CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6995|Reply: 20

Buku / Majalah Genre Seram/Misteri Vol. 2- update SBDJ 251

[Copy link]
Post time 28-6-2012 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by zadzamusa at 6-7-2012 08:24




Assalammualaikum semua....


Memandangkan tread Buku / Majalah Genre Seram/ Misteri dan mencecah 100 muka surat maka tread baru diwujudkan bagi nak sambung balik tread yang lama...


Sekiranya ada di antara forumer-forumer yang mempunyai koleksi ataupun minat pada buku-buku yang sedemikian.. rajin-rajinlah share kat sini...



Terima Kasih..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-6-2012 10:28 PM | Show all posts
Siri Bercakap dengan Jin. Siri 1 sehingga 247 boleh di dapati di tread nih..

http://mforum2.cari.com.my/viewt ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2012 10:32 PM | Show all posts
SIRI 248 TUNGGANG HARIMAU LINTAS JALAN

Walau pun anak saudaranya patuh dengan permintaannya tetapi rasa sangsi jelas tergambar diwajah Pak Habib.


Pada hematnya, orang yang dikuasai emosi, fikirannya boleh berubah bila-bila saja. Boleh melakukan tindakan yang tidak dijangkakan.
“Mana orangnya?” Anak saudara Pak Habib terus mendesak. Secara bersahaja Pak Habib mengangkat tangan, minta anak saudaranya bertenang. Ada keluhan kecewa terluah dari mulut anak saudara Pak Habib.


"Dia ada disini Tajuddin, dia tak ke mana- mana. Orang yang tak sabar selalu hilang pertimbangan, jadi kawan syaitan," Pak Habib menguji hati anak saudaranya, Tajuddin.


"Saya tak hilang pertimbangan. Demi Allah, kalau sudah berjanji saya tetap berpegang pada janji."


"Bagus, kamu amanah," nada suara Pak Habib diiringi keriangan.


Saudara mara Pak Habib yang berada di situ terus duduk dalam kelompok-kelompok kecil, bercakap sesama sendiri. Jalan raya yang terbentang agak jarang dilalui kenderaan. Dingin subuh terus menguasai tubuh manusia yang berada di situ.


Beberapa orang wanita yang berada di situ, mula resah. Sering saja merenung muka Pak Habib dan anak saudaranya Tajuddin. Mereka seolah-olah mengharapkan kedua-dua manusia itu segera mengambil keputusan untuk meninggalkan kawasan yang tidak berapa disenangi.


"Mana orangnya?" Dalam lembut Tajuddin mendesak.


"Iya, aku panggil dia sekarang," Pak Habib senyum lalu berjalan beberapa langkah, meninggalkan anak saudaranya menuju ke kawsan tempat saya dan datuk bersembunyi.


Kaum kerabatnya yang duduk segera bangun. Mereka tumpukan perhatian ke arah Pak Habib yang berdiri menghadapi pohon- pohon renik nan rimbun.


Dalam nada suara yang tidak berapa keras, Pak Habib melaungkan nama datuk beberapa kali. Ketika datuk bangun mahu keluar dari tempat persembunyian tangannya segera saya pegang.


"Jangan keluar tuk ini merbahaya."


"Tak mengapa, sahabat saya tak akan mengkhianati saya."


"Kita boleh percaya dengan Pak Habib, tapi bagaimana dengan orang lain?"


"Ah kamu, jangan fikir macam-macam. Itu urusan aku."

TERJATUH

DATUK segera menolak saya hingga terjatuh.


Tanpa membuang masa Datuk terus melangkah keluar meninggalkan tempat persembunyian. Saya tergesa-gesa mengikut nya. Dalam masa kelam-kabut itu, sempat juga saya melihat jam di tangan. Sudah pukul dua pagi.


Sebaik saja keluar dari tempat persembunyian, dalam sekelip mata saja saya dan datuk dikelilingi oleh anak buah Pak Habib. Wajah mereka kelihatan bengis semacam. Rasa cemas masih dapat dikawal kerana Pak Habib masih berada di sisi saya dan datuk.
Tetapi, suara-suara sumbang yang menyakitkan hati menyindir dan mengejek saya dan datuk tetap hadir dalam lubang telinga kami.

KARISMA

Sebagai seorang yang memiliki karisma tersendiri, Pak Habib bertindak dengan bijak mengawal keadaan. Dia minta anak buahnya menghormati saya dan datuk sebagai tetamu. Jika ada yang main kasar, dia sendiri akan bertindak.


Dengan wajah yang bersahaja serta tekanan suara yang seirama, Pak Habib memberitahu anak buahnya, siapa sebenarnya kami berdua (Datuk dan saya). Pak Habib juga memberitahu mereka, bagaimana detik perkenalan antaranya dengan Datuk terjalin.
Semuanya Pak Habib terangkan satu persatu dengan terang. Selesai saja penjelasan diberi, Pak Habib memberikan peluang pada mereka untuk mengemukakan apa saja pertanyaan atau kemusykilan pada Datuk. Sungguh diluar dugaan, kesempatan itu tidak dipersia-siakan oleh anak buah Pak Habib.


Bermacam-macam pertanyaan dihalakan kepada datuk, bermula dari perkara agama dan akidah hingga membawa kepada hal- hal dunia ghaib. Malah ada yang mahu mencuba kehebatan Datuk dalam ilmu mempertahankan diri. Berpeluh datuk menjawabnya. Apa yang pasti semua pertanyaan itu menjurus kepada kejujuran datuk bersahabat dengan Pak Habib.


Kerana jawapan yang datuk berikan cukup jelas hingga tidak menimbulkan keraguan dalam hati mereka. Malah anak saudara Pak Habib (Tajuddin) segera minta maaf pada datuk atas prasangka buruknya yang terpendam dalam hatinya.


"Maafkan saya." Ujar Tajuddin dalam nada sedih.


"Kita makhluk Allah yang  lemah, tidak sunyi dari kesilapan. Saya maafkan kamu, lupakan semuanya,” dengan pantas datuk menyambar huluran tangan Tajuddin. Mereka berpelukan. Perbuatan Tajuddin itu segera diikuti oleh anak-anak buah Pak Habib yang lain. Suasana jam dua pagi yang dingin, terasa bertambah pilu dan syahdu bersama laungan takbir.


Bila suara takbir berhenti Pak Habib mengumumkan bahawa saya bersama datuk dan tiga lelaki laknat diisytiharkan sebagai kerabat baru dalam keluarga besar Pak Habib. Persaudaraan sesama Islam tidak boleh dipisahkan oleh apa pun, kerana Islam itu murni,” Pak Habib mengakhiri ucapan lalu disambut  teriakan Allahu Akbar

BERANGKAT

Menjelang subuh kami tinggalkan kawasan tersebut. Saya bersama datuk naik satu kereta dengan Pak Habib. Tiga manusia laknat naik kereta yang berasingan. Lelaki berwajah separuh bulat naik kereta anak bongsu Pak Habib, Syed Hamzah.


Lelaki berkulit agak gelap naik kereta biras Pak Habib. Manakala lelaki berdarah dahi naik kereta Tajuddin (anak saudara Pak Habib). Sebelum memulakan perjalanan Pak Habib bercakap dengan  anak bongsunya, birasnya dan Tajuddin. Saya dan datuk, begitu juga si pemandu, tidak tahu apa yang dikatakan leh Pak Habib  pada tiga orang kerabatnya.


"Mereka bertiga."


“Siapa Tuan Habib……..” datuk memotong cakap Pak Habib.


Orang yang menyeksa kita sepanjang malam, awak tak  ingat.”


"Oh, saya ingat,"pendek datuk menjawab.


Dengan serta merta wajah tiga manusia  laknat tergambar dalam tempurung kepala. Pemandu di sebelah tidak memberikan sebarang komentar. Dia terus memandu dengan tenang.


Mereka bertga mesti tinggal semalam dua di rumah pemilik kereta yang mereka tumpang. Pemilih kereta harus melayani mereka dengan baik, beri makan minum dengan sempurna," sambung Pak Habib.


"Kenapa mesti tanggung mereka, suruh balik lagi baik Tuan Habib," sanggah datuk. Pemandu di sebelah anggukkan kepala. Dia sependapat dengan Datuk.


Buat beberapa ketika, Pak Habib terus membisu. Pemandu memaut stering dengan erat. Larian kereta semakin stabil. Begitu juga dengan kereta yang mengekor di belakang.


"Saya ada rancangan," Pak Habib menguap.


"Apa rancangannya Tuan Habib?"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2012 10:36 PM | Show all posts
SELEKOH

PAK HABIB menggeliat sambil meluruskan sepasang kakinya. Kemudian mengingatkan pemandunya supaya berhati- hati. Kerana secara kebetulan sebaik saja melepasi satu selekoh, gerimis mula turun menyebabkan jalan basah.


Dalam deru enjin kereta bersama titik gerimis subuh, Pak Habib pun meluahkan rancangan yang disusun dalam kepala kepada datuk.
Kata PakHabib, mereka bertiga (manusia laknat) dimestikan tinggal di rumah pemilik kereta yang mereka tumpangi selama tiga hari.
Setiap kali waktu solat masuk, mereka mesti datang ke masjid untuk berjemaah. Mereka juga dimestikan mengikuti kuliah subuh yang disampaikan oleh ustaz Badaruddin Binjai yang disediakan Pak Habib khas untuk mereka bertiga.


Dalam tempoh itu juga (selama tiga hari) mereka tidak diizinkan berjumpa dengan orang luar, kecuali orang yang ada hubungan darah dengan keluarga Pak Habib. Perkara ini dilakukan oleh Pak Habib sebagai satu orientasi. Sebagai usaha membersihkan fikiran dari perkara- perkara yang negatif.


Selepas tiga hari barulah mereka dibenarkan keluar dari kawasan rumah yang ditumpangi. Mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Menemui anak isteri atau saudara terdekat. Mereka pulang dengan semangat baru. Dengan fikiran baru. Tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak baik.

BAIK

SATU rancangan yang menarik disusun oleh Pak Habib. Begitu rapi dan sistematik sekali. Tidak terfikir oleh datuk yang Pak Habib begitu prihatin pada tiga manusia yang telah mendatangkan kesusahan pada dirinya. Sepanjang penjelasan itu disampaikan oleh Pak Habib, datuk lebih banyak mendengar dan mengangguk saja.


"Apakah memadai dengan tiga hari saja dibekalkan pengetahuan?" tanya datuk setelah melihat PakHabib seperti enggan meneruskan ceritanya.


"Oh.... bukan setakat itu saja, ada susulannya lagi," Pak Habib menjawab.


Si pemandu dan saya hanya mendengar saja apa yang diucapkan oleh Pak Habib dan Datuk.


Titik gerimis yang halus mula bertukar kasar. Macam tadi juga, Pak Habib tetap mengingatkan pemandunya supaya lebih berhati-hati dan teliti terutama bila melalui selekoh yang agak tajam atau menuruni bukit. Dua buah lori barang berselisih dengan kereta yang kami naiki.


"Masa mereka pulang ke tempat masing- masing, saya bekalkan wang ringgit secukupnya. Bekalkan beras, gula dan kopi serta barang-barang keperluan lainnya. Saya benarkan mereka tinggal ditempat sendiri selama seminggu saja, lepas itu mereka mesti datang ke sini," Pak Habib menghidupkan kembali perbualan yang telah terhenti seketika.


Dari ekor mata, saya nampak Datuk membetulkan duduknya dan bersedia mencelah percakapan Pak Habib. Tetapi, perkara itu tidak dilakukan oleh datuk, bila dia melihat Pak Habib menepuk bahu kanan pemandunya berkali-kali.


"Perlahan lagi, kalau perlu kamu berhenti. Harimau yang melintas jalan itu bukan harimau sebarangan," ujar Pak Habib.


"Iya Pak," jawab si pemandu.


Di depan mata dalam jarak tidak sampai tiga puluh kaki, seekor harimau berbadan besar yang ditunggangi manusia melepaskan sorotan matanya melawan sorotan lampu kereta.


Saya jadi cemas kerana harimau itu seperti tidak mahu bergerak. Manakala gembalanya yang bersongkok hitam, berambut panjang de- ngan misai tebal melin- tang bagaikan merenung ke arah saya.


"Beri laluan, kalau dihalang merbahaya," kata datuk.


Pemandu terpaksa memberhentikan kereta dan memadamkan lampu. Datuk yang tahu situasi saya ketika itu meletakkan ibu jari kirinya ke pangkal telinga saya. Salah satu urat di situ ditekanya dengan kuat.


Rasa takut dan cemas serta merta hilang. Saya jadi marah dan badan saya merasa seperti diruapi peluh-peluh halus. Bila lampu kereta dihidupkan semula, harimau dan gembalanya tiada lagi melintang jalan.


Perkara begini selalu terjadi di sini," kata pemandu. Saya diam tidak memberikan se- barang komen.


Apa yang dialami oleh pemandu Pak Habib turut disedari oleh pemandu tiga buah kereta yang mengekori dari belakang. Mereka tidak membunyikan hon kereta, ketika kereta yang kami naiki ber- henti mengejut. Malah, mereka turut memadamkan lampu kereta.
Bila keadaan keselamatan dirasakan terjamin, perjalanan pun diteruskan kembali.


Titik gerimis yang tadi kasar mula mengecil. Kabus nipis mula bangun dari permukaan bumi. Di mana-ma-na saja kelihatan kabus sekata. Saya mula menguap dengan semahu-mahunya. Belum pun kuapan habis, bahu saya ditepuk oleh datuk berkali-kali.
Dia mengingatkan saya supaya jangan membuka mulut luas-luas semasa menguap, nanti syaitan masuk perut dan beranak cucu dalam perut, kemudian meresap dalam darah.. bila syaitan ada dalam perut dan darah semua ilmu yang menuju pada arah kebaikan tidak akan lekat di hati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2012 10:38 PM | Show all posts
LOJIK

MEMANG tidak lojik cakapnya itu. Tidak masuk di akal langsung malah me- mang melucukan dan boleh membuat orang lain ketawa.
Tetapi, disebalik semuanya itu, mesej yang dibawa cukup besar dalam membentuk budi bahasa, sopan santun dalam pergaulan yang selari dengan adat budaya orang timur. Sungguh halus dan sopan, orang terdahulu menyelitkan pesan pada anak cucu.


Kereta terus meluncur dalam kelajuan yang sederhana menguak kabus nipis menjelang subuh. Langit tidak kelihatan cerah. Kedinginan membuat saya mengantuk, menguap dan tersenguk- sengguk beberapa kali.


"Macamana kalau mereka tak tepati janji Pak Habib. Maksud saya mereka tak datang pada tarikh yang ditetapkan,” mendadak saja datuk bertannya. Pak Habib melepaskan ketawa kecil.


"Saya akan menurut atau mencari mereka. Buat apa dipujuk, dirayu pada orang yang tidak mahu dirinya dibentuk jadi orang baik. Sudah nyata mereka tidak mahu diajak ke jalan yang diredai Allah," bersahaja sekali nada suara Pak Habib.


"Saya nampak seorang saja yang boleh diharapkan datang, maksud saya orang yang ada asas agama. Dua lagi susah," Datuk memberikan pandangan.


"Saya tak fikir macam tu."


"Habis, Habib fikir semuanya datang," tanya Datuk penuh ragu.


"Pada pendapat saya semuanya datang."


"Saya bersyukur bila Habib kata begitu, saya berdoa apa yang dihajati diberkati Allah."


"Saya memang mengharapkan doa sahabat," Pak Habib tentang biji mata datuk. Mereka berbalas senyum.


"Jiwa Habib besar," ujar datuk pendek.”


“Maksud sahabat?"


“Selalu berfikir hal- hal yang baik pada orang yang membuat jahat pada Habib."
"Ha.... hidup mesti dengan hati yang bersih, jangan sekali-kali memikirkan perkara yang buruk terhadap orang lain. Bila ada sedikit prasangka buruk dalam hati terhadap orang lain, mudahlah nafsu jahat merosakkan diri dan iman orang yang menyimpan prasangka buruk itu," dengan tenang Pak Habib menghamburkan kata-kata itu datuk.


Saya lihat datuk mendengarnya penuh khusyuk. Sesekali datuk menggigit bibir sambil sekali-kali melepaskan pandangan keluar menerusi jendela kereta.


Dalam masa itu, juga, si pemandu membisikkan ke telinga saya dalam tempoh lebih kurang dua puluh minit lagi sampailah ke kawasan rumah Syed Hamid Al-Hadad dan boleh terus menunaikan fardhu subuh.


Gerimis sudah berhenti dan kabus nipis makin berkurangan tetapi, kedinginan tidak juga saya rasakan bertambah kurang. Malah bertambah dingin lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2012 02:51 PM | Show all posts
SIRI 249 MAKAN BERSAMA DIRUMAH TAJUDDIN


Si pemandu tumpukan seluruh perhatian pada permukaan jalanraya yang basah. Lampu kereta dibesarkan. Kelihatan kesan air hujan didaunan dan pepokok, rasa dinging tidak juga berubah. Masih macam tadi, saya menggigil kecil.


Pemandu memaut stereng kereta dengan irat dan kejap, sesekali kelopak matanya terpejam seketika dan kereta yang dipandunya terasa lari ketengah dan ketepi jalanraya. Saya jadi cemas.


Ternyata si pemandu memang sudah mengantuk, dua tiga kali dia mengguap panjang. Secara perlahan dan lembut, saya tepuk belakangnya. Tujuannya agar dia menjengil biji mata. Si pemandu tersenyum. Dia faham maksud saya berbuat demikian.


"Jangan terlena nanti semua maut," perlahan kata-kata itu saya bisikkan ke cuping telinganya.


"Inilah masaalah yang aku hadapi," si pemandu mengakhiri kata dengan senyum. Saya kira dialog yang terjadi antara saya dengan si pemandu, tldak dapat ditangkap oleh gegendang telinga Pak Habib dan datuk.


'Eeeeekkkkkkkk!


Si pemandu menekan brek, seekor musang sesat melintas jalan. Semua yang ada dalam perut kereta tersenggukdan terkejut. Serentak dengan itu, terdengar bunyi brek kecemasan yang panjang dan keras dari beberapa buah kereta yang mengekori kereta yang kami naiki.


"Kenapa? Kamu mengantuk, kalau mengantuk biar aku bawa," Pak Habib mengkemukakan usul.


"Saya tak mengantuk, musang melintas. Saya tak mahu langgar, itulah sebabnya saya tekan brek, "si pemandu memberi alasan.
Dan alasan itu dapat diterima oleh Pak Habib dan datuk. Buktinya, mereka tersenyum puas.


TERGUGAT

SELEPAS kejadian itu, si pemandu lebih berhati-hati. Kalau boleh dia tidak mahu ketenangan dan keselesaan Pak Habib dan datuk tergugat.


"Sebaiknya, hiduplah dengan melakukan kebaikan dan kebajikan. Asah hati kita ini dengan kejujuran dan keikhlasan pada setiap masa. Kemudian kita serahkan kepada Allah apa yang kita buat, jangan mengharapkan pembalasan dariNya," tanpa diduga Pak Habib bersuara. Hati tertanya-tanya untuk siapa kata-kata itu dimaksudkan oleh Pak Habib.


"Kalau kebaikan kita buat dan kebaikan pula kita perolehi. Alhamdulillah. Andainya, kebaikan kita lakukan tetapi, kejahatan yang datang, itu adalah ujian dari Allah untuk kita. Semua itu hak Allah,”sambung Pak Habib sambil membetulkan duduknya.


Kuliah pendek itu, ada kaitannya dengan peristiwa yang kami lalui bersama. Dengan kata lain, Pak Habib menyuruh kami berfikir dan merenungi, bahawa apa yang terjadi, ada hikmahnya untuk dijadikan renungan.


"Saya setuju dengan apa yang sahabat katakan. Mengasah hati dan jiwa supaya jadi murni, bukanlah perkara yang mudah," komen datuk.


"Disinilah letaknya ketakwaan atau penyerahan keimanan kita pada Allah. Kalau kita yakin pada kudratNYA, kita boleh melakukanya," jawab Syed Al-Hadad atau Pak Habib. Datuk menganggukkan kepala, mereka membalas senyuman.


Kereta terus meluncur dengan tenang, melepasi beberapa buah selekoh tajam dan beberapa buah perkampungan serta pekan kecil. Si pemandu nampak kian yakin dan selesa dengan apa yang dibuatnya. Semuanya ini menandakan, perjalanan semakin dekat ke tempat yang dituju.




FAJAR

KETIKA fajar mula bangkit di kaki langit, kami pun sampai di rumah Syed Hamid AL-Hadad. Kawasan rumahnya sungguh luas sekali. Tidak jauh dari kawasan rumahnya terdapat beberapa buah rumah batu yang tidak kalah bentuk dan besarnya dengan rumah Pak Habib.


Pak Habib memastikan ketiga-tiga manusia laknat yang menumpang kereta anak buahnya sampai. Kemudian memastikan mereka (tiga manusia laknat) pergi ke rumah yang ditetapkan sebagai tempat pengi- napan untuk membersihkan diri (mandi) sebelum berjemaah di sebuah surau yang tidak jauh dari rumah Pak Habib.


Saya dan datuk diajak oleh Pak Habib terus ke rumahnya. Kami diberikan seorang satu bilik. Dalam rumah besar itu terdapat beberapa buah bilik khas untuk tetamu siap dengan tempat sem bahyangnya sekali. Disediakan senaskah Al-Ouran dan yassin.
Suasana dalam bi lik yang kemas dan teratur, ternyata amat menyenangkan diri datuk. Berkali-kali dia mengucapkan ribuan terima kasih pada Pak Habib yang pada hematnya amat mementingkan keselesaan tetamu.


Setelah mandi dan menikmati secangkir kopi pahit, waktu subuhpun masuk. Kami segera berangkat ke surau yang kecil dan comel.
"Cucu kamu,"kata Pak Habib pada datuk. Saya yang berada di-antara mereka tercenggang.


“Tamar”


Saya renung muka datuk.


"Panggil dan beritahu orang kampung solat subuh sudah tiba," tambah datuk.


"Azan, tuk."


Datuk tidak memberikan jawapan, serentak mereka melangkah ke tengah surau. Saya menarik nafas, Pak Habib dan datuk menyerahkan tanggungjawab untuk saya pikul.


Di awal subuh yang sepi, orang-orang yang bermastutin di sekitar rumah Pak Habib dan penghuni kampung berdekatan, dikejutkan dengan suara laungan azan yang sungguh berbeza dengan suara yang selalu mereka dengar.




INDAH

SEBAIK sahaja mereka sampai ke surau kecil yang indah, ada diantara mereka mengajukan pertanyaan pada siak yang berkhidmat secara sukarela disitu.


"Suara orang bang (azan) tadi berbeza dengan suara yang selalu didengar," tanya seorang jemaah.


"Siapa yang azan tadi? Ada orang baru ke?," tanya pula yang lain.


"Orang yang dibawa Tuan Habib," jawab siak sukarela.


"Katakan Tuan Habib hilang dalam perjalanan balik dari Pangkalan Berandan ke sini,"datang lagi pertanyaan jemaah yang lain. Orangnya sudah agak berusia, tetapi nampak sihat.


"Bila dia balik?" tanya orang itu lagi.


"Dekat dinihari dia balik. Anak buahnya sendiri yang pergi mencari, mereka pergi secara rahsia, tak mahu heboh-heboh," siak sukarela men jelaskan sambil anak matanya menatap wajah-wajah yang mengemukakan pertanyaan padanya.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-6-2012 02:54 PM | Show all posts
PINTU

BEBERAPA jemaah yang berada di muka pintu dan sempat mendengar penjelasan siak sukarela, segera memanjangkan leher mencari PakHabib, macam bangau mencari anak seluang. Bila terpandang batang hidung orang yang dicari, mereka terus menyerbu ke arah Pak Habib.


Mereka bersalaman, tidak memadai dengan itu batang tubuh Pak Habib dipeluk dan dipaksa bercerita tentang perkara yang dilaluinya. Hasrat mereka tidak berhasil kerana kesuntukan masa. Waktu solat sudah tiba. malah, Pak Habib sendiri keberatan melayan permintaan mereka yang tidak sesuai pada waktu dan ketikanya.


"Kalau ia pun, nak berpeluk dan mengampu Pak Habib, janganlah merempuh orang sesuka hati, fikirlah sakit orang lain," seorang jemaah yang dirempuh meluahkan kekesalan dengan wajah yang amat kecewa sekali. Lebih menyakitkan hati, orang yang merempuh tidak pula minta maaf.


Dalam situasi yang agak kelam kabut itu, sekali lagi khidmat saya diper lukan untuk melafazkan qamat. Perkara itu segera saya laksanakan. Atas permintaan Pak Habib, datuk disuruh menjadi imam. Segala- galanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.
Tiga manusia laknat turut sama berjemaah. Kerana salah seorang daripada mereka (lelaki berdarah dahi) pernah bekerja dengan Pak Habib, kehadiran mereka jadi perhatian. Lebih-lebih lagi mereka sentiasa didampingi oleh kerabat Pak Habib. Selesai sembahyang dan berdoa Pak Habib terus bangun.


"Semua yang ada disini, diminta datang ke rumah anak saudara saya, Tajuddin. Kita beramai-ramai minum kopi dan makan pagi di rumahnya. Kemudian baca doa selamat dan kesyukuran kerana saya dijumpai dalam keadaan sihat, semua dijemput;"tutur Pak Habib.


"Makan apa Pak Habib?"usik seorang jemaah.


"Itu kena tanya Tajuddin,"sahut Pak Habib.


"Kopi dan nasi lemak,' Tajuddin bersuara lantang.


"Ini sudah cukup baik,"terdengar suara nakal dari para jemaah yang disambut dengan senyum oleh Pak habib dan Tajuddin.
Beberapa orang para jemaah yang sebaya dengan Pak Habibsegera medekatinya.Mereka melahirkan rasa terkejut dengan apa yang berlaku atas diri PakHabib.


MENOLAK

MALAH, ada yang mahu Pak Habib bercerita detik kejadian itu secara lerperinci. Pak Habib menolak dengan alasan belum sesuai. Walupun, begitu Pak habib berjanji pada mereka, bila ada masa terluang, boleh jadi esok atau lusa dia akan menceritakannya.
"Bila ada masa sesuai, saya ceritakan pada semua, 'Pak Habib memberikan sebuah janji. Dua tiga orang jemaah yang berada didepannya saling berpandangan sesama sendiri. Mereka seolah-olah sangsi dengan janji yang dila- fazkan oleh Pak Habib.
"Masa yang sesuai itu bila Pak Habib?", tanya seorang dari sebelah kanan. Pak Habib tersenyum ke arah datuk.
"Boleh jadi waktu asar nanti atau subuh esok. Usah fikirkan apa yang saya alami. Soal sekarang kita pergi ke rumah anak saudara saya. Isi perut kita. mari, " cukup lantang suara Pak Habib.


Dengan tenang dia melangkah ke muka pintu surau, memulakan perjalanan menuju ke rumah anak saudaranya. Di rumah Tajuddin, khidmat saya diperlukan lagi untuk membaca doa selamat. Memang pada mulanya saya menolak membaca doa selamat .
Saya kira orang tempatan lebih wajar melakukannya, lagipun saya kurang fasih. Sa- yang sekali, hujjah saya itu tidak dapat diterima oleh Pak Habib dan pa- ra jemaah yang hadir.


Saya tidak boleh mengelak dan terpaksa menerimanya dalam senyum, tetapi hati terasa amat berat dan berdebar semacam. Alhamdullah saya lulus ujian. Tidak ada seorang pun yang mengkritik, semuanya memuji. Saya bangga dalam hati tetapi, datuk terus tersenyum lebar.


Sesungguhnya, peristiwa yang dilaluinya beberapa minit tadi, secara tidak langsung membuktikan saya lulus ujian sebagai anak muda kampung yang boleh ditolak ke depan dan ke belakang.


Dalam masyarakat kampung Melayu tradisional yang bersandarkan pada ajaran agama dan adat budaya, saya dikira anak muda yang boleh diharap. Boleh jadi tukang azan, boleh baca doa. malah, dalam saat-saat terdesak boleh jadi imam dan menikahkan orang serta menyembahyangkan jenazah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2012 03:05 PM | Show all posts
SEMINGGU

SETELAH dua hari menginap di rumah Pak Habib, saya dan datuk berkesempatan mengikuti agenda yang ditetapkan oleh Pak Habib terhadap tiga manusia laknat. Semuanya berjalan dengan baik seperti yang disusun.

Hubungan tiga manusia dengan tuan rumah yang ditum pangi cukup mesra. Setiap waktu solal mereka berjemaah bersama penduduk tempatan. Mengikuti kuliah subuh dengan sempurna. Semuanya menyenangkan keluarga Pak Habib.

Pada hari Rabu, hari ketiga berada di rumah Pak Habib, datuk memberitahu, dia mahu pulang ke Tanah Semenanjung pada petang Khamis, merentasi Selat Melaka dengan kapal barang ke Pulau Pinang.

Bila ditanya siapa yang menguruskan semuanya itu. Datuk hanya sekadar memberitahu, kapten kapal itu adalah anak sahabat baiknya. Bagi merealisasikan irnpiannya itu, datuk berhasrat mahu menyatakan perkara tersebut pada Pak Habib keesokannya, iaitu pada hari keempat.

Secara kebetulan pada hari kempat sebaik saja saya dan datuk masuk ke ruang tamu rumah PakHabib, tiga lelaki laknat sudah berada disitu. Saya lihat jam di dinding sudah pukul sepuluh pagi.

"Duduk sahabat,"  kata Pak Habib. Kerana tidak mahu menganggu urusan yang sedang berjalan, saya dan datuk mengambil tempat yang agak jauh dari manusia bertiga.

"Biar saya selesai perkara ini dulu sahabat, lepas itu barulah kita bercerita. Lagipun sahabat tidak ada rancangan nak kemana-mana. Semalam dah jalan jauh" Usik Pak Habib.

“Teruskan tugas." Sahut datuk.

Pak Habib segera memberikan wang tambang kepada ketiga-tiga lelaki laknat itu untuk pulang dibawa pulang kekampung masing-masing menemui kaum keluarga. Disam[ing itu Pak Habin turut juga membekalkan beras dan gula kopi serta beberapa keperluan lain di samping wang saku. Bila semua urusan selesai, tiga ma- nusia laknat bersalaman dengan Pak Habib, kemudian me- larat kepada saya dan datuk.

"Mereka balik kampung seminggu saja. Hari khamis depan mereka balik ke mari untukbekerja," dengan nada penuh keyakinan Pak Habib memberi-tahu datuk.

"Sahabat percaya dan yakin?"

" Saya yakin mereka datang untuk bekerja dengan saya dan belajar agama. Mereka menyesal dengan apa yang mereka buat, mereka dah bertaubat."

"Kalau sahabat sendiri yakin, saya tak mahu cakap apa-apa. Sebabnya, sesuatu yang baik bila disertai dengan keyakinan diri dan kuasa Allah, selalunya berhasil.

Sahabat ini, ber- cakap berbunga-bunga, macam ahli sofi."

"Terlalu tinggi memuji saya," balas datuk.

Kedua-dua sahabat yang membina kemesraan dan hubungan, tidak sampai seminggu ternyata kelihatan cukup akrab.Saling hormat menghormati dan saling mempercayai satu selain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2012 07:42 PM | Show all posts
SEMINGGU

SETELAH dua hari menginap di rumah Pak Habib, saya dan datuk berkesempatan mengikuti age ...
zadzamusa Post at 30-6-2012 15:05



   assalamualaikum..akak zad..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2012 08:22 PM | Show all posts
assalamualaikum..akak zad..
donut_1752 Post at 30-6-2012 19:42


Alaikummussalam donut_1752
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2012 08:30 PM | Show all posts
Alaikummussalam donut_1752
zadzamusa Post at 30-6-2012 20:22



   hehe
slama ni jd SR jew kt benang akak..bru jew brani nk burak2 ngan akak  
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2012 09:41 PM | Show all posts
I pon baru je beranikan diri nak komen kat thread you..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2012 09:49 PM | Show all posts
I pon baru je beranikan diri nak komen kat thread you..
PostBanhammer Post at 30-6-2012 21:41


Hai PostBanhammer..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2012 09:53 PM | Show all posts
Oh hai.. Thanks for sharing these info..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2012 09:59 PM | Show all posts
Oh hai.. Thanks for sharing these info..
PostBanhammer Post at 30-6-2012 21:53


Ur most welcome... ada apa2 buku yang nak dikongsi.. jemputlah berkongsi kat tread nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2012 05:54 PM | Show all posts
SIRI 250 (VS MAC 2002) : PEMUDA RAMBUT PANJANG


Dalam pertemuan di ruang tamu itu, datuk menyatakan hasratnya untuk pulang ke tanah semenanjung pada Pak Habib.  Buat seketika, Pak Habib atau Syed Hamid Al-Hadad, tidak memberikan sebarang komentar.  Dia tenang dan kelihatan bersahaja.


“Tak boleh tunggu, dua tiga hari lagi?”


Satu pertanyaan dari Pak Habib yang saya kira cukup berat untuk dijawab oleh datuk.


Angin yang masuk menerusi jendela memberikan kesegaran pada saya.  Mungkin juga untuk datuk dan Pak Habib.  Terdengar kokok ayam dan kicau murai dihujung ranting.


“Rasanya tak perlu,” jawab datuk.


“Maksud sahabat?”


Anak mata Pak Habib menyorot wajah datuk.  Saya lihat datuk terpampan.  Ekor mata kanannya mengecil, mencari alasan untuk membalas pertanyaan Pak Habib.  Hampir sepuluh saat suasana di ruang tamu terasa sepi.


“Saya rasa semuanya sudah selesai.  Hajat sahabat sudah saya tunaikan.  Orang bertiga sudah balik, sudah bekerja dengan sahabat, malahan tekun belajar agama.  Jadi apa perlunya saya di sini,” tutur datuk tenang.


“Kalau, saya katakan, saya memerlukan khidmat sahabat bagaimana?” Pak Habib senyum.


“Ini yang sulitnya,” datuk mengeluh.


“Tak sulit, asalkan sahabat mahu ikut cakap saya,”


“Itu paksaan secara terhormat namanya,” sanggah datuk.


Dua sahabat itu ketawa terkikih.  Masing-masing bertindak bijak untuk ‘memerangkap’ antara satu sama lain secara diplomasi.  


Saya tersenyum.  Angin terus masuk ke ruang tamu.  Sayup-sayup terdengar bunyi lesung orang menumbuk padi.


“Begini saja, saya mahu berterus terang dengan sahabat.  Ikut saya ke Jawa,”


“Haaa.......,” mulut datuk melopong.


“Tak susahkan diri sahabat, mungkin menguntungkan,’ nada suara Pak Habib lembut.  Mulut datuk yang terlopong kembali bertaut.
Tetapi, sepasang keningnya yang berbulu lebat, kelihatan seakan-akan terangkat seketika.  Macam ada sesuatu yang bermain dalam kepalanya.




DOA

Hati kecil saya terus berbunga dengan doa.  Semuga datuk akan memenuhi permintaan Pak Habib.  Kembara di bumi rumpun Melayu atau lebih tepatnya seluruh Nusantara memang menjadi minat saya.  Bukankah rumpun Melayu itu besar dan luas, budaya adatnya tidak jauh berbeza.  Saya membina angan-angan dalam kepala.


“Jawa tu luas sahabat, tempat sebenarnya di mana?” datuk angkat kepala.  Tentang biji mata Pak Habib.


“Tanah Abang,” suara Pak Habib yakin.


“Tanah Abang,” ulang datuk sedikit sangsi.


“Iya, Tanah Abang, Jakarta.”


“Hummmm?” keluh datuk.


“Bagaimana? Jadi.” Pak Habib minta kepastian.


Tiada jawapan pasti dari datuk, saya mula resah sendirian.  Harapan untuk melihat tempat pendekar si Pitung menjadi samar.


“Bagaimana kalau lain kali saja sahabat?”


“Lain kali tu, boleh jadi tak pergi langsung.  Bila sahabat balik ke tanah semenanjung.  Entah bila pula kemari.  Barangkali boleh jadi tak datang langsung,” Pak Habib menggaru hujung kening.


“Susah, saya benar-benar susah,” datuk mengeluh.


“Apa yang sahabat susahkan.”


“Saya dah berjanji dengan kapten kapal dagang yang mahu ke Pulau Pinang tengahari esok.  Orang yang menguruskan hal ini, Tajuddin anak saudara sahabat.  Berat rasa hati nak membatalkannya,” wajah datuk nampak sugul.


“Jangan bersusah hati, biar saya uruskan hal ini.”


“Tapi........,”


“Saya faham, sahabat segan dengan Tajuddin.  Kapal yang mahu sahabat tumpang tu, kapal saya.  Kenapa sahabat berahsia dari saya,” amat bersahaja Pak Habib mengungkap kata-kata.


“Bukan berahsia, tetapi tidak mahu menyusahkan Habib,” Pak Habib pun menghadiahkan senyum sinis untuk datuk yang tersipu malu.


“Tunggu sebentar,” tiba-tiba saja Pak Habib berkata demikian pada saya dan datuk.  Pasti saya merasa ganjil dengan perbuatannya.  Kemudian Pak Habib tergesa-gesa masuk ke bahagian ruang tengah rumah.  Terdengar Pak Habib bercakap dengan seseorang.  Kurang jelas apa yang diperkatakannya dengan orang tersebut.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2012 06:00 PM | Show all posts
GABUNG

Pak Habib kembali ke ruang tamu bergabung dengan kami.  Topik perbincangan tidak lagi berkisar pada persoalan pergi ke tanah Jawa.  Walaupun datuk belum memberikan kata putus sama ada pergi atau sebaliknya.  Perkara itu terus tergantung begitu saja.
Mendengar datuk dan Pak Habib membahasakan hal-hal yang ada sangkut paut dengan agama, memang tidak menarik minat saya.
Kerancakan perbahasan datuk dengan Pak Habib terganggu oleh suara orang memberi salam di luar.  Setelah menjawab dengan lantang.  Pak Habib mempersilakan si pemberi salam naik ke rumah.  Orangnya memang saya kenali, Tajuddin anak saudara Pak Habib.


“Panggil saya?” itulah yang diajukan oleh Tajuddin sebaik saja merenung muka Pak Habib.  Saya jeling datuk yang sedang merenung ke arah Tajuddin.  Langsir tingkap bergerak lemah disentuh bayu.  Kerana jawapan dari pertanyaan yang diajukan oleh Tajuddin lambat dijawab oleh Pak Habib menyebabkan Tajuddin resah, merasakan dirinya berdiri dalam keadaan yang serba tidak kena.


“Memang aku panggil kamu.”


Tajuddin menarik nafas panjang.  Lega hatinya mendengar jawapan itu.  Wajahnya nampak riang.


“Beritahu kapten Nasir orang ini tak jadi balik ke Pulau Pinang, pastikan barang dagang yang dibawanya ikut peraturan, jangan bawa benda salah,” tambah Pak Habib.


“Saya faham.  Maafkan saya kerana membenarkan Nasir membawa orang ini ke Pulau Pinang,” Tajuddin renung muka saya dan datuk.  Pak Habib mendengar dengan teliti sekali.


“Kesilapan saya kerana tak memberitahu Pak ayah,” samung Tajuddin wajahnya nampak sedikit cemas.


“Sudahlah, tu.  Lain kali jangan main pandai sendiri.”


“Maaf, saya pergi.”


“Silakan.”


Tajuddin bersalaman dengan Pak Habib.  Kemudian bersalam dengan datuk dan saya.  Ketika bersalaman itulah Tajuddin sempat menepuk bahu saya seraya berkata: “Kamu kena duduk lama di sini”.


Saya balas dengan senyuman yang panjang.  Penuh tanda tanya dan seribu makna.  Ruang tamu yang luas kembali dikuasai oleh kami bertiga.  Angin semakin rancak masuk ke ruang tamu lalu menyapa wajah tiga manusia.


“Bagaimana sekarang?” Tiba-tiba Pak Habib bersuara.


“Maksudnya,” soal datuk kembali.


“Maksudnya amat mudah, keputusan ditangan sahabat.  Tugas saya sudah selesai.  Kapten kapal dah tahu sahabat tak jadi menumpang ke Pulau Pinang,” dalam senyum dan tenang Pak Habib melafazkan kata.


SENYUM


Datuk renung ke arah saya bersama segaris senyum.


“Jawapannya,” datuk ketawa kecil, “sahabat sudah tahu.  Bak kata orang sudah terang, bersuluh lagi.  Menyeberang dengan perahu, bila perahu tak ada duduklah ditebing.  Itulah ibarat diri ini.”


“Jadi sahabat setuju ke Tanah Abang,” riang sekali suara Pak Habib.  Dia ketawa puas.  Wajahnya ceria sekali.


“Apa lagi mahu dikata, sebagai tetamu ikut saja cakap sahabat,” datuk mengalah sambil memperkemaskan silanya.


“Niat saya baik, mahu memperkenalkan sahabat dengan keturunan pendekar Tanah Abang.  Barangkali ada ilmu yang baik untuk diambil.  Ilmu yang buruk ditinggalkan,” Pak Habib berhenti bercakap seketika.


“Ilmu yang baik itu boleh diambil dan dikembangkan di tempat sendiri,” sambung Pak Habib.  Datuk terlalu lambat memberikan tindak balas.  Entah mengapa saya pula yang berdebar cemas.


“Dengan keturunan siapa sahabat mahu memperkenalkan saya?” Satu pertanyaan yang cukup positif dari datuk.


“Dengan keturunan Si Pitung, Si Jampang Macan Kamayuran, mereka ini dinaggap jagoan Tanah Abang yang menentang Belanda.  
Mereka membela rakyat yang tertindas.  Mesti ada petua langkah.  Ilmu-ilmi lama yang ditinggalkan pada keturunannya.  Apa salahnya kita memetik yang baik dari ilmu itu,” pendapat dan jawapan dari Pak Habib yang positif dan berkeyakinan.




TUA

Saya kira, sebagai orang tua yang tidak pernah putus-putus mencari dan menuntut ilmu dunia atau akhirat, datuk pasti tidak menolak tawaran yang dikemukakan oleh Pak Habib.  Malah saya kira dautk tetap berminat dan tidak menolak peluang tersebut.


“Bila nak pergi, kalau lambat sangat, saya kurang seronok,” bersahaja datuk bertanya.  Pak Habib sandarkan badan ke dinding.  Sepasang matanya merenung awan gemawan yang bergerak lemah menerusi jendela yang terdedah.  Kerut keningnya menandakan Pak Habib sedang memikirkan sesuatu.


Kemudian lelaki berdah Arab-Melayu menarik nafas panjang.  Air mukanya kelihatan cerah sekali.


“Hari ni, hari Isnin, besok Selasa, kemudian Rabu.  Saya cadangkan pagi Khamis kita berangkat ke sana.  Jadi pada malam Jumaat kita berjemaah di Masjid Al-Makmur, tidak berapa jauh dari pasar Tanah Abang, salah satu masjid tertua di Jakarta.  Berjemaah malam Jumaat di masjid lama, kata orang dapat berkat,” suara Pak Habib lemah membayangkan kebimbangan kalau-kalau datuk menolak cadangannya.


Tiada komentar dari datuk.  Kepalanya diangkat sedikit merenung lelangit ruang tamu.  Bagaikan mencongak sesuatu dan perlahan-lahan anggukkan kepala.  Wajah bimbang Pak Habib kembali cerah.


“Boleh,” jawab datuk penuh yakin.


“Bagus,” Pak Habib tegakkan badannya kembali.


“Jadi sementara menanti hari Khamis, saya terpaksa bergaul dengan ketiga-tiga manusia itu, mengajar mereka petua-petua bagaimana nak kusyuk sembahyang, selain dari menanamkan semangat tauhid dalam dada mereka,” datuk mengeliat.


“Memang itulah yang diharapkan dari sahabat, ketiga-tiga manusia yang menawan kita dulu, amat serasi dan menghormati sahabat.  Kesempatan itu mesti digunakan dengan sebaik mungkin, lagi pun orang-orang di sini terlalu menghormati orang luar yang berilmu (agama) dari orang tempatan,” satu pengakuan yang ikhlas dari Pak Habib.


“Barangkali perkara ini berlaku secara kebetulan,” datuk cuba membunuh rasa kecewa di hati Pak Habib.


“Saya tahu, ini satu fenomena biasa, berlaku di mana-mana dalam apa jenis masyarakat pun, lebih mementingkan dan memandang mulia orang luar dari orang dalam,” Pak Habib meluahkan pendapatnya.  Ternyata datuk setuju dengan pendapat tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2012 06:02 PM | Show all posts
BERGERAK

Menjelang keberangkatan ke Tanah Abang (hari Khamis) datuk cukup sibuk sekali.  Dia bagaikan tidak ada masa, (mungkin terlupa) terucap.  Biasanya nama nenek disebut oleh datuk setelah melakukan solat Tahajud atau ketika selesai mengerjakan solat Asar.


Harapan Pak Habib memang dilaksanakan oleh datuk dengan sebaik mungkin.  Setiap masa (selepas waktu kerja) datuk mendampingi ketiga-tiga manusia laknat yang sudah insaf.  Mereka sentiasa diingatkan bila melakukan sesuatu harus ikhlas dan mencari sumber rezeki dari sumber yang halal.


Bila bekerja dengan orang (makan gaji) mesti ikhlas menjalankan tugas, ikut peraturan Islam.  Jangan sekali-kali curi tulang tanpa sebab-sebab yang kukuh.  Bila kerja tidak ikhlas, gaji yang diperolehi tidak berkat.  Sentiasa tidak cukup, sentiasa terhimpit.
Datuk juga memberitahu mereka, setiap gerak dan nafas kita adalah milik Allah.  Jadi Allah harus lekat dikalbu.  Setiap kali bergerak atau melakukan sesuatu sama ada berjaya atau gagal, mesti diucapkan doa kesyukuran pada Allah.  Setiap doa yang dihembus adalah doa kesyukuran pada Allah.


Datuk meyakinkan mereka menanamkan semangat cinta agama dengan dalil dan petunjuk yang mudah.  Sesuai dengan latar belakang kehidupan dari mana mereka datang.  Begitu juga dengan pendidikan yang mereka perolehi.


Mereka tidak disuruh menjadi Islam yang fanatik.  Secara perlahan-lahan dan teratur, datuk menyuruh mereka menjadi seorang Islam yang progresif sesuai dengan perkembangan arus kemajuan ketika itu.  Mereka disuruh melihat dunia luar secara terbuka dan luas.


Mereka disuruh banyak membaca buku-buku pengetahuan yang ada hubungkaitnya dengan ilmu bintang, sains dan kedoktoran, tak kira buku ditulis dalam bahasa apa, pokoknya mereka boleh membaca, asalkan tidak lari dari asas Islam.  Bila perkara yang sama diasak setiap hari oleh datuk, maka cara berfikir mereka mula terbuka.  Mereka benar-benar melupakan dunia hitam yang pernah mereka lalui.




GEMPAR

Pada hari Rabu, kira-kira jam sepuluh pagi, berlaku kegemparan tidak jauh dari kawasan surau.  Seorang lelaki yang sejak dua hari lalu (Isnin dan Selasa) menumpang di surau atas keizinan keluarga Pak Habib melakukan sesuatu yang diluar dugaan.


Keizinan menginap di surau keluarga Pak Habib dibenarkan oleh Pak Habib, kerana lelaki yang berambut panjang, mendakwa dirinya dari Binjai menyatakan dia mahu melakukan amal ibadah di surau tersebut dalam waktu beberapa hari.


Dia juga memberitahu yang dirinya dalam perjalanan ke Padang Panjang untuk menuntut ilmu agama.  Atas alasan itu, permintaannya diperkenankn oleh Pak Habib.


Memang ternyata lelaki berambut panjang itu mengkotakan apa yang dikatanya.  Hasil intipan para tetangga membuktikan yang kebanyakkan masa lelaki berambut panjang itu dihabiskan dengan membaca kitab-kitab yang dibawanya.  Tidak seorang ahli qariah yang tahu jenis kitab yang dibacanya kerana perkara itu amat dirahsiakannya.


“Lelaki itu gila, kita dah silap membenarkan dia tinggal di surau,” kata Tajuddin pada Pak Habib yang datang ke surah setelah diberitahu apa yang terjadi.  Pak Habib datang bersama datuk.


“Apa yang dibuatnya?” Tanya Pak Habib.


“Dia mahu membakar surau dan mahu membunuh siapa saja yang menghalang.  Dia bawa parang panjang,” jelas Tajuddin pada pamannya.


“Sekarang dia berada di mana?” Soal Pak Habib lagi.


“Ada dalam surau.”


“Habis macamana, kamu kata dia mengamuk,” datuk pula menyoal.


“Tadi, semasa Kamarul mahu sembahyang Dhoha di surau dilarangnya.  Dia beritahu Kamarul tak ada sembahyang selepas sembahyang subuh.  Kamarul cuba terangkan kedudukan sebenar.  Dia tak mahu terima.  Kamarul dihalau, dikejarnya dengan parang panjang,” terang Tajuddin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2012 08:21 AM | Show all posts
Post Last Edit by zadzamusa at 6-7-2012 08:23

SIRI 251 REBAH DI PINTU SURAUSaya perhatikan keadaan sekitar. Terasa agak sepi sekali, sekali sekala terdengar suara nyanyian reriang mendakap pohon langsat yang di tingkah suara kicau murai,

Matahari terus menyimbah sinarnya kesetiap dedaun, reranting dan permukaan bumi yang terhampar. Dan dibawah kepak matahari yang kian keras itu, serentak datuk dan Pak Habib menarik nafas panjang.


Kemudian mereka saling berpandangan.


“Kerana kejadian ini dalam kawasan saya, biar saya selesaikan, kalau tak langsai barulah sahabat datang membantu.”



“Kalau itu yang dihajati, silakan,” datuk bersuara sambil senyum.

“Saya pergi,” kata Pak Habib.


“Saya doakan berjaya,” sahut datuk.


Dengan tenang dan bersahaja , Pak Habib memulakan langkah menuju ke pintu surau yang tertutup rapat. Dengan tidak semena-mena, Pak Habib berpatah balik mendapatkan datuk. Hati saya segera berdebar.


“Kenapa?”


Terhambur pertanyaan dari dari kelopak bibir datuk.


“Hati terasa berdebar semacam.”


“Tak mengapa, teruskan. Saya ada.”


Datukmenyimbah semangat untuk Pak Habib danPak Habib berpatah balik menuju kearah pintu sura ang tertutup rapat.
Memang beralasan, Pak Habib merasai kurang enak atau terasa ada sesuatu yang ganjil. Biasanya pintu surau terbuka bagi sesiapa yang datang untuk membaca al-Quran atau membaca kitab. Melakukan apa saja kegiatan   yang ada hubung kaitnya dengan agama.
Buat beberapa ketika, Pak Habib berdiri kakau di depan pintu surau. Sebahagian daripada bangunan surau itu dibina darisimen. Manakal sebahagian lagi dari papan. Pak Habib keberatan untuk mengetuk daun pintu surau. Malah dia tidak terfikir langsung untukmemberikan salam. Fikirannya bercelaru sekali pada saat itu. Sungguh mengejutkan, secara sepontan Pak Habib memusingkan badan, menghadapkan wajahnya ke arah kami sambil melambaikan tangan. Lambaian tangan itu bukan untuk datuk, tidak juga untuk saya. Lambaian tangan itu ,ilik anak saudaranya, Tajuddin yang berdiri dibelakang datuk.


“Dia panhggil kamu, pergi cepat.” Tutur datuk.


Tanpa banyak soal, berlari anak Tajuddin menuju ke arah  PakHabibdan terus berdiri disisi pamannya. Tiada arahan yang dikeluarkan oleh Pak Habib untuk Tajuddin. Dia membiarkan dulu, anak saudaranya memperoleh ketenangan dan keyakinan diri.


“Kamu beri salam.”


Itu arahan Pak Habib untukTajuddin yang dapat ditangkap oleh gegendang telinga saya dan datuk. Tanpa berlengah walau sedetik pun Tajuddin terus memberi salam dengan nada suara yang cukup lantang sekali. Tiada jawapan yang diterima. Salam segera diulangi untuk kali kedua dan ketiga. Hasilnya tetap sama.


Datuk kelihatan resah sekali . Dalam saat begini, dia merasakan tidak wajar berada jauh dari Pak Habib.


“Mari Tamar.”


Bahu kanan saya segera dicuit dan kaki segera melangkah mengikut datuk menuju ke arah Pak Habib dan Tajuddin yang masih tidak bergerak di depan pintu surau.


“Ada masalah besatr ?” Datuk ajukan pertanyaan.


Pak Habib membisu, ajuddin mengigit bibir. Macam ada sesuatu yang difikirkan oleh Pak Habib dan Tajuddin. Datyuk pun segera mengulangi pertanyaan yang sama.


“Sudah diberi salam tiga kali berturut-turut, tak ada jawapan. Peliknya pintu pula dikunci dari dalam,” terdengar suara Pak Habib seperti merungut. Saya hanya mengigit bibir. Turut merasa bimbang denga situasi yang dihadapi.


“Agaknya tak ada orang di dalam,” komen datuk bersahaja.


“Taka mu nkin tak ada orang di dalam, saya tengol sendiri dia masuk ke dalama masjid, selepas dia mengejar Kamarul dengan parang panjang . Agaknya dia dah bunuh diri,” tekanan nada suara Tajuddin keras sekali.


Semua berada di situ saling berpandangan, Kepala masing-masing terus digayuti dengan seribu persoalan.


Matahari terus bersinar garang. Kicau murai sudah lama berhenti, begitu juga dengan nyanyian reriang. Nasib baik kehadiran dan kegemparan yang dibuta oleh lelaki berambut panjang tidak tersebar merata-rata, sekadar berlegar-legar di kawasan rumah dekat suaru sahaja. Dan jumlah orang yang mengetahuinya juga agak terhad.


“Biar saya uruskan,”


Datuk segera melangkah mendekati pintu surau yang bertaut rapat. Salam ytang diberi tidak mendapat jawapan. Langkah kedua yang dilaksanakan oleh datuk ialah menolak daun pintu  dengan ibu jari kiri. Tiga kali tolak, daun pintu tidak berkuak.
“Dikunci dari dalam,” terhambur kata dari datuk.


Pak Habib anggukkan kepala. Setuju dengan pendapat datuk. Saya sudah mula bosan berdiri di muka pintu surau yang bertutup. Panas pagi yang kian menyengat membuat badan berpeluh dan terasa bergetah.


Tajuddin yang saya duga menghadapi rasa bosan seperti saya kelihatan menarik nafas dan menguap panjang. Kelopak matanya mula berair.


