aku tengok Kelantan kotor,bandar Kota Bharu pun penuh sampah,loya,busuk....
adakah orang Kelantan pengotor?
mungkin KL pun banyak sampah sebab orang Kelantan ramai kat KL...
Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz sering berbangga mengatakan bahawa Kelantan adalah negeri contoh yang mengamalkan Islam, semua yang dilaksanakan di sini adalah Islam. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya terutama dari aspek kebersihan. Kelmarin (23 Julai), Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke V menunjukkan contoh yang paling mulia apabila baginda sendiri yang turun kutip sampah di pantai tanpa ada perasaan malu. Baginda yang memakai kemeja T, berseluar trek dan memakai topi tanpa segan silu bersama-sama dengan 1,000 rakyat mengutip daun dan sampah sarap di Pantai Sri Tujoh di sini. Majlis tersebut bermula dari pukul 10.30 pagi dan baginda meluangkan masa lebih dua jam untuk memastikan kawasan pantai tersebut bersih kerana ia merupakan salah satu destinasi pelancongan terkemuka di negeri ini.
Inilah sebenarnya contoh pemimpin yang dianjurkan Islam, tidak sahaja bercakap tetapi melakanakannya sebagai contoh. Sepanjang menjadi Tok Guru Nik Aziz tidak pernah menunjukkan contoh seperti baginda tuanku turun bersama-sama rakyat mengutip sampah bagi mewujudkan kesedaran tentang kebersihan. Jika contoh begini sering ditunjukkan oleh baginda sudah pasti mesej tersebut akan sampai dan rakyat akan merasa malu seorang sultan boleh turun ke pantai untuk pastikannya bersih. Adakah Nik Aziz mampu buat begitu. Nik Aziz hanya bercakap dari kerusi yang ampuk atau dari dalam khemah yang selesa menyeru rakyat menjaga kebersihan tetapi tidak pernah menunjukkannya. Jelas, selama 21 tahun Nik Aziz masih gagal untuk menerapkan sepenuhnya nilai Islam, perkara yang asas yang tentang Islam iaitu kebersihan dia gagal untuk melaksanakannya.
sumber - KELATEKITO.NET |