CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3945|Reply: 16

Gadis hilang di Kuantan mengaku tak diculik

[Copy link]
Post time 21-3-2012 08:27 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by garyura at 21-3-2012 20:33

KUANTAN - Gadis yang dikatakan diculik ketika keluar membeli kad tambah nilai prabayar Ahad lepas, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, akhirnya mengaku bahawa dia sebenarnya tidak diculik, kata polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC T. Narenasagaran berkata gadis itu juga mengaku bahawa dia dengan rela hati melarikan diri untuk tinggal di rumah teman lelakinya yang berumur 26 tahun disebabkan tekanan emosi yang dialami.

"Laporan yang dibuat kepada polis dengan mendakwa gadis itu diculik adalah tidak benar kerana dia mengaku dia tidak diculik tetapi melarikan diri dari rumah kerana tekanan perasaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah ditemui di rumah teman lelakinya di Kampung Merchong dekat Pekan petang semalam, selepas dikatakan diculik dua lelaki dan seorang wanita semasa bersama adik lelaki dan sepupunya membeli kad tambah nilai prabayar di Taman Tas di sini, Ahad lepas.

Narenasagaran berkata remaja itu sendiri yang menghubungi kedua-dua lelaki dan wanita berkenaan supaya menghantarnya ke rumah teman lelakinya pada hari dia dilapor hilang oleh keluarganya.

Beliau berkata Siti Nur Fatihah kini dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Sultanah Fatimah di sini untuk kaunseling dan penjagaan kerana dia tidak mahu pulang ke rumah serta merayu tidak mahu menemui sesiapa.

"Kes ini telah selesai dan kami menegaskan bahawa ini bukan kes culik.

Mangsa keluar rumah secara sukarela dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak dalam kes ini.

"Mangsa keluar rumah dengan tujuan hendak menenangkan fikiran dan mahu tinggal sementara dengan keluarga teman lelakinya," katanya.

Ditanya mengenai dua lelaki dan seorang wanita berumur lingkungan 20-an yang sebelum ini dikatakan melarikan gadis itu, Narenasagaran berkata mereka tidak ditahan tetapi akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

"Mereka tidak melakukan penculikan tetapi polis akan panggil semula kedua-dua lelaki dan wanita itu untuk diambil keterangan," katanya. - Bernama

Ulasan GB

Jika benar, gadis ini telah menyusahkan orang lain terutama ahli keluargnya sendiri. Dan nantinya selepas ni ini jika ada betul-betul ada kejadian penculikan remaja perempuan berlaku ..orang sukar untuk mempercayainya..

Namun ada beberapa hal yang mungkin berlaku. Apakah beliau telah dipaksa untuk membuat pengakuan "tidak duclik" memandangkan sebelum ini dilaporkan bahawa:

Nor Mala berkata lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa Fatihah akan pulang ke rumah dalam masa terdekat setelah kehilangannya kini telah menjadi kes polis.

"Saya sempat memujuk lelaki itu malah mendakwa mengenalinya supaya memaklumkan di mana Fatihah tinggal.

"Dalam perbualan kami selama dua jam itu, lelaki itu yang berusia 20-an turut memberitahu dia serba salah untuk berterus-terang kerana dia juga ada kes polis dan tak mahu ada apa-apa rekod lagi,"












>>>penat je org dok foward mintak tolong cari dlm facebook....rupanya dia berseronot ronot dgn pakwe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2012 09:31 PM | Show all posts
cehh..satu malaysia dok riso.ghupenye....
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 09:56 PM | Show all posts
aku geram betul la kat pompuan ni. sakit hati. tak pikir mak bapak agaknya. menyusahkan masyarakat. lain kali pakai akal sebelum buat apa2 tindakan!

mula2 aku dengar kat hot.fm pagi tu, ramai jugak yang dok marah2 parents dia sebab tak dapat jaga anak baik2. dengar ayah dia cakap pun, sayu jekk.. sedih sangat.
aku terpikir, kalo la aku kat tempat diorang, allah...camna la agaknya.

tengok2, rupanya dok bersedap rumah boipren. sakit betul hati aku. penat orang risau. kesian family, kesian mak bapak, kesian adik-adik. sampai hati ko buat camni kan?

nanti anak2 ko pun mesti buat camni jugak kat ko - unless ko tobat sungguh2. sebab aku pecaya - what u give, u'll get back!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2012 10:14 PM | Show all posts
Post Last Edit by garyura at 21-3-2012 22:17

kecik2 dah gatal mengrenyam...tak pikir malu mak bapak. satu msia tahu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2012 10:22 PM | Show all posts
cehh..satu malaysia dok riso.ghupenye....
sakurakuri Post at 21-3-2012 21:31



  Aku tak riso pun sakura sbb hari tu polis dah kata, tak de tanda-tanda di culik...
Tapi parents dia je yang beriya-iya kata di culik.....konon nak tutup malu lah tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2012 10:25 PM | Show all posts
Reply 6# jazaa

ye la mak ayah mana tak risau anak tak balik rumah...rupanya g mengedix dgn jantan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2012 10:29 PM | Show all posts
Reply 7# garyura


  Pandai lak adik-adik dia reka cerita...siap bertarik-tarik lagi masa naik kereta tu...
Entah betul entah tidak...agaknya mak pak dia suruh cakap mcm tu bior polis ambik serius kes tu...
Tapi dari cerita tu, polis dah kata, tak de unsur2 kes culik pun.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 09:58 AM | Show all posts
nk hadap sgt dok umah perlindungan
pandai ko la..x pk kesian kat mak ayah tueh
dgn malu nya lagi..bukan nk blik umah mntak maaf
tekanan perasaan apa la agaknya yg budak ni alami
nk kawen ngan bf mak ayah x bg kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2012 10:23 AM | Show all posts
Reply 6# jazaa


tp bile pk balik mcm kelako plak ramai terpedaya..satu kampung siap solat hajat bagi lembut hati penculik. semalam je 3page berita dia saje.. mesti mak pak malu tunjuk muka pas ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 05:01 PM | Show all posts
hurm... ape jenis budak pompaun die ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 02:48 PM | Show all posts
mengada ngada la, tak sedar2 ke diri tu menyusahkan makbapak dan org lain, nak sgt kena culik meh nk hantar kat sempadan baru dia tau makna culik sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 07:43 PM | Show all posts
adeh
* menyusahkan org

* g setadi ag bagus
* too young to have a boipren..umo 26 plak tu...yg keluarga boipren sama bodo....tak risau ke anak dara org tumpang umah cenggitu je
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2012 10:10 PM | Show all posts
dh agak dah...

mesti  kes ikut bf...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2012 12:22 AM | Show all posts
pelik apasal la org pompuan je yg slalu jd gini....yg laki takde pulak
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2012 02:16 AM | Show all posts
aku heran bebudak skrg nih... baru 15 thun... tp stress mcm handle maslag negara lak smpaikan nk lari umah bagai... klu ye pun  nk tenangkan diri, fikirlah org yg sygkn kamu sblum kamu bertindak bodoh... byangkan klu bebetul kene culik, xkn nanya tu namenyer!!!...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 03:05 PM | Show all posts
budak2 zaman sekarang.................................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2012 10:54 PM | Show all posts
hurm. ko jgn percaya lah 100% surat khabar surat khabar ni banyak kaki pembelit lidah bercabang kalau bab2 cmni aq dgr senyap je. sebab tak tahu kisah sebenar. kdg2 reporter ni cari makan jek. ada 2 org kawan aq kes dia masuk court bila report surat khabar dn mauk tv lain yg keluar. lahanat dud. jgn mudah percaya beb.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.469821 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list