CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14460|Reply: 66

10 Makanan Pelik Asia

[Copy link]
Post time 3-4-2012 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by solstice at 3-4-2012 15:31

10 Makanan Pelik Asia (Koleksi Gambar WTF)
Ada diantara makanan yang dianggap eksotik atau pun pelik oleh non-Asian sebenarnya adalah benda biasa bagi kita. Sebagai contoh, non-Asian menganggap durian adalah sejenis buah yang busuk dan mempunyai rasa yang rare sedangkan di Malaysia ia adalah kegemaran ramai. Tapi, ada juga makanan yang sememangnya pelik bagi non-Asian dan tetap pelik bagi orang Asia sendiri dimana hanya sebilangan kecil orang Asia yang memakannya. Kosongkan perut korang sebelum tengok gambar-gambar dibawah atau sediakan beg plastik yang mencukupi. Selamat menjamu selera:

1. Daging Anjing




   Hidangan yang sangat popular di wilayah selatan China seperti Guangdong dan Sichuan. Dikatakan stew daging anjing adalah antara hidangan yang paling popular semasa musim sejuk. Kalau korang berkunjung ke Meishi Street kat Beijing, korang akan nampak banyak  advertisment penjualan daging anjing.

2. Balut




   Ekslusively milik Philiphine. Telur itik separuh menetas yang direbus ini dikatakan mempunyai rasa yang sangat rangup. Bila korang makan ni, korang akan dapat rasa bulu, biji mata, dan kulitnya yang separuh terbentuk. Mangababaluts atau pembuat balut boleh ditemui di daerah Pateros, Manila. Satu masalah yang korang mungkin hadapi bila makan benda ni ialah bulu yang melekat pada gigi. Nak cuba?

3. Sup Kura-kura



   Boleh ditemui kat negar jiran korang, Singapura. Kura-kura dimasak bersama herba cina untuk menghasilkan sup yang sangat berkhasiat. Berbeza dengan anggapan ramai orang, dikatakan rakyat moden Singapura menyukai sup kura-kura disebabkan teksturnya yang pekat dan berherba.

4. Beondegi



   Bahasa Melayunya, larva ulat sutera. Sejenis snek yang sangat popular di Korea Selatan. Pada kebiasaanya dihidangkan samada dengan merebus ataupun kukus, sebelum diletakkan perasa. Mempunyai rasa seperti kekacang yang rangup bila digigit dan bahagian dalamnya pula mempunyai rasa yang unik. Aku tertanya-tanya kalau benda ni dijual untuk menggantikan popcorn kat sana.

5. Testikel Ayam Jantan


   Boleh lah Google kalau korang tak tahu apa organ ni sebenarnya. Berasal dari Taiwan. Saiznya memang agak besar dan hanya sesuai untuk orang yang betul-betul berani mencuba something rare. Testikel ayam jantan biasanya direbus dan terus dimakan begitu sahaja, tetapi korang boleh juga minta untuk dihidangkan sebagai stew pedas ataupun digoreng bersama bawang putih. Rasanya? Bahagian luar yang kenyal tetapi mempunyai isi yang lembut seperti tauhu. Jangan lupa untuk beli benda ni kalau korang melawat ke Snake Alley kat Taipei.

6. Otak Kambing



   Bukan setakat susu, malah otak kambing pun baik untuk kesihatan. Pelik pada aku, tapi mungkin korang rasa benda ni menyelerakan. Berwarna putih dan kelihatan seperti tauhu selepas dimasak. Enak dimakan bersama roti dan kari. Boleh dimasak bersama tomato, telur, masala, atau pun begitu sahaja.

7. Isaw Manok



   Korang suka sate? Bolehlah try makanan yang ini. Sate usus ayam yang spesial ni adalah makanan orang Philiphine. Organ dalaman ayam yang dihancurkan digaulkan bersama sos pedas dan bahan-bahan lain, kemudian disapukan pada sate ni sememangnya membuatkan ia lazat untuk dimakan. Tak cukup menyelerakan? Cuba sate kepala ayam ataupun telinga khinzir pula. Memang cukup wtf.

8. Biji Mata Tuna



   Korang mesti dapat agak dari mana asal makanan ni, kan? Sememangnya salah satu menu yang popular di jepun. Kalau tak silap, korang boleh dapatkan dengan harga kurang dari 100 yen atau RM3.80 bagi setiap satu. Biasanya dimakan mentah, kukus, ataupun digoreng bersama bawang dan kicap.

9. Tauhu Busuk



   Ini bukanlah kerana lupa nak masukkan ke dalam peti ais ataupun terpaksa makan tauhu seminggu lepas sebab gaji tak masuk, tapi memang dibuat supaya begini. Bau busuk tersebut adalah hasil dari proses penapaian tauhu tersebut. Walaupun baunya busuk, tapi makanan ni sangat popular di Taiwan, Hong Kong dan China. Dikatakan siapa-siapa yang rasa benda ni buat kali pertama akan terus ketagih untuk makan lagi. Terima kasih je lah, aku rela bagi share aku kat korang.

10. Telur Semut




   Kalau kat Malaysia ni, ada semut kat dalam air pun orang dah bising, tapi berbeza bila korang pergi Cambodia, Thailand dan Vietnam sebab ada diantara diorang makan telur semut! Sup telur semut putih adalah salah satu hidangan yang paling menarik kalau korang pergi ke jalan Sukhumvit, Bangkok. Sup tersebut mengandungi telur dan anak semut yang dikatakan mempunyai tekstur yang lembut tetapi sedikit masam. Nak cuba?

ai suka makan mata ikan
Mata ikan tongkol lagi best sbb besar


Kat Kelantan ada jual sate perut ayam
Nak senang - cari kat kedai Yati Ayam Percik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2012 12:11 PM | Show all posts
bagi ai..x der la pelik kalo otak kambing wat masala pastu makan ngan capati pon sedap!!nyam nyam.kat penang byk benda alah ni..
biji mata ikan tu pon sama.. mcm mkn kari kepala ikan jugak ar..tang mana tu nyam..nyam.. oh..tetiba je rasa nak blk kg..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 12:11 PM | Show all posts
mata ikan paling sodap..otak lembu pun aku penah makan
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 12:12 PM | Show all posts
teringat anthony bourdain muntah gila2 masa dia mkn balut tuh.   pdhal sblum tu elok n relax je dia telan hempedu ular fresh yg mamat cina tu keluarkan dr sekor ular ni hidup2. siap minum darah ular tu lg.    tp tang balut tu, surrender terus dia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 12:15 PM | Show all posts
Wah... lazatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 12:19 PM | Show all posts
Mak aii anjing golek/guling
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2012 12:23 PM | Show all posts
yuck... tak menahan nengoknya, terutama no 1 tu, anjing golek
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 12:26 PM | Show all posts
... kembang tekak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2012 12:35 PM | Show all posts
kura2 pon bole dimasak sup...ingat siput ke ape? adoi la
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 12:38 PM | Show all posts
mata ikan..my fav..kalau kari kepala ikan..mata ikan tu la aku korek dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 01:08 PM | Show all posts
Reply 3# esofagus


   penah mkn otak lembu??????????????????????????????????? uwawawaawa geng la! sodapppppppppppppppppppp!
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 01:43 PM | Show all posts
nak muntahhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 01:47 PM | Show all posts
kalau makanan berkaitan ayam, lembu, kambing n ikan ni tak penah la aku tolak..kaki, lidah, mata, babat, usus semua bedal. sedap je semuanya lagipun halal kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2012 02:13 PM | Show all posts
Reply 13# esofagus


    Totey lembu makan?
Ada suku kaum yg makan keropok kulit lembu

Kalau omputeh depa geli tengok org Asia makan organ dalam (cth: ayam)
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 02:15 PM | Show all posts
Pernah makan balut dulu,sedap gak,klu mata ikan memang pebret ai
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 02:48 PM | Show all posts
Reply  esofagus


    Totey lembu makan?
Ada suku kaum yg makan keropok kulit lembu

Kalau om ...
solstice Post at 3-4-2012 14:13

tak penah lagi tp kalau ada yang nak hidangkan aku tak menolak asalkan jangan bau hancing sudah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2012 02:52 PM | Show all posts
tadi kt thread sanun. kucing la plak
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 02:56 PM | Show all posts
kat Combodia ramai gak yg jual BALUT aka TELOR ITIK tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 03:12 PM | Show all posts
mata ikan tu ok lg.....
yang lain tu......
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2012 03:16 PM | Show all posts
seme kat china ni adessssssssssss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.066519 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list