Post Last Edit by girlwearsgucci at 10-6-2012 15:16
“ Mir.” Mulut Adnan terjuih ke sebelah kanan sebelum kembalimenggoreng nasi goreng ikan masin. Hidungnya bergerak-gerak menahan bau ikanmasin yang menusuk hidung. Kepala Amir automatik terpusing ke sebelah kanan. Perempuan bertudung pink dengan boyfriendnya mungkin.Makcik berbadan besar berbaju kurung. Pekerja Medin dengan baju biru kuningnya. Itu antara yang tertangkap dek mata bundar Amir di balikorang ramai yang mengunjungi pasar malam. Tangannya masih bergerak-gerakmenggoreng kue tiau. Kalaulah lehernya lebih panjang. “ Apanya Adnan? Aku tak nampak pun.” “ Dia tak nampak pulak!!!” kata-kata Adnan mungkin takdapat didengari Amir. Adnan masukkan nasi ke dalam belanga besar. “ Bang.” Amir angkat muka. Terkejut. Sudip di sebelah kanan terlepas dari tangan dantermasuk ke dalam belanga berisi kue tiau goreng. Cepat-cepat Amir mencapaidengan tangan. Dan secepat itu juga Amir melepaskan semula sudip danmenggoyang-goyangkan tangan kanan kerana kepanasan. Dia pandang semula tangankanannya itu. Mujur belum sempat melecur. Baru dipandang semula gadis di depannya. Mukanya merahmenahan malu. Gadis itu tersenyum. Menahan tawa mungkin. “ Ya dik?” “ Err, mee goreng satu.” Amir gelabah. Sempat dikerlingnya Adnan yang tengahmenahan gelak. Amir pusing ke meja di belakang. Mengambil bungkusan mee gorengyang selesai digoreng sebentar tadi. Di masukkan pula ke dalam plastik biru.Lalu dia berpusing ke depan dan menghulurkan bungkusan mee goreng kepada gadisitu. Gadis itu menjenguk ke dalam plastik. “ Cili jeruk bang?” Amir seraya berkalih semula ke meja belakang dan mencapaisebungkus kecil cili jeruk lalu diletakkan dalam plastik berisi mee goreng. Adnan terbatuk. Amir fikir dia tengah ketawa. Si gadis menghulurkan sekeping not merah. Amir menyambutdan menyeluk poket apronnya. Tangannya berpeluh-peluh. Amir menghulurkan baki kepada gadis yang masih tersenyumkecil itu. “ Jjual dik.” Sedikit gagap. “ Err. Bang?” Amir pandang gadis itu lagi. Jantungnya kembali berdegub.Apa lagi ni? “ Err, mee goreng tu RM2 kan?” Amir angguk. “ Baki ni abang bagi rm6.” Adnan menepuk dahi. Amir segera keluarkan lagi RM2 daripoket apronnya. RM2 bertukar tangan. “ Maaf ye dik.” Amir memohon maaf. “ Tak pe.” Seraya gadis itu tersenyum. Amir terasa seperti hendak pengsan. Petang Sabtu yang dinanti-nanti berlalu dengan senyumangadis misteri itu dalam fikiran Amir. Amir tidak tahu siapa dia. Tidak tahunamanya. Tidak tahu asalnya. Tidak tahu umurnya. Apa yang Amir tahu setiappetang Sabtu gadis itu akan kelihatan sama ada berseorangan atau bersamateman-teman. Sejak bertemu gadis itu tiga bulan yang lalu, Amirteringat-ingat. Terutamanya senyuman yang meruntun hati lelakinya. Amir bukanlahlelaki yang peramah, malah dia agak pendiam. Lain benar jika dibandingkandengan Adnan. Gadis pekerja Medin pun pernah di tanya nombor telefon, inginberkenalan. Amir tidak pernah bertanya lebih kepada gadis itu. Diagementar. Takut. Malu.
“ Malunya kalah perempuan.” Amir diam. Memandang ke luar tingkap van buruk milikAdnan. “ Kenapa kau tak tanya je. Adik nama apa? Belajar lagike?” Amir diam lagi. Sikunya diletakkan di tingkap yangterbuka luas. Ibu jari termasuk sedikit ke dalam mulutnya. Sesekali menggigit kuku ibu jari tangannyaitu. Minggu itu berlalu macam biasa. Dan seperti biasa jugaAmir menantikan petang Sabtu. Dalam banyak-banyak hari pasar malam – Amir danAdnan tidak berniaga di pasar malam pada hari Jumaat – hari Sabtu yangditunggu-tunggu. Kali ini Amir muncul dengan plan baru. Dan dia cuma perlumenunggu kehadiran gadis itu. Pukul 6 petang gadis itu belum muncul. Amir gementar. “ Bang?” Hatinya kembali berbunga. “ Mee goreng eh.” “ Berapa?” “ Satu.” Sambil jari telunjuknya di angkat tegak. Amir menyigung lengan Adnan. Adnan berdehem. “ Abang selalu nampak adik kat sini. Belajar sini ke?” Gadis itu senyum. “ Ya.” Amir yang mendengar pura-pura sibuk menyiapkan bungkusanmee goreng gadis itu. “ Ooo. Belajar jurusan apa?”
“ Perubatan.” Amir tersentap. Bakal doktor rupanya. Seperti biasa Amir menghulurkan bungkusan mee gorengkepada si gadis dan RM2 bertukar tangan. “ Kau ni. Dalam banyak-banyak soalan yang kau nak tanya,kenapa kau tanya dia belajar apa? Orang tanya nombor telefon ke, tinggal katmana ke.” Adnan terus membebel. Amir terus diam. Malah dia lebihdiam berbanding selalu. Dalam van Amir termenung. Malam itu di ruang tamu, Amir mengeluarkan satu kotaksederhana besar dari bilik. Lalu dihembus-hembus penutup kotak yang berhabukitu. Adnan yang sedang menonton TV memandang pelik. “ Kau nak buat apa tu?” |