|
Hehe..tu tajuk cite kat TV3 tak lama dulu kan... ini cerita x de la bunuh2 orang ke, meracau2 ape, ini cerita tentang arwah ayah aku.
Ceritanya begini, arwah ayah aku kene kanser, tetapi, sebelom tu, dia kata kene buasir, berak berdarah, payah nak buang air, paling sekejap setengah jam, kekadang berjam2, kesian aku tengok dia mase tu tapi aku x dpt nak buat ape2 sebab aku tinggal di Puchong. Ada sekali tu, sakit sangat, suami aku terus pakse dia gi hospital Kajang. Sana, MO kata buasir saje, tapi ayah aku bertambah2 sakit n terus gi HUKM. Doktor terus buat operate sebab dia kata ada sesuatu yang x kena, rupanya Kanser Kolorektal Tahap 4.
Terkejut jugak tetapi redha ajela sebab dah itu takdirnya kan. Ok, ni cerita pasal sakit dia, n dia kata kanser ni berpunca dari pemakanan. Jin pon puncanya juge kata kawannya.
Masa dia balik kampung dia, kat Kodiang, dia sakit sangat2 sebab perut dia memang kene tebuk seminggu sekali untok kuarkan air kanser. Di sini bermula ceritanya, dia seperti tak sedar dan macam kutip sesuatu agak lama (dalam beberapa minit) pastu bagi kat makngah aku. Matanya tertutup n dia x tau sape yang ade dengan dia, tetibe dia kata "Nah, amek ni, ada orang bagi santau kat aku". Selagi mak ngah aku x tadah tangan dia, selagi tu tangan dia mcm tu aje. Bile makngah aku tadah, baru dia lepaskan sesuatu tu n letak tangan kat perut dia.
Nak tanya la, santau tu boleh sebabkan kanser ke? Atau betul ke ayah aku kene santau? Aku masih terfikir2 setiap kali aku rindukan ayah aku, sentiasa mendoakan dia di kalangan orang2 yang beriman. Lepas operate kat HUKM tu, bapak aku bertukar menjadi kurus serta merta. Lemak kat punggung pon xde wei (sedih aku). Dia nak duduk pon kene ade kusyen 2 lapis. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya... semoga anda bertabah. |
|
|
|
|
|
|
|
Btw, tajuk benang tak boleh blah wahaha. |
|
|
|
|
|
|
|
lawak dalam sedey..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kena santau memang badan jadi kurus,,...kira tu makan dalam lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kena santau pergi ke Grik, ikut Perak.
Sebelum sampai ke Pekan Grik ada satu signboard pertama menunjukkan arah ke Grik.
Selepas signboard tu ada simpang masuk kiri ( nama kampung aku tak ingat ).
Dari simpang ke dalam adalah lebihkurang 1 km.
Nanti sampai pada satu surau kayu..Tanya orang kat situ.
Atau bila berhdapan ngan surau belok kiri..park kereta kat jalan masuk yang ada kiri kanan pokok getah pastu tanya orang.
Ada perawat yang boleh merawat santau...Dia nak turunkan ilmu merawat santau pada aku tapi aku tak punya wang mencukupi untuk ke sana...
Cubalah... |
|
|
|
|
|
|
|
ikut cerita TT, ayahanda sudah sgt uzur. perbanyakkan hadiah dia Al Fatihah.
semasa hidup inilah anda harus menghadiahkan sebanyak mungkin AL fatihah kp ayahanda.
terharu saya baca kisah anda. walaupon begitu, anda harus kuatkan semangat dan mohon dlm hajat anda agar ayahanda anda diringankan sakitnya.
perbanyakkan Al fatihah utk beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
kadang2 memang kanser pun , kadang kadang apa yang orang sedang sakit buat tampa sedar hanyalah halusinasi dia akibat sakit atau pengaruh ubat
wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Ayah saya sudah kembali ke rahmatullah, insya Allah, kalau ada yang kene santau, saya akan ikut cadangan rdzaccess..
Tetapi, kanser tu sebenarnya berpunca dari jin kan..mengikut pengamal perubatan Islam yang saya kenal la |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ariapersanta at 9-4-2012 12:46
ada kebarangkalian benar dan ada kebarangkalian memang penyakit moden |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Fatihah buat arwah ayah TT... Nasib yg menimpa arwah ayah TT sama dgn yg menimpa arwah ayah aku... Cuma bezanya, arwah ayah aku diserang di bahagian tekak... Sebelum dia meninggal dunia, badan dia mmg sgt kurus, mcm dah takde isi... Bila bawak hospital, jawapan wajib diorang, "Kami syak dia ada kanser"... Tapi bila bawak kat pakar, diorang sendiri tak berani nak konfemkan yg itu adalah kanser... |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Fatihah buat arwah ayah TT...
