Post Last Edit by Jaza2008 at 11-7-2012 00:41
BAB 1
“KEJAR DIA ! KEJAR !!”
Jeritan lantang daripada seorang lelaki mengejutkan merekasemua yang sedang berkumpul itu.Pandangan dihalakan pada seseorang yang sedangberlari laju menjauhi mereka.Bagaikan terkena kejutan elektrik,mereka yangsedang duduk berkumpulan itu saling pandang-memandang,dan terus membuka langkahlaju,apabila melihat seorang lelakisudah mula berlari.
Waiz berlari sekuat tenaga.Hampeh punya manusia!Dalambanyak-banyak beg,beg aku juga yang dia nak rembat.Terkejut bukan kepalangnyadia apabila beg sandangnya terus diragut dalam sekelip mata.Bukan sahaja diayang terkejut,malah geng-gengnya yang sedang duduk melepak turut samaterkejut.Tidak berkelip mata mereka melihat aksi dimana beg sandangnyadiragut,dan terus dibawa lari.
Pada mulanya,dia hendak membiarkan sahaja.Yelah..dia masihlagi terkejut,sebab semuanya berlaku terlalu cepat.Seingat dia,baru sahaja diamenyambut huluran beg sandangnya yang dihulurkan oleh Zul,terus beg sandangnyadirentap. Namun..jeritan Zul itu mengembalikan dirinya keasal.Dan,automatik laju dia berlari,mengejar peragut beg sandangnya itu.Dan dia tahu yangdibelakangnya,geng-gengnya turut sama membantu menangkap peragut tersebut.
“Woi ! Berhenti woi !”jerit Waiz kuat.Terasa semput dia mengejarperagut yang bagaikan lipas kudung itu.Peragut itu menoleh ke belakangmemandangnya,dan wajah Waiz terus berubah apabila melihat sekali imbas wajahperagut tersebut. Larian Waiz terhenti.Dia memandang lama peragut yang sudahsemakin jauh berlari menyusuri blok-blok bangunan itu.
“Weh ! Kau kenapa berhenti?”soal Zul yang muncul dibelakangnya,tercunggap-cunggap.Dibelakang Zul,Apek dan Khai turut sama menarikdan menghela nafas.Tertunduk-tunduk mereka berdua memandang ke tanah sambiltangan menekan perut.
Waiz meneguk air liur.Wajah Zul dipandangnya.
“Laju sangat dia lari.Aku tak larat nak kejar.”
“Betul..”Zul menganggukkan kepalanya.”Kalau kau yang juaraperingkat daerah pun boleh tumbang,apakan pula aku.Tapi,kau kena ambil juga begsandang kau tu.”
Waiz memandang sekali lagi ke hadapan.Sudah tiada bayangperagut tersebut.”Tak payahlah..Beg sandang murah aje tu”ujarnya.
“Tak..”Zul nampak cemas.Digelengkan kepalanya berulangkali.”Dompet aku dalam beg sandang kau.Gaji aku tu weh…”
“Heh?Yang kau letak dalam beg sandang aku kenapa?”
“Tu tak penting..”Zul pantas bersuara.”Yang penting,kitakena tangkap peragut tu.Aku tahu peragut tu tak boleh nak pergi mana.Hujunglaluan blok bangunan ni jalan mati.Apek..”Dia menoleh ke belakang.”Kau denganKhai pergi belah sana”ujarnya menunjuk ke sebelah kiri.”Aku pergi belah kanan”ujarnya pula.
“Kau Waiz..stay sini”arah Zul.Dia pantas mengatur langkahmenuju ke sebelah kanan.Khai dengan Apek awal-awal lagi terus mengikut arahanZul.Waiz tidak sempat menghalang.Dia memandang ke hadapan,dan kembali berlari.
....................................
Isma menarik nafas dan melepaskannya sekali gus.Cubamembuang lelah akibat berlari terlalu laju tadi.Dia menoleh ke belakang,melihatsekiranya dirinya diekori.Nafas lega ditarik apabila tiada bayang manusia punsinggah dipenglihatan matanya.
Disandarkan belakang tubuhnya di dinding.Beg sandang yangmasih berada dipegangan tangannya dipandang seimbas lalu.Topi dikepaladiperbetulkan,apabila terasa kedudukan topinya sudah jatuh melurut,hampirhendak menutup mata.
Bunyi tin disepak membuatkan darah Isma berderau.Diamengintai disebalik tembok.Kelihatan seorang lelaki sedang memerhatikan keadaansekeliling.Isma mengigit bibir.Terasa peluh jernih tiba-tiba mengalirditubuhnya.
Apabila menyedari yang lelaki itu semakin hampir dengandirinya,Isma merapatkan dirinya disebalik tembok.Dia bagaikan terhentinafas,kerana bimbang hembusan nafasnya memberi petunjuk kepada lelaki itu.
Sekali lagi dia memberanikan diri mengintai lelakitersebut.Rasa macam nak pengsan apabila melihat lelaki itu sudah semakin hampirdengan dirinya.Kiri kanannya dilihat,cuba mencari jalan keluar.Apa-apa pun,diamesti kena cari jalan keluar.
Isma resah apabila dia tahu yang lelaki itu sudah semakinmenghampirinya.Dia menarik nafas.Dah tak ada jalan keluar.Hujung bangunan blokini adalah jalan mati.Tak ada sebarang tangga pun untuk dia memanjat keatas,dan kalau ada pun,dia rasa itu bukanlah pilihan yang bijak.Mustahil diamampu hendak memanjat tangga tanpa disedari oleh lelaki tersebut,tambahan puladia seorang yang gayat.
