CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11325|Reply: 26

Sains dan Perubatan Islam. Bolehkah kita kesan jin guna kaedah saintifik??

[Copy link]
Post time 13-4-2012 09:10 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by kairouseki at 13-4-2012 21:31

Assalamualaikum...

Sorry kalo korang rase topik aku nie kurang seram ataupon tak sesuai dok bertepek kat sini. Kalo momod rase tak leh menyemak kat sini harap leh tepek ke tempat yg sesuai. Kali aku tak nak merapu bab cite seram atau hantu, bukan pe cite aku yg lamer lom setel lg daa...

Berbalik pd topik aku, mungkin ade yg rase pelik dan mungkin juga ada yg rase tak. Sains ngan Islam sentiasa berhubung kait malah banyak fakta sains dikaji melalui Al-Quran. Pening lak rase nak cite bab sains nie. Huhuhuuu... Kenapa aku kuarkan soklan pasal jin ngan kaedah saintifik?? Citenye gini, ada la satu hari tu sorang mamat nie a.k.a kwn perawat aku bertanya.

"Ada tak satu alat yg boleh kita guna nak kesan jin?? Skarang nie zaman teknologi so, sepatutnya kita boleh guna kaedah sains ngan teknologi untuk kesan jin. kau kan org IT, sure ada cara kan nak kesan jin guna kaedah sains dan juga kaedah rawatan islam."

Pergh!!! Mamat nie punye soklan. Dah makin tak brape btul kot sbb dah lame jadi perawat nih.... Tapi, terdetik gak dlm hati aku. Rasanye ada cara yg sesuai, sains lahir dari kajian berdasarkan Al-Quran jugak. Kompem ade jawapan kat situ. Aku pon mula la mengkaji balik sejarah jin dan cuba relate ngan sains. Akhirnya, aku terjumpa beberapa jalan tanpa merujuk pada kajian ahli sains yg lain ataupon kajian ghostbuster luar negara. Pe jln ade, nanti la aku cite... Bikin panas je la dulu. Kalo korang ada cadangan atau pendapat leh la kongsi ek...

Adiosss.....

p/s: kalo momod rase bermurah hati utk bg kredit kecemasan kepada forumer yg bleh bg idea bernas adalah dialu-alukan. Bukan ape, untuk membantu rakan perawat kite gak...Tq..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2012 09:50 AM | Show all posts
cantik punya soalan laaa

kalau ada lagi, sambungkan leeee

bersantai2 niiiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2012 01:52 PM | Show all posts
Sebenarnye ini kajian jangka panjang. Aku bar je start nak implement. Kat sini aku bg tau pe benda yg kawan aku minta aku kaji dan buat. Itu pon kalo aku mampu la...

1) Cara nak kesan jin samaada dlm tubuh manusia ataupon persekitaran.
2) Cara nak halau/bunuh(kalo bleh) - mcm la bleh...
3) Cara menangkap jin
4) Cara memagarkan rumah.
5) Cara nak buktikan jin itu wujud secara saintifik

Semua perkara kat atas nie harus dibuat dgn gabungan antara sains dan perubatan islam. Penin gak nie... Kwn siap membayangkan ade satu alat khas ntuk tangkap jin ala-ala ghostbuster gitu... nak gelak aku dgr... Tapi ade kemungkinan boleh jadi. Sebelum kita cari jawapan untuk perkara kat atas. Benda pertama kite kena kaji adalah jin itu dahulu.. Meh same2 kite studi pasal jin..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2012 06:17 PM | Show all posts
hehehe
memang kepala otak hang ligat laaaa
memang boleh punya punnn
tapi
takde alat pun
leh gak pukul si jin kannnnnnnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2012 06:00 PM | Show all posts
Reply 4# orangbesi


   ligat sampai penin... kui..kui..kui.. Mmg kite leh cederakan jin walau x pakai alat pe pon. Cuma pe yg aku cuba rungkaikan skang nie, mampu ke teknologi cederakan jin. Kalo bleh bagaiman caranya??? Permasalahan pasal teknologi ngan dunia rawatan islam nie bukannye saje2 aku utarakan.
Ikut kata rakan perawat aku, org skarang lebih mengenali hantu dari jin, padahal kedua-duanya benda yg sama. Ramai pesakit lak kekadang mahukan bukti secara saintifik wujudnya jin. Padahal bukti dlm Al-Quran dah ada. Sbb tu la ada perawat cuba membuktikan dgn cara menangkap gambar guna kamera. Isu kamera nie kita akan bincang nnti sbb ada dlm skop kajian aku...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 09:14 AM | Show all posts
Reply 5# kairouseki

teruskan leeeaku sokong jeeee
pas leh ukur keAPIan para2 jin atau antu tu
cari idea pulak
ukur keCAHAYAan para2 malaikat................


boleh kottttttttt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2012 09:22 AM | Show all posts
menarik nie..teruskan usaha anda
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 09:58 AM | Show all posts
alat mungkin takde lagi, tapi teori mmg ada. by scrambling their molecules
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2012 04:07 PM | Show all posts
kan ke dalam rancangan pemburu hantu kot tak silap hari tu, diorang ada guna alat untuk kesan kehadiran makhluk2 paranormal nih.. guna suhu ke tak silap.. dalam rancangan2 ghost hunter omputih pun ada guna gadget untuk kesan hantu2 nih,, tapi tak ingat le pulak alat apa.. dah lama tak layan rancangan2 paranormal nih sebab mcm bosan..

