View: 9983|Reply: 32
|
Perihal Melayu: Adat Berhantu - Sir Frank Swettenham (1850 - 1946)
[Copy link]
|
|
Baru2 ini saya membaca sebuah buku karangan Sir Frank Swettenham terjemahan oleh Zubaidah Ibrahim. Tajuk asal ialah Malay Sketches yang mula diterbitkan pada tahun 1884. Pada amnya, kisah2 yang disampaikan menurut pemerhatian Frank Swetteham ini dapat memberi gambaran tentang pemikiran, pandangan dan perasaan orang melayu pada zaman itu.
Kesemuanya ada 22 kisah yang termuat dalam buku tersebut. Insyaallah, saya akan memetik beberapa perenggan yang menarik daripada kisah2 yang terdapat dalam buku tersebut sebagai perkongsian ilmiah.
Untuk ruangan Misteri, Paranormal & Sakti saya memilih kisah Adat Berhantu. Walaupun ianya ada nilai untuk board LMS, saya memilih untuk menyimpannya di board MPS bagi berkongsi kaedah perubatan mistik orang melayu dulu2.
Untuk makluman kepada yang tidak mengenali siapa Sir Frank Swettenham, nama penuh beliau ialah Frank Athelstane Swettenham dilahirkan pada 28 March 1850 di Belper, Debyshire. Beliau tiba di Singapura pda tahun 1871 sebagai Kadet bagi Jajahan Negeri-Negeri Selat dan mempelajari bahasa melayu dengan seorang Munshi bernama Mohammad Said.
Beliau tidak asing dalam sejarah Tanah Melayu kerana merupakan Residen British yang pertama di negeri Selangor dalam tahun 1882. Dalam tahun 1896, beliau dilantik menjadi Resident General yagn pertama sehingga 1901 bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
Beliau bertanggungjawab memulakan pengangkutan kereta api. Pada tahun yang sama beliau memulakan pembinaan Carcosa Seri Negara sebagai tempat kediaman rasminya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ADAT BERHANTU
Sebaik sahaja lepas tengah malam seorang lelaki datang dengan rupa ketakutan mengatakan yang sultan sedang nazak. Saya pun bergegas turun dengan menggunakan perahu saya menyeberang sungai dan berjalan dengan tersangkut-sangkut,
sampailah saya ke rumah baginda. |
|
|
|
|
|
|
|
Cahaya yang tidak begitu terang dari beberapa buah lampu dan beberapa batang lilin dapat menunjukkan yang kedua-dua bahagian tengah dan ruang anjung tersebut penuh dengan pelawat duduk di atas tikar. Agaknya terdapat antara seratus atau dua ratus orang yagn datang, dan saya lihat jumlah yang sama antara lelaki dan perempuan, dan semua Penghulu ada di situ. Tabir yang biasanya membahagikan bilik itu diangkat, tetapi pada satu sudut kelihatan sebuah katil, dilindung dengan tabir yang bercorak tampal, dan di situ saya rasa baginda terbaring. |
|
|
|
|
|
|
|
Jelas dari persediaan yang dibuat bahawa, disebabkan pengubatan yang diberi oleh tabib tempatan nampaknya tidak berkesan, maka cara sihir akan dicuba dan satu persembahan akan dilakukan dinamakan Adat Berhantu. Pada saya itu padan benar dengan tunggul merah dan jembalang banshee yang dikatakan tadi dan bolehlah dikatakan saya agak bersedia untuk melihat bagaimana Syaitan diseru atau apa-apa pun kejadian ganjil yang akan menjelma nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin patut saya katakan di sini bahawa Adat Berhantu ini maknanya menyeru syaitan, atau melakukan sesuatu yang boleh dikatakan serupa dengan perayaan ahli-ahli sihir di Bricken seperti yang dapat dibenarkan oleh adat Melayu dan keadaan persekitaran. Pengubatan cara ini biasa dibuat di negeri Perak apabila semua ubatan lain gagal menyembuhkan. Bila sahabat handai si sakit telah membuat keputusan bahawa masanya sudah sampai untuk Adat Berhantu ini, tiada apa yang dapat menahan mereka dari melakukannya, dan jika si sakit itu meninggal semasa persembahan itu, maka puas juga hati kerana semua yang perlu dilakukan telah pun dilakukan mengikut mana yang terdaya, dan selepas itu terserhalah pada Tuhan. La-ilahail-ALLah, Muhammad Rasul-Allah - "Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Muhammad pesuruh-Nya" |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pengakuan soleh ini walau bagaimanapun tidak ada kena-mengena dengan adat berhantu, mengucap dua kalimah syahadat ini dibuat kemudian bila maut nampaknya memang telah dekat benar dengan si sakit barulah shabat handainya berhenti meminta tolong dari Syaitan, lalu menyerahkan roh orang yang nazak itu kepada Tuhan. Adat Berhantu ini pastinya saki-baki dari zaman gelap sebelum Islam, dan alim ulama membencinya, atau mengatakan demikian, tetapi mereka terpaksa berhati-hati, kerana sebilangan kalangan atasan pun mengamalkan ilmu hitam. |
|
|
|
|
|
|
|
Berbalik kepada rumah sultan tadi, di tengah-tengah lantai di situ dibentangkan sebuah puadal, tikar kecil dan memanjang, di hujungnya duduk seorang wanita pertengahan umur yang berpakaian seperti lelaki dengan baju lengan pendek, seluar, sarung, dan selendang diikat ketat di pinggangnya. Di hujung satu lagi terdapat sebuah lilin bedar yang baru dinyalakan. Antara wanita dan lilin itu terdapat beberapa bekas mengandungi beras kunyit, bertih dan air mawar. Seorang pemantu duduk hampir dengannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita yang berpakaian lelaki itu ialah pawang, penyeru roh, seperti ahli sihir, bukanlah ahli sihir Endor, tetapi seorang yang sangat terkenal di negaranya dan di kalangan penduduk di situ. Dalam kehidupan biasa dia sebenarnya seorang wanita yang kelakar bernama Raja Ngah, kerabat diRaja sebelah perempuan dan keluarganya mahir tentang segala yang berkenaan dengan perkara ghaib. Di suatu sudut bilik itu ada lima atau enam orang gadis memegang gendang asli, suatu alat bunyian yang terdiri dari sekeping kulit yang direntangkan di sebelah sahaja dan alat ini biasanya dipukul dengan jari. Ketua kumpulan ini anak perempuan Raja Ngah sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekejap selepas saya duduk, upacara bermula dengan Pawang menutup kepada dan mukanya dengan satu kain sutera, sementara kumpulang bunyi-bunyian tadi mula menyanyi satu lagu dengan irama yang ganjil dalam bahasa yang tidak diketahui. Saya diberitahu bahasa itu bahasa pemujaan, lepas menyatakan puji-pujian, menyerunya supaya turun dari gunung atau keluar dari laut, dari bawah tanah atau atas angin dan meringakan kesakitan Raja. |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara nyanyian tersebut berterusan, diiringi dengan pukulan gendang, pawang tadi duduk berselubung kepalanya di hadapan sebuah dian yang bernyala, tangan kanannya di dada sebelah kiri memegang sehelai daun yang dipanggil daun sambau, diikat ketat dan dikerat bahagian atas dan bawahnya.
Cadak ini digoncangnya, malah seluruh badanya bergoncang dengan mengejunkan otot-ototnya, sementara itu semua padangan tertumpu kepada dian tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Mula-mula apinya menyala dengan baik, tapi lama-kelamaan, sementara mereka yang menyanyi menjerit semakin kuat hendak menarik perhatian semangat yang agak lambat bergeraknya, sumbu pelita itu mula bergetar dan nyala apinya sesekali menjadi besar, maka jelas pada mereka yang percaya bahawa Jin yang berkenaan sedang menunjukkan dirinya melalui dian itu. Entah bagaimana Pawang yang sepatutnya masa itu sudah tidak sedarkan diri, sedar pula tentang hal ini, lalu dengan pelita itu, menaburkan lantai di sekelilingnya dengan beras kunyit dan air mawar; kemudian bangun lalu diikuti oleh pengikut-pengikutnya, dia melakukan upacara yang sama kepada setiap saudara mara lelaki keluarga yang ada di situ, tidak henti-henti berkumat-kamit sesuatu yang ditujukan kepada semangat tersebut. Lepas ini selesai dilakukan dia pun duduk di tempatnya di atas tikar dan selepas seketika, mereka yang menyanyi tadi memulakan lagu lain pula, memuji-muji satu jin lain, memanggilnya pula untuk datang dan meringkankan sengsara Raja.
Saya telah pastikan bahawa setiap negeri ada semangat sendiri, setiap daerah pun ada peruntukannya, kemudian ada pula selebihnya untuk orang-orang perseorangan.
Dalam negeri ini, terdapat empat jin yang utama mereka adalah Jin Kerajaan, juga dikenali sebagai Junjung Dunia Udara; Maya Udara, Mahkota si Raja Jin dan Sutan Ali. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Keempat-empat ini dikenali sebagai Jin Arwah, dan Jin ini pengawal sultan dan negeri. Sebagaimana sebiji bintang bersinar lebih dari yang lain, begitulah satu Jin melebihi yang lain, dan saya telah menamakan mereka menurut darjat keagungannya. Untuk menghormatkan mereka, empat payung putih dan merah digantung dibilik itu, mungkin sekali untuk kegunaan mereka sebaik sampai dari rumah mereka yang amat jauh itu. Hanya Sultan dan negeri sahaja yang layak berhubung dengan semangat yagn ternama ini; bila dipanggil mereka enggan bergerak melainkan dirayu dengan serapah khas untuk mereka, diringi dengan bunyi-bunyian, dan dinyanyikan oleh sekurang-kurangnya empat penyanyi diketuai oleh Biduan diRaja.
Jin Kerajaan mesti disertakan dengan gendang diRaja, dimainkan oleh pemukul gendang negeri, jika kehadirannya dikehendaki, tetapi tiga jin yang jin yang lain itu memadai dengan alat yang saya sebut pada awal tadi.
Ada juga hantu biasa yang menjaga orang-orang biasa: seperti Hantu Songkai, Hantu Melayu, dan Hantu Belian; yang akhir ini sebenarnya 'Hantu Harimau' tetapi supaya lebih hormat ia digelar Hantu Belian supaya tidak menyinggung perasaannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemudian terdapat pula Kemala Ajaib, Israng penjaga khas Raja Ngah, dan berbagai-bagai hantu lain. Kebanyakkan hantu mempunyai pawang sendiri, ramai antara pawang ini yang nmelakukan upacara sama dalam rumah bersebelahan, supaya Raja yang gering itu mendapat kebaikan daripada pelbagai Pawang pada masa yang sama. Dalam keadaan demikian rupa, satu lepas satu pelbagai hantu tiba dan menandakan ketibaan mereka dengan gerakan nyalaan api pelita, tidak dapat dielakkan perasaan bahawa kita berada di kalangan mereka yang terbaik sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu suatu tempat duduk bersegi enam belas kira-kira enam inci tingginya diletakkan atas lantai dekat dengan tikar pawang. Tempat duduk itu dihiasi dengan kain kuning ditengah-tengahnya lilin yang amat besar, di kelilinginya nasi berhias dan juadah yang menjadi kesukaan Jin. Di atas tempat ini cukup-cukup ruang untuk duduk, dan digelar Petrana Pancalogam, dan dengan dipapah oleh beberapa ramai pembantu, Sultan dibawa dan didudukkan ke atasnya. Sehelai kain diletakkan di atas kepalanya, pelbagai bekas diletakkan di tangannya, beliau menaburkan beras di sekeliling api, merenjiskan air mawar, dan setelah menerima daun cadak yang amat besar di tangannya beliau dengan tenang menunggu ketibaan Jin Kerajaan, sementara mereka yang menanyi tadi terus berteriak-teriakan dengan sekuat hati mereka.
Sultan duduk di situ beberapa lama, kadang-kadang kelihatan menggigil, selepas api yang ini menjulang seperti yang sepatutnya, segala serapa dibacakan, baginda oun dibawa balik ke tempat pembaringannya, dan Pawang meneruskan pemujaannya berseorangan.
Sewaktu berjalan di tengah bilik, Pawang itu tiba-tiba seolah-olah kena tembak, lalu dijelaskan kepada saya bahawa Israng, semangat yang masuk ke badannya telah ternampak tudung-pinggan, ini sungguh menakutkannya sehingga menyebabkan Pawang itu rebah. Punca berkenaan lalu dialihkan, dan keadaan pulih seperti sebelumnya.
Ada juga hantu lain yang pantang mendengar salakan anjing, atau bunyi kucing, dan sebagainya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik sahaja sebelum subuh, berlakulah hingar di sebalik tabir yang melindungi tempat pembaringan Sultan; tabir tersebut diselak, maka kelihatan Sultan seperti dalam keadaan pengsan. Jin Kerajaan telah masuk ke jasadnya dan dengan itu akal fikiran tidak lagi dapat dikawalnya.
Untuk beberapa ketika, berlaku kekecohan, kemudian Sultan sedar semula dan dibawa orang ke beranda di tepi rumah dan disiram dengan air.
Maka di sini berahirlah upacara memanggil semangat.
Sebentar selepas itu, Baginda Raja, berpakaian dan perfikiran waras, menghantar berita bahawa baginda ingin bercakap dengan saya. Baginda mengatakan yang baginda menyertai istiadat ini untuk menyukakan rakyat baginda disebabkan ianya satu adat turun temurun, dan ditambahnya, "Beta tidak tahu yang Tuan ada di situ sehingga sekejap tadi; beta tidak nampak sebab beta tidak sedar dan tidak tahu apa yuang berlaku,".
Raja tersebut tidak mangkat akhirnya - malah baginda memanggil saya dua kali lagi kerana baginda dijangka tidak akan hidup sehingga pagi, tetapi baginda dapat mengelak dari maut - untuk sementera waktu.
- TAMAT - |
|
|
|
|
|
|
|
lagi? tak habis lagi kan? |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
nk tau nama raja tu bule tak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Perihal Melayu: Adat Berhantu - Sir Frank Swettenham (1850 - 1946)
Cerita terbaik.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus Topik TT ni...sila2 lah berkongsi ilmu pngetahuan.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|