Dalam keadaan yang serba tidak menyenangkan itu, terdengar bunyi sesuatu di dalam surau, Saya dan Tajuddin berpandangan. Pak Habib memberi isyarat supaya kami menumpukan perhatian terhadap bunyi tersebut.


Setelah diamat-amati, saya berpendapat dan yakin bahawa bunyi itu adalah bunyi telapak kaki sesaorang sedangberjalan dalam surau. Saya harap pendapat saya itu tidak jauh berbeza dengan pendapat Pak Habib, datuk dan Tajuddin. Tidak lama berselang terdengar suara orang bercakap dalam loghat bahasa yang sukar difahami.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2012 08:28 AM | Show all posts
TINGGI

Cuaca panas yang kian meninggi menundang bintik-bintik peluh di hujung hidung. Suara dari dalam surau bertambah kuat. Kepala terasa sakit mendengar kata-kata yang diluahkan.


“Orang itu membaca mentera bercampur dengan bahasa Arab, Melayu dan Jawa Kuno,” cetus Pak Habib.


Datuk tidak memberikan sebarangf komentar. Cuma kelopak matanya kelihatan mengecil sementara gigi atas dengan gigi bawah tearus bergeseran yang menghaslkan bunyi seperti batru kerikil berlaga sama sendiri. Tajuddin tunduk merenung tanah. Berusaha mencari akal untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi.


“Sahabat fikirlah sendiri, baik buat sahabat baiklah buat saya,” Pak Habib meletakkan keputusan di tangan datuk.
“Baiklah, kalau itu hajatnya,” pendek datuk menjawab.


Pak Habib dan Tajuddin segera membaeri laluan pada datuk. Satu beban besar yang harus dipikul dan diselesaikan oleh datuk. Kalau terlajak langkah buruk padahnya.


Datuk berdiri tenang dipintu. Macam tadi juga datuk terus menghambur salm sebanyak tiga kali, bersama ketukan di pntu bertubi-tubi. Datuk tidak menerima sebarang reaksi dari dalam surau.


Perlahan-lahan datuk toleh ke arag Pak Habib sambil anggukan kepala. Dengan pantas Pak Habib membalas anggukkan datuk itu dengan mengangkat tangan kanan separas dada. Ertinya, Pak Habib merestui dengan apa juga keputusan yang bakal diambil oleh datuk.


Tindakan selanjutnya sungguh melucukan, datuk bertindak macam kanak-kanak main tepuk-tepuk pohon. Datk pula melekapkan telapak tangan kirinya ke atas daun pintu sebelah kanan. Beberapa detik berikutnya daun pintu sebelah kiri terkopak sendiri.
Seorang lelaki, berusia awal tiga puluhan, nerambut panjang berdiri di muka pintu surau dengan sebilah parang panjang di tangan. Hujung parang menikam lantai surau.


“Eh...” kata datuk.


“Eehhh...” jawab lelaki berambut panjang.


Sekujur tubuh datuk ditatap atas bawah. Dia tersengih panjang. Sepasang bibirnya dijuihkan kedepan, macam muncung ikan gelama kehabisan udara. Lelaki itu memperlecehkan datuk.'


“Dummmmm......” Satu kejutan, lelaki itu menghempaskan daun pintu sekuatnya. Tubuhnya hilang dibalik pintu surau. LElaki itu mengulangi ungkapan bahasa yang pelik di dalam surau. Kami bertiga menarik nafas panjang. Kekecewaan terbayang di muka Pak Habib.


“Kurang ajar,” Tajuddin melempiaskan kemarahan.


“Sabar,”   Pak Habib menenangkan perasaan anak saudaranya.


Datuk pun mengeluarkan arahan, minta kami bertenang. Jangan bertindak terburu-buru. Berkeras kalau lelaki itu bertindak luar batas kemanusiaan. Dalam saat beringat dan berjaga-jaga itu, daun pintu surau bergerak perlahan-lahan.


“Shhhhhh.....” datuk mendekatkan hujung jari telunjuk kebibir , kemudian jari telunjuk dihalakan ke arah daun pintu yang bergerak amat peralahan sekali. Andainya tidak diperhatikan dengan teliti, tidak ada sesiapa yang menyangka daun itu bergerak.


“Lihat....” Bisik datuk.


Serentak kami mengangguk.


“Paaannngggg....” daun pintu terhempas ke jenang. Lelaki berambut panjang berdiri di depan kami, keadaannya sudah jauh berbeza dari tadi. Kalau tadi dia mengenakan pakaian hulubalang, kini keadaan menjadi sebaliknya. Tengkolok ditukar dengan kopiah putih, berlilit kain serban.


Seluar dan baju hulubalang perang, digantikan dengan seluar dan baju labuh, macam pakaian orang Afghanistan lalu dibalut dengan jubah hitam. Ada mata rantai tasbih tersangkut dihujung jari. Wajahnya agak ceria dan memperlihatkan sikap persahabatan. Langkah teratur penuh kesopanan. Pendek kata, wajah amat  jauh berbeza dari watak sebelumnya.


“Lakonannya sungguh hebat,” bisik hati saya.


“Cepatnya berubah,” bisik Tajuddin pada saya.


“Diam jangan banyak cakap, tengok dan lihat apa yang mahu dibuatnya.”


Kata-kata itu datuk arahkan untuk Tajuddin dan saya yang suka memberi komen. Ada kalanya, komen yang dikeluarkan tidak kena pada tempat dan waktunya.


“Kamu bertga datang nak jumpa aku, mahu belajar dari aku. Memangbagus kalau itu hajat hati kamu semua. Aku tengok banyak perkara tidak betul jadi amalan disini.”


Tiba-tiba sahaja lelaki itu bersuara dengan wajah yang serius. Hujung jubahnya digerakkan ke kiri dan ke kanan. Tasbih dihujung jari, turun naik mengikut ferak jarinya.


“Banyak membuat amalan yang  tidak betul,” tambahnya.


Muka datuk dan Pak Habib direnung agak lama. Anak matanya bergerak menalanjangi wajah Tajuddin.


“Kamu orang baik kerana membenarkan akududuk disini, tetapi amalan kamu jadi rosak kerana bersubahat dengan orang yang melakukan perbuatan salah,” lelaki itu berhenti bercakap. Anak matanya masih terdampar kewjah Tajuddin.


Datk dan Pak Habib terus membatu, tidak mahu campur dalam urusan tersebut. Tajuddin merasi dirinya kesaorangan. Saya pula tidak mahu menentang biji mata lelaki itu yang say akira ada kuasa untuk melemahkan semangat sesaorang.


“Maafkan aku kerana menghalau orangdengan parang, kamu mahu tahu sebabnya; lelaki itu menyoal Tajuddin. Kerana terdesak dan tidak tahu berbuat apa-apa, Tajuddin terus anggukkan kepala.


“Sebabnya, dia sembahyang lepas waktu subuh, lepas subuh tak ada sembahyang lagi,” kata lelaki itu riang. Cara dia memberi penjelasan kelihatan bergaya sekali. Macam seorang guru agama menerangkan sesuatu pada anak muridnya.


Datk dan Pak Habib terkejut. Dan mula dapat mengesan sesuatu yang kurang dalam diri lelai tersebut.


Tajuddin yang tadi merasa cemas dan tidak tentu arah, bagaikan mendapat semangat baru mendengar perkataan “SESAT”. Tajuddin mengambil keputusan untuk memberkan penjelasan sebenara tentang sembahyang duhar yang mahu dilakukan oleh Kamarul yang diburunya tadi.


MULUT

Ketika Tajuddin mahu membuka mulut, Pak Habib bertindak pantas menahan Tajuddin bercakap. Biarkan dia bercakap, dari situ dapat kita sukat ilmu yang ada dalam dadanya, Dapat kita nilai dirinya dari golongan mana. Itulah yang dibisikkan oleh Pak Habib ke telinga anak saudaranya. Nasihat itu diterima oleh Tajuddin.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.075052 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list