Selalunya makhluk halus ini menutup akan penyakit ni...manusia tak boleh nampak....
Kalau dibuka dan maka nampaklah penyakit tu maka sangatlah sakit dirasakan oleh pesakit..jadinya selalu perawat tidak akan memberitahu pesakit atau keluarganya berkenaan ini...Selalunya ini boleh ditunjukkan pada fizikal jika di singkap tabir... |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Fatihah buat arwah ayah TT...
Selalunya makhluk halus ini menutup akan penyakit ni...manusia ta ...
rdzaccess Post at 9-4-2012 20:09
nak tanya..kenapa ada perawat picit2 kuku bila nak tau ada ajmaun ke idak? |
|
|
|
|
|
|
|
citer pasal santau ni, bapa saudara aku masa tengah makan kat kedai tetiba je jatuh & muntah berdarah, punya la banyak. masuk icu, koma dalam dua hari meninggal. dr tak pasti sebab apa tapi yang aku dengar katanya dia disantau, macam santau angin camtu ler.. main tuju jer & kena kat dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dahulu satu kejadian...jiran aku,...balik kampung,...dia ni ASP,...baru nikah 3~4 bulan,...tak hisap rokok,...badan sihat,...tubuh sasa,...dalam perjalanan,.... dalam kereta,...batuk,...batuk keluar darah,...makin lama makin banyak,...patsu muntah,...muntah darah,...isteri menjerit,...dan menangis,...sempat berhenti kereta,...dan meninggal....al Fatiha untuknya...beliau rapat ngan aku,... |
|
|
|
|
|
|
|
Santau boleh dibahagikan kepada dua jenis:
Jenis pertama: Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan peranan jin dan syaitan. Jenis ini agak mudah dirawat.
(Santau yang disediakan dan diberi makan kepada orang tertentu secara hakikat.Hakikat disini bermaksud santau yang tidak disokong dengan penggunaan ilmu sihir yang melibatkan iblis dan syaitan. Kesan santau ini semata-mata bergantung kepada kekuatan dan keberkesanan bahan-bahan yang diadunkan.Mangsa santau jenis ini boleh menemui ajalnya bergantung kepada kekuatan bahan adunan itu.Walau bagaimanapun bahan itu mudah keluar melalui saluran najis seperti proses makanan biasa).
Jenis kedua: Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap syaitan dan syaitan. Ianya dikenali sebagai santau angin dan ianya agak sukar dirawat kerana melibatkan peranan jin.
(Santau yang disediakan daripada bahan dan kaedah tertentu menggunakan hikmat.Istilah hikmat disini bermaksud santau yang dibuat disertai pemujaan iblis dan syaitan.Santau jenis ini tidak mudah keluar melalui saluran najis.Ia akan kekal dalam badan selagi tidak dikeluarkan dengan cara tertentu.Mangsa santau walaupun telah diubati tetapi saki baki santau yang tinggal dalam badan akan membiak dan boleh menyebabkan mangsa berkenaan sakit semula).
Tanda-tanda Terkena Santau:
Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
• Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
• Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
• Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
• Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.
• Lenguh seluruh anggota badan.
• Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
• Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
• Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
• Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
• Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
• Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
• Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
• Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# ana_una
Salah satu dari 6 titik di mana makhluk halus boleh masuk dan keluar melalui tubuh badan dan juga titik di mana roh di tarik keluar oleh malaikat maut... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Ayoyo575 at 11-4-2012 13:16
Reply 1# shernazz
Assalamualaikum wbt TT,
Alfatihah utk arwah ayah TT, sedih sgt2 bila pemergian org yg yg tersayang lg2 kalau dia rapat dgn kita. Kes TT hampir sama dgn arwah ayah mertua sy. Fyi, my late FIL non-muslim, dia dh sakit since bulan 5 2011. Mula2 ingat just sakit perut biasa tp ni siap muntah2 & rasa sakit tu akan bermula lepas maghrib sampai kul1-2 pagi. Bila dia rasa sakit perut sampai ketulang belakang katanya, kami pun bawa ke Hospital tapi MO kata just sakit gastric. Bila dah sebulan menanggung sakit yg tak terkata tu kami ke private hospital. Pakar pun kata my late MIL xde sakit ape. Simptom2 yg setiap hari dia alami:
1) Muntah2 sampai xkeluar apa. Darah kadang2. 2) Sakit perut yg menusuk ke tulang belakang. 3) Of kos selera mkn & minum dh xde-sampai dia tinggal tulang je. 4) Sakit yg amat sgt start senja hingga awal pagi. 5) Berak berdarah-kadang keluar rambut2 & butir pasir2. (padahal dia xmkn pun, minum pun jarang sb tiap kali minum or mkn tekak jadi sgt perit)
My FIL xberapa tau pasal rawatan2 alternative nie, so bila saudara cadang utk berubat dia minta bomoh dr Indo (ek?ni aku xpecaya pun & aku dh kata bomoh nie guna mcm2 perewang,since they all non so they all berserah je kat bomoh tu). Ntah mcmne rawatan pun xtau sb dia rawat secara batin kekdahnya. Tapi yg kami ingat smp sekarang, waktu tgh berubat dgn bomoh tu suh cari bnd yg pelik dlm umah FIL. jenuh nk mencari dekat 5x setiap juru & ruang yg ada mencari "benda" pelik tapi xjumpa, lastly agaknya si Indo tu dh penat nk nunggu dia tunjuk kat bwh meja mkn. Padahal dh cari merata mmg xnmpk lgpun bwh meja ruang yg luas. Terbuka la hijab si kotak kecik yg mengandungi serpihan tulang, rambut, kain putih aka kain mayat & jarum. Then si bomoh suh paku mne2 pokok pisang selama 3hr tanpa pengetahuan sesapa. Tgk2 hari keempat dh org tebang pokok pisang tu . Kesian pokok pisang tu..hehe
Lepas kejadian tu sakit my late FIL makin menjadi2, smpai dia xleh bangun. Even though kami insist suh dia g hospital check dia xmo, nak berubat kmpg kekdahnya. So, g la jumpa pawang Iban paling power(katanya) kat Daerah Betung.(sila jgn tiru action ini.TQ) selama dia kat sana mmg ok la. Selera mkn pun dh ada. So dlm bulan 11 dia minta balik umah sb dh sihat sket, balik ke umah xsampai seminggu sakit bertambah2 teruk smpai pengsan2 & menjerit2 kesakitan. Bawa gi GH still MO kata xde sakit pe, perlu transfer ke GH daerah lain. Kne tunggu turn lak sb bukan transportation ke GH lain sehari just sekali je . Kne tunggu seminggu baru leh transfer.Adehh..
Sampai ke GH Kuching, doc scan my FIL ada cancer perut lak, tambahnya cancer tu dh pecah so kuman sume dh merebak ke semua bahagian. Then doc suntik morfin bg kurangkan rasa sakit, tp my MIL tetap mengerang kesakitan. So doc suntik kali kedua terus MIL pengsan. tak sampai 12 jam, dia pergi utk selamanya...
Sedih sgt. Xsempat nk jumpa dia..Rasa khilaf xdpt minta maaf & jenguk semasa dia nazak sb kami di Semenanjung.. Waa...mode sedih lak time post nie..
Bila baca kisah TT nie teringat kat my late FIL, rasa mcm dia pun kena santau or sihir tuju2.. Saya pernah merujuk kes nie dgn ayah angkat(dia berkwn dgn bunian) yg penyakit tu mmg pasti tp sihir/santau tu adalah menambah rencah pada kesakitan FIL sb tu bila gi hntr mne2 hospital depa xdpt detect..Kami redha & pasrah dengan ketentuanNya..
Bertabah la TT ek. Setiap dugaan yg datang tu ada hikmah di sebaliknya. Banyakkan doa moga arwah ayah TT di tempatkan dikalangan org2 yg beriman.Amin..
Wassalam
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply ana_una
Salah satu dari 6 titik di mana makhluk halus boleh masuk dan keluar melalui tubu ...
rdzaccess Post at 10-4-2012 20:41
maksudnye..setiap 10 ujung jari tu adalah dikira sebagai satu titik? |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak...Di seluruh tubuh hanya ada 6 titik...
Contohnya ; ibu jari kaki samada kanan atau kiri ~ satu titik
ubun ubun ~ satu titik ....gitu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|