alat untuk halau hantu tu bagus.. takde ke sapa2 nak invent benda ni.. kalau ada aku nak beli..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 04:41 PM | Show all posts
kan ke dalam rancangan pemburu hantu kot tak silap hari tu, diorang ada guna alat untuk kesan kehadi ...
manganini Post at 16-4-2012 16:07



yg ade infrared tu rasenye...jangke suhu, kalo suhu tinggi maksudnye ade la tu kehadiran entiti2 paranormal. x silap kt mesia ni pun dh ade yg pakai, cam team seekers tue!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 06:41 PM | Show all posts
Sebenarnya ada satu software yang ko bleh donload untuk tangkap gambar jin. Software ni kalo tak silap dicipta oleh anak Terengganu tapi diciplak oleh Mat Saleh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 12:39 AM | Show all posts
Reply 10# edoraixora


   ye kot.. saya pun dah lupa2, lama dah tak tengok rancangan2 mcm tu.. rupanya uncle seekers pun dah pakai gedget2 moden  ek sekarang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 12:51 AM | Show all posts
Kajian sains kuantum dapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada cahaya
Oleh Nasron Sira Rahim

FILEM Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita - hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi.

Ketika kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa sifat dan ciri kelemahan jin dan hantu.

Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita!

Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas.

Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin!

Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang.

Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda.

Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema,? katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun.

Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi.

Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian.

Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang ?idak sihat? mampu memberikan kesan terhadap ?nimasi kehidupan? seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri.

Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun.

Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin,? katanya yang mengusahakan kaedah rawatan menerusi syarikat Colour Vibration Therapy (CVT).

Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu.

Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih.

Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci, berlaku.

Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal.

Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa,? katanya.

Katanya, berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak.

Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri.

Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air mandiannya,? katanya.

Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan, tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai.

Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan,? katanya.

Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar.

Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar.

Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia.

Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya,? katanya.

Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif.

Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka,? katanya.


FAKTA: Hantu dan jin

Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian.

Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis.

Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya pejal? menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin.


credit:http://rozaimy.komputer.com.my/131
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2012 02:19 AM | Show all posts
Tq sumer sbb beri support ngan info berguna... Teknik gelombang atau frekuansi rendah seperti info yg manganini bg tu mmg btul. Itu adalah sala satu cara yg pertama aku jumpa pas aku kaji beberapa ayat dlm Al-Quran dan juga beberapa kisah para Nabi. Untuk dpt jawapan bab frekuansi nie korang tak perlu guna illmu sains tinggi pon takat guna ilmu yg korang blajar kat sekolah dulu jer.. sebelum kita bercerita lanjut pasal frekuansi nie meh kita berkenalan dulu dgn jin. Nak kesan jin dah tentulah kita kena kenal jin nie dulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2012 02:38 AM | Show all posts
Kalo kite rujuk didalam Al-Quran terdapat 3 ayat dlm 3 surah berbeza yg menceritakan tentang asal kejadian jin iaitu dari api. Kalo aku ade tertinggal sila maklumkan ek..

Surah Al- Hijr : Ayat 27 maksudnya :
"Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma."

Surah Ar -Rahman : Ayat 15 maksudnya :
"Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang"

Surah Al-A'raaf : Ayat 12 maksudnya :
"Allah berfirman: "Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah."

Kalo ikut pemahamam dari ilmu sains yg aku blaja kat skolah, api mengeluarkan dua jenis tenaga iaitu tenaga haba dan juga tenaga cahaya. Haba terhasil dari pelanggaran atom pada kelajuan tinggi. Cahaya pula bergerak pada kelajuan yg tinggi. Apabila sebut pasal kelajuan aku terus teringat pada frekuansi. So aku andaikan bahawa jin bergerak pada frekuansi tertentu yg mana berada diluar julat yg boleh manusia dengar atau lihat.

Julat pendengaran manusia berada pada paras 20Hz hingga 20000Hz. Diluar julat nie manusia normal atau dewasa tidak mampu untuk mendengar frekuansi tersebut. Ini membultikan bahawa jin bergerak samada menggunakan frekuansi rendah ataupun frekuansi tinggi. So, mcm mana kita nak tau jin nie guna frekuansi mana satu???? Jawapan dia cukup sng.. Manusia itu sendiri adalah jawapan kepada soalan nie. Mcm mana??? nanti aku ceritakan kemudian....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 02:36 AM | Show all posts
Julat pendengaran manusia berada pada paras 20Hz hingga 20000Hz. Diluar julat nie manusia normal atau dewasa tidak mampu untuk mendengar frekuansi tersebut. Ini membultikan bahawa jin bergerak samada menggunakan frekuansi rendah ataupun frekuansi tinggi. So, mcm mana kita nak tau jin nie guna frekuansi mana satu???? Jawapan dia cukup sng.. Manusia itu sendiri adalah jawapan kepada soalan nie. Mcm mana??? nanti aku ceritakan kemudian....
kairouseki Post at 17-4-2012 02:38



    ate bila nak cerita lagi? nak gak tau jin tu guna frekuensi mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2012 11:19 AM | Show all posts
menarik juga. saya masih menunggu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 12:10 PM | Show all posts
Oleh kerana jin di cipta dari pada apa kata ko guna Infra red imager. Either far infra red or near infra red. ko try la frequency satu2 tkt2 dpt ilham ke.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 10:19 AM | Show all posts
penantian itu satu penyeksaan...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 11:41 AM | Show all posts
menarik sgt topik ni
bila tt nk smbung hasil kajian dia
kalo tahu frekuensi apa yg boleh halau jin senang r nk halau jin
nnt para bomoh dh xleh cari mkn sb smua org ada alat utk wat halau jin
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.100967 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list