Perlahan-lahan Isma melangkah setapak demi setapak.Dia rasadia nak jalan sampai ke hujung blok bangunan.Manalah tahu kalau-kalau adadinding yang tersembunyi macam cerita Harry Potter tu ke.
Terkejut Isma apabila lengannya ditarik menuju ke satuarah.Tarikan yang pantas itu membuatkan langkah Isma terus terdorong kehadapan.Tubuh Isma ditolak oleh seseorang.Isma menoleh.Terbuntang biji matanyamelihat insan dihadapannya.
Waiz meletakkan jari telunjuknya di bibir,tanda menyuruhIsma diam.Isma meneguk air liur apabila melihat Waiz mengeluarkan handphonedaripada kocek seluar jeansnnya.Dipandang Waiz yang sudah meletakkan handphoneditelinganya.
“Hah Zul ! Kau dekat mana?”
“Ohh..belakang bangunan?Dia dah cabut weh…Aku nampak dianaik bas tadi.”
“Ha okay.”
Panggilan dimatikan.Isma memandang Waiz yang sedangmengintai disebalik dinding bangunan itu.Tersentak Isma apabila mendengar bunyitin minuman seperti diterajang kuat.
Isma menyandarkan dirinya didinding sambil memejamkanmatanya.Betul-betul kerja gila.Kerja gila yang dia rasa tak ada orang gila punyang akan buat melainkan orang tu betul-betul gila macam dirinya.
“Kau dah gila ke?”Soalan yang berbunyi amarah itumenyedarkan Isma.Dia membuka matanya.Wajah Waiz yang tegang dipandangnya.Diatahu Waiz marah.Bukan susah hendak meneka tingkah-laku Waiz.Apa yang Waizlakukan,pasti ada kena-mengena dengan tubuh-badannya,seolah-olah tubuh-badannyaturut sama memberikan kerjasama.
Sebagai contohnya,kalau Waiz penat,bosan ataupun menyampahdengan sesuatu,lelaki itu akan selalu mengosok belakang tengkuknya.Kalau Waizbingung,blank ataupun segan,Waiz akan mengaru belakang telinganya.Kalau lelakiitu marah,bengang dan sakit hati,pandangan mata Waiz tajam.Tajam sampai menusukke tangkai hati.Pandangan yang buat dia tidak berani hendak memandang anak mataWaiz,seperti sekarang.
“Kau tahu tak apa yang kau dah buat?Sejak bila kau jadiperagut ni?”soal Waiz lagi.
Isma menarik nafas.Beg sandang dihulurkan kepada Waiz.”Kautengoklah sendiri.”
“What?Kau ingat aku tak pernah tengok beg sandang akusendiri ke?”sinis Waiz menyoal.Huluran tersebut tidak disambut.Makin tajam diamenatap wajah Isma.
Isma mengeluh sambil membetulkan topinya.”You owned me.”
“Sorry?”Dahi Waiz berkerut.”Kau merepek apa ni?”
“Sebab tu aku suruh kau tengok!”Isma menahan dirinyadaripada menempik.Geram dengan Waiz yang langsung tak nak dengar penjelasandirinya.
Kasar Waiz merentap beg sandangnya daripada pegangan tanganIsma.Zip beg sandangnya dibuka.”Apa yang kau nak suruh aku tengok?Apa?”jerkahWaiz kuat.Ditonggengkan beg sandangnya,dan segala isi yang berada didalam begsandangnya terus jatuh ke atas lantai.”Kau nak aku tengok apaIsma?Rokok?Mp3?Dompet aku?”soalnya dan terus membaling beg sandangnya ke ataslantai.”You are totally out of your mind?Kau nak jadi macam arwah abangkau?Meragut lepas tu mati katak dekat atas jalan raya? Kau nak jadi macam diake?”
Setiap kata-kata yang singgah ditelinga Isma membuatkan Ismaberani menentang pandangan mata Waiz.Tidak tahu kenapa dia langsung tidakgentar hendak memandang ke dalam anak mata hitam pekat itu.Isma menundukmemandang isi beg sandang yang sudah berselerakan di atas lantai.Satu bungkusanyang berwarna coklat berbungkus elok diambil.
“Ni..”Isma mengangkat tinggi bungkusan itu tepat dihadapananak mata Waiz.”Ni apa?”soalnya lagi.”Ni apa Aidi Waiz Rashidi?” Waiz tersentak.Bungkusan yang berwarna coklat itudiambil.Agak tebal juga bungkusan tersebut.Inilah kali pertama dia nampakbungkusan tersebut.
“Aku tak tahu..”ucap Waiz.
Isma tidak membalas.Bungkusan tersebut dirampas,dan kasardikoyak pembalutnya.Terasa lutut Waiz bagaikan jeli apabila melihatbungkusan-bungkusan kecil yang dibungkus.
“Kau tahu tak ni apa?”soal Isma,mengambil satu bungkusankecil yang berwarna putih.”Kau tengok CSI kan?Kau tengok Gerak Khas kan?Kaumesti tahu ni apa,betul tak?”
“Isma..”Waiz kehilangan kata-kata.Wajah Ismadipandangnya.Terasa bersalah sebab meninggikan suara pada Isma.”Aku..”
“Aku nak balik..”Isma memotong percakapan Waiz.”Thanks sebabselamatkan aku!”ujarnya.Bungkusan kecil itu dicampak ke atas lantai dan diaterus berlalu.
-BERSAMBUNG-
**Ma'af..Ini cuma cerita2 biasa sahaja.
P/S-Saya budak yang baru hendak belajar menulis.![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |