Ada seorang kawan aku ni dia suarakan pendapat dia mengatakan:
" Pompuan zaman sekarang ni ramai sgt murahan lebih2 lagi dalam zaman canggih Facebook,Tagged,Skype. Dibelakang suami/boyfriend menjalin hubungan emosi dengan org lain sehingga ke tahap cyber seks. Kat teman internet kata suami/bf xhensem xsehebat teman internet dia. Tapi bila time nak kawin pandai pulak pompuan2 demand hantaran sampai 15k-20k-25k kesucian entah ada lagi ke x"
dan satu lagi statement reply kawan aku ni kata: "zaman skrg ni standard hantaran 8k-10k"
so ex gf kawan aku ni nampak statement dia...lalu sakit hati sbb dia ada kata kat kawan aku ni:
"kalau kita jadi kawin semula nanti saya nak hantaran 20k boleh?"
kawan aku kata:
"boleh tapi dengan ada syarat2nya bertulis hitam putih siap surat sumpah sebelum kawin"
so ex-gf dia terasa la dan cakap kat kawan aku tu pendapat dia tu zaman purba.
Kawan aku ni keluar statement tu berdasarkan hujah Ustaz Azhar Idrus dan pemerhatian dia... dan juga sikap sebenar ex gf dia tu dibalik online.
so korang rasa statement kawan aku tu pendapat zaman purba ke x? thread ni bukak pagi pihak aburokok
serius aku tak paham
sape yg mintak 20k?
knp mintak 20k?
sape yg tertipu skrg? lelaki ke pompuan??
lembap nye hakuu, tuluunnng..
Pade haku bende2 gini ni simple
yg nak kawen nye kite
buat hape nak ssh2 nak ikot tradisi zmn tok kadok etc ke
yg nak hidup berumahtangga nye kite
kalo rase pompuan lindungan kakbah tuh jenis talam 2 muke tak setia ke
carik la org layen..ape susaaaaah..
walopom demikian...
aku rase pompaun zmn skrg...tak hadap sgt duit lelaki
deme sememang nye berduit, bekerjaya...
buleh laa nak survive, walopom tak mewah mana
yg bese mintak puluh2 riban tu, makpak si gadis tuh
dah anak die sijil berkilo2..
aku pown krg paham jln citer nyew.....hehehe.....
kire nyer dh jd ex ker??.....kalo ex, wat pe nak pikir.....forget it je larr....
aku x rase pown statement dia tu mcm org dok zmn purba....k what??...
dunia skunk kene ader bukti....penting tu itam putih....
perenggan ke ..so ex gf..... aku tak paham tapi aku tak rase pun statement purba, tu pendapat die............. kalau die baik die berhak dapat yang baik dan sebaliknye........ Allah itu Maha Adil
Pompuan zaman sekarang ni ramai sgt murahan lebih2 lagi dalam zaman canggih Facebook,Tagged,Skype.
Wow... Lelaki yg mcm mana yg sanggup mengucapkan perkataan sebegini kpd kaum wanita?
- Lelaki yg pernah dikecewakan oleh wanita sebelum ini?
- Lelaki angkuh dan ego? Yg merasakan mertabat kaum wanita di bawah tapak kakinya?
- Lelaki yg hanya selalu bertemu dgn kelompok wanita2 yg murahan sahaja?
- Lelaki yg tidak menghormati kaum wanita dan senang2 mengklasifikasikan wanita zaman sekarang sebegini? Berapa byk survey atau research dia dah buat sehingga membuat konklusi sedemikian?
Dibelakang suami/boyfriend menjalin hubungan emosi dengan org lain sehingga ke tahap cyber seks. Kat teman internet kata suami/bf xhensem xsehebat teman internet dia. Tapi bila time nak kawin pandai pulak pompuan2 demand hantaran sampai 15k-20k-25k kesucian entah ada lagi ke x"
- Kalau dah tau, wanita tu dah berkahwin, haram utk memikat isteri org. Kenapa nak menjalinkan perhubungan dgn isteri org? Apa punya lelaki yg sanggup memperisterikan isteri org? Dah tak cukup lagi wanita single ker kat dunia ni?
- Ni keluhan tak mampu nak bagi hantaran seperti yg diminta oleh kaum wanita ker? Kalau kemampuan kewangan terbatas, jgn salahkan kaum wanita... Salahkan diri sendiri sbb semasa mak suruh belajar dulu, kau malas... Bila dah kurang pandai@bodoh, tak dpt kerja yg memberi pendapatan tinggi, tak pandai simpan duit, nak salahkan wanita pulak... Double dose kekurangan vitamin minda....
- Kalau dah was-was ttg kesucian kaum wanita tu, tepuk dada tanya selera... Blah jer laa, buat apa nak berkahwin dgn wanita yg anda tidak hormati... Ngong betul!
dan satu lagi statement reply kawan aku ni kata zaman skrg ni standard hantaran 8k-10k
Ikut suka hati wanita tu ler samada dia nak ikut standard hantaran ke tidak.... Kalau lelaki tu mampu dan cintakan wanita tu, go on & tunaikan hasrat org yg dicintaitu... Kalau tak mampu, jgn ler pulak kutuk dan kondem wanita tu pulak... Ngaku jer laa bhw kemampuan kewangan diri itu terbatas..... Mmg sengaja dan patut wanita tu letak hantaran tinggi2 supaya tak payah kawin dgn lelaki sebegini...
