Mengapa lelaki mesti EGO sebenarnya??? Adakah kerana untuk menunjukkan mereka sangat bagus, boleh diharapkan, boleh dijadikan tempat sandaran dan sebagainya? Tapi, kadang kadang kalau sekadar nak menunjuk nunjuk depan orang tapi kat belakang sebaliknya, baik tak payah, kan???
Nanti ada yang kata, eleh…perempuan pun berlambakkkk yang ego… Ya, memang betul tu, saya setuju. Tapi, seEGO ego orang perempuan ni masih ada lembut nya. Masih boleh bertolak ansur. Semuanya kerana masih ada sayang di hati. Orang lelaki memang takkan fikirkan semua ni. Ego dia tu akan merosakkan hubungan, bukan ada faedah pun…
Saya faham jika ada yang katakan bahawa memang sifat lelaki itu EGO sejak azali kerana mereka memang ditakdirkan menjadi pemimpin untuk wanita. Lelaki juga dikurniakan akal untuk berfikir sejauh 10 langkah ke depan jika nak dibandingkan wanita. Tapi, bila EGO diletakkan di depan, 10 langkah tadi seumpama 10 langkah di belakang wanita, tahu???
Ada juga segelintir lelaki yang sangat susah nak menutur MAAF. Kenapa?? Kita diasuh sejak kecil, bila buat salah, harus meminta maaf. Tak kiralah pada siapa pun, bukan?? Atau kerana EGO yang tinggi dan tak sanggup nak mengaku salah, jadi MAAF itu payah??? Saya tak faham… |