajaan kecil telah berkembang dan mengambil alih peranan pusat perdagangan yang dulunya dipegang oleh Srivijaya. Kejayaan menarik tumpuan perdagangan dari Srivijaya ini telah mengangkat martabat Melaka ke tahap yang lebih tinggi kerana pada zaman dahulu hanya kuasa-kuasa besar sahaja yang mampu untuk mengendalikan pusat perdagangan yang cekap dan berupaya menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden.

Keupayaan Melaka telah menyebabkan sebilangan negeri yang dulunya berada di bawah kekuasaan kuasa Siam dan Jawa telah meminta naungan dan perlindungan daripada kekuasaan Melaka. Contoh negeri tersebut ialah seperti Bernam, Klang, Selangor, Sungai Ujung, Kedah, dan Patani yang secara sukarela datang mendapatkan nobat daripada Melaka. Manakala Pasai pula sebagai ‘abang tua’ dalam perdagangan dan agama, sentiasa ‘berkirim salam’ dengan Melaka. Bukti kemunculan Melaka sebagai satu kuasa besar yang baru ialah Melaka telah dua kali berjaya menangkis serangan Siam dan akhirnya berjaya menguasai Kelantan, menjelang kurun ke-16 Melaka telah memutuskan hubungan hormat dengan Siam. Hal ini menunjukkan Melaka bukan sahaja berjaya mencontohi kejayaan Srivijaya dalam perdagangan tetapi juga dari segi perluasan wilayah.

Kejayaan Melaka memainkan peranannya sebagai sebuah enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang-barangan, menjadi pengantara menemukan pedagang Timur dan Barat termasuk Nusantara, dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa ke Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya kerana Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi menggerakan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.


Kejatuhan Melaka

Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya (Sultan Alaudin Riayat Shah) mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke-16 sedang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.

Orang-orang Portugis berminat berdagang di Melaka

Pada 10 Ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.


  


Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.

Pada 1526, pihak Portugis membalas dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikannya ke Kampar, Sumatera tetapi anakandanya, Tengku Alauddin Shah tinggal dan mengembangkan Johor sebagai sebuah empayar yang berkuasa dan yang mencapai keunggulannya pada abad ke-18 dan ke-19. Lagi seorang anakanda Sultan Mahmud Shah, Tengku Muzaffar Shah, dijemput oleh orang-orang utara untuk menjadi sultan mereka dan beliau mengasaskan Kesultanan Perak Sultan Mahmud Shah mangkat dua tahun kemudian di Kampar pada tahun 1526.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2012 03:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by budakgraphic at 13-3-2012 16:16

"emerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.)"


Huhuhu, masa sekolah menengah dulu ayat ni mmg familiar digunakan oleh budak2 yg berasal dari melaka... Semua stok bangga jadi org melaka... Daripada sini ar bermula semangat kitorang nak berbisnes kecil-kecilan... Walaupun ketika itu kitorang hanya menjual brg2 haram kepada budak2 asrama... hehehehe...
Hahaha, seronok pulak baca pasal sejarah Melaka nih... Bagus, isi yg padat dan ringkas... Keep it up!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2012 03:23 PM | Show all posts
Hahaha, seronok pulak baca pasal sejarah Melaka nih... Bagus, isi yg padat dan ringkas... Keep it up ...
budakgraphic Post at 13-3-2012 15:21



   tq. aku tak pasti korang nampak gambar tak, dlm draft ada, dlm ni mcm hilang pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 03:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by pasuoren at 13-3-2012 15:27

aik, batu..mana thread yang pasu komen tadi..?...

walau apa pun, yang ini persembahannya lebih kemas dengan gambar yang bersesuaian...

rasa macam pelajar Sejarah Melayu pun ada...

tahniah...





pst: padahal gambar tak nampak..tapi pasti gambar tu ada dan menarik serta bersesuaian,...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 03:28 PM | Show all posts
Sejarah Kesultanan Melayu Melaka pulak...xde gambar ke...Jeruk suka tgk gambar..
Jeruk copy dah...utk nak buat folio Sejarah...
terus kan usaha gigih mu utk dpt stamp lulus Mod..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2012 03:30 PM | Show all posts
tq jeruk, tq pasu. aku baru dpt masuk semula gamba. bagaimanapun, gambar ilustrasi muka parameswara tak dpt dimasukkan. entah kenapa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2012 03:34 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 13-3-2012 15:35

"sejarah pembukaan Melaka oleh parameswara yg lari ke Tanah Melayu.dia sampai ke satu perkampungan nelayan yg dihuni oleh 3 kaum..kaum melayu, kaum org asli dan org laut..perkampungan yg strategik tu menyebabkan parameswara teringin mendirikan kerajaan baru bernama Melaka.
dari situ lah wujudnya 3 asal usul nama Melaka iaitu1) sempena bahasa Arab Malakat dan Mulaqah 2) sempena nama pokok tmpt parameswara bersandar dan ternampak kejadian pelanduk menendang anjing perburuan 3)mitos hindu dari pokok Amalaka"

semua ni aku pernah ajar pelajar2 aku  selama 8 thn..


aku suka thread ni..bagus!aku suka sejarah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 03:34 PM | Show all posts
Reply 6# BATUAPI8888


ok..nampak dah gambar...ok dah tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2012 03:37 PM | Show all posts
content yg padat dan sendat siap ada peta ala2 google earth lagi hik hik..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 03:41 PM | Show all posts
dah rasa mcm belajar sejarah balik bila baca tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 03:43 PM | Show all posts
Reply 3# BATUAPI8888


Ada je gambar ni ha... keep it up...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 03:45 PM | Show all posts
tq jeruk, tq pasu. aku baru dpt masuk semula gamba. bagaimanapun, gambar ilustrasi muka parameswara  ...
BATUAPI8888 Post at 13-3-2012 15:30



    haa dh nampak gambar...tu Parameswara..gambar betul tak de ke...i
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 03:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 13-3-2012 15:54

mcm br keluar dr muzium melaka..

bgs isinya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 03:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by carly_lah at 13-3-2012 16:23

mengingatkan carly tentang sejarah melaka semasa di alam persekolahan dulu, bagaimana bermulanya melaka hingga ke zaman kegemilangannya....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 03:53 PM | Show all posts
olahan berkaitan dengan Sejarah Kesultanan Tanah Melayu Melaka ini sangat informatif...

susunannya kemas dengan gambar ilustrasi yang padan dan berkaitan..

olahan juga tersusun dimulai dengan pengasas sehinggalah zaman kejatuhan institusi kesultanan di Melaka..

percubaan dan usaha yang amat baik...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 03:54 PM | Show all posts
aku tak sangka parameswara tu ensem sungguh org nya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2012 03:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by juju_amin84 at 13-3-2012 15:59

Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), beliau terus menerima ufti dan kesetiaan dari kawasan-kawasan sekeliling yang diberinya sewaktu beliau masih menjadi Sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu dan berkali-kali menyerang Melaka. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.




best........cukup informasinye...keep it up...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2012 03:58 PM | Show all posts
salam semua, terima kasih utk komen. terharu
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 03:59 PM | Show all posts
lg 3 org ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2012 04:00 PM | Show all posts
penceritaan yang kemas dan bagus. content yang padat dan berinfomatif.
baru kemla tau macam tu la rupe parameswara! nice one!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.577532 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list