Baru hantaran tinggi dah mengeluh, dah kawin nanti, nak beli rumah, nak tanggung isteri dan anak2, bagi pelajaran kat anak2, bercuti dan sbgnya.... Lagi byk menggunakan perbelanjaan kewangan.... Choy betul, lelaki yg tak gentleman sebegini.... Mungkin lepas kawin, lelaki ni mengharapkan wang/pendapatan isteri pula utk membantu menyara kehidupan berkeluarga... Dahtu, pasal hantaran pun nak bising....
so ex gf kawan aku ni nampak statement dia...lalu sakit hati sbb dia ada kata kat kawan aku ni "klu kita jadi kawin semula nti sya nak hantaran 20k boleh?" kawan aku kata boleh tapi dengan ada syarat2nya bertulis hitam putih siap surat sumpah sebelum kawin.....so dia terasa la. Lalu ex gf dia ni ckap kat kawan aku tu pendapat dia tu zaman purba.
Kalau dah ada syarat2 bertulis hitam putih sebelum kawin, nampak ler sgt lelaki tu tak mampu menjadi khalifah sebelum kawin... Khalifah yg memimpin isterinya, yg menyenangi hati isterinya, yg ikhlas akan tanggungjawabnya sbg ketua di dlm rumahtangga... Lelaki tu masih belum matang utk mengharungi alam berumahtangga dan tidak mengetahui tanggungjawabnya sbg seorg suami. Tahniah kepada x-gf nya sbb dah menyahtoksidkan lelaki sebegini...
Kawan aku ni kluar statement tu berdasarkan hujah Ustaz Azhar Idrus dan pemerhatian dia... dan juga sikap sebenar ex gf dia tu dibalik online.
Lelaki yg baik luas pemikirannya dan matang... Jika wanita itu tidak sesuai utk dijadikan isteri utk dirinya, pasti ada wanita2 lain yg bersesuaian.. Jgn hanya kerana satu pengalaman yg pahit baginya, terus dia menghukum semua wanita2 lain... Matangkah berperangai sebegini?
so korang rasa statement kawan aku tu pendapat zaman purba ke x?
Bukan pendapat zaman purba sbb org zaman purba pun mempunyai pemikiran yg bijak, bukan setakat org zaman sekarang jer yg bijak pandai pasal tanggungjawab berumahtangga... Tapi pendapat yg salah pd mana2 zaman jua.....
Penceritaannya xberapa jelas
mungkin wanita itu dah terlajak masuk nikmat dunia online
yelah kat online ni mcm2 boleh jumpa
apa kata lelaki tu berterus terang je dgn wanita tu kenapa dia xboleh bagi hantaran mcm tu - sebab-sebab
Tak boleh nak kata bodoh sebab belajar malas masa sekolah dulu. Ratarata masyarakat pun tau ada diplomah ijazah sekalipun belum tentu anda dapat job bergaji besar yang anda mahukan namun nak tak nak kene juga teruskan kehidupan dengan kemampuan sedia ada (last2 jadi cikgu xikhlas menyusahkan org lain bagi ajaran xikhlas gaji buto).
Dunia itu bulat apa yang adia lakukan akan berbalik juga kepada anda xkiralah dia wnita lindungan kaabah mahupun lelaki mithali.
TT dah sebut Azhar Idrus tu meh aku tepek videonya
bukankah lebih bagus majlis kahwin buat sederhana manakala perbelanjaan selepas kahwin yg lebih besar diberi keutamaan rumah tangga pun seterusnya aman aman bahagia kerana antara cabaran terbesar selepas perkahwinan adalah kewangan.
dunia zaman sekarang semua tntang duit duit duit
maruah digadai demi duit
perempuan dicop murahan gara gara duit jua
tunang dirahsiakan make it a private occasion
pernikahan dihebahkan itula ia kenduri kahwin
tujuan knduri kawin nak kenalkan ni la suami ni la isteri
ni la pak mentua mak mertua..families..
time tu juga gathering kengkawan yg da lama x jumpa
it is all about berkongai kegembiraan
islam meletakkan berkat satu satunya ciri utama dalam hidup
tapi semuanya jadi kacau bilau gara gara sikap manusia ni yang utamakan adat kebiasaan sebegini begini..trejd perkahwinan..perkahwinan dijadikan trend seperti fashion. maka banyakla duit dilaburkan dok becerita ini berapa oti berapa..walhal nanti ada antara barang tu buang sia sia, hilang dah nilai duit tu. sekadar jadi bahan bualan.
balik pada topik, perempuan murahan ..murahan bukan takat pada tidak jaga dara, tetapi juga tidak malu untuk tayang aurat sendiri bangga tayang d fb di twitter blog..bangga berganda ganda bila ramai puji cantiknya dia etc
ketahuilah itu semua Allah x suka.
honestly, perempuan zmn skarang mahal hantarannya tetapi bukan jaminan mahal jua harga dan nilai jati diri nya sebagai seorang perempuan sebenar benar perempuan apatah lagi beragama islam
aku pun tak berapa setuju hantaran tinggi2 ni.. berlumba2 lak skg ni hantaran sampai berbelas2 ribu.. kalau bakal suami org kaya tak pelah.. ini gaji pun tak sampai 3ribu.. nak kena buat loan.. lepas kahwin banyaklah hutang piutang nak kena bayau.. jenuh woo..
pandangan carly mengikut jalan cerita... 2-2 x matang... dh putus... move on je lah.. yg nak reply each other nk bg sakit hati tu buat apa? pastu kekawan plak jd nasi tambah palk kt situ... lg mengapi2kan keadaan.. bg carly dh kalu putus tu.. unfriend je lah terus.. x yah ler nk sibuk2 amik tahu hal yg dh lepas.... budak2 sungguh la...