View: 14137|Reply: 19
|
Kecelakaan aka kemalangan jalan raya
[Copy link]
|
|
“Sesungguhnya sabarterbagi tiga; sabar dalam berbuat taat, sabar dalam menahan diri dari maksiatdan sabar tatkala menerima takdir Allah yang terasa menyakitkan.” Itulah nukilan dan mutiara kata yangdiluahkan para ulama’ terbilang.
Berikut kenyataan dari Pusat Maklumat Rakyat :
Kemalangan dankematian di jalan raya sudah menjadi masalah negara yang menghantui kita setiaphari. Kemalangan jalan raya banyak berlaku pada musim perayaan khususnya bukansahaja membawa kerugian kepada keluarga mangsa, tetapi kerugian modal insanyang besar kepada negara Setiap nyawa yang hilang akibat kemalangan jalan rayamerupakan kerugian kepada negara kerana banyak wang dan perbelanjaan telahdikeluarkan ke atas mereka bagi tujuan persekolahan, peperiksaan, serta latihanpekerjaan dan akhirnya tidak dapat memberi sumbangan kepada negara akibatterlibat dalam kemalangan.
Sebenarnya pelbagaiprogram telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam usaha untuk mengurangkankadar kemalangan jalan raya khususnya pada musim perayaan. Ops Pacak, OpsSikap, Ops Statik, penggunaan helikopter untuk memantau pergerakan kenderaan,pengedaran poster, kempen kesedaran serta penguatkuasaan dilakukan dan merupakan metodologi yang digunakan oleh pihak kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa selamat ketika beradadi jalan raya. Ops Sikap yang telah diadakan sejak beberapa tahun kebelakanganini adalah lebih bertumpu kepada sikap pengguna jalan raya yang menjadi faktorkemalangan dan peningkatan kadar kematian di jalan raya terutamanya pada musimperayaan. Namun, apa yang dilihat masih banyak jumlah kemalangan dicatatkan dannahas jalan raya kini menjadi ancaman nombor satu di Malaysia yang semakinkritikal lebih-lebih lagi dengan penambahan jumlah kenderaan setiap tahun.Angka kematian bukan sahaja tidak pernah menurun malah pemandu-pemandu semakinrakus menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba, selain mengambilkesempatan menguji kemampuan kenderaan masing-masing memecut.
Usahauntuk menjadikan kemalangan jalan raya sifar bukanlah impian pihak kerajaan semata-mata tetapi setiap rakyat negaraini juga perlu menunjukkan usaha untuk mengurangkan berlakunya kemalangandisebabkan kecuaian. Memang Ops Sikap itu membantu kerana tanpa Ops Sikap, kitatidak dapat bayangkan betapa banyak lagi yang akan mati di atas jalan raya.Persoalannya takkan sehingga kita terpaksa mengharapkan Ops Sikap sepanjangtahun, tetapi pemandu itu sendiri tidak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mahu mengubah sikap mereka sendiri. Slogan "Anda Mampu Mengubahnya" memang tepat sebagai peringatan kepada semua pengguna jalan raya.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, situasi itu cukup sedih dan mengecewakan. Keadaan ini kerana setiap tahun kerajaan telah membelanjakan RM9 bilion untuk pelbagai kempen keselamatan. Kerugian yang dialami akibat kemalangan amat tinggi sekali. Kita dapati tiap-tiap tahun kerugian sampai RM9 billion meliputi kes insurans, kehilangan harta benda, dan lebih penting kehilangan kebolehan untuk cari pendapatan di masa hadapan. Peringatan "Berhati-hati di Jalan Raya", "Patuhi Had Laju", "Kelajuan Membunuh", dan slogan "Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat" serta "Anda Mampu Mengubahnya" menyegarkan kembali ingatan pengguna jalan raya agar berhati-hati semasa berada di atas jalan raya. Namun realitinya, pengguna jalan raya di Malaysia masih lagi cuai, lalai dan lupa walau diberikan dengan pelbagai peringatan serta slogan di sepanjang jalan raya.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 31 Ogos yang lalu turut melahirkan rasa sedih dengan peningkatan jumlah kemalangan di jalan raya pada musim perayaan ini. Peningkatan yang berlaku terutama sekali di jalan negeri dan bandaran tidak sepatutnya berlaku kerana pelbagai kempen diadakan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai, sehingga Jabatan Keselamatan Jalan Raya ditubuhkan bagi menangani perkara itu. Jumlah kes kemalangan jalan raya terutamanya yang melibatkan motosikal membimbangkan kerajaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan akan terus meneliti langkah terbaik bagi mengurangkan kadar kemalangan di negara ini dan meskipun langkah memperketatkan peraturan mungkin menerima bantahan banyak pihak. Pengguna jalan raya, kata beliau boleh menyalahkan jalan yang berlubang atau sempit sebagai punca kemalangan namun ia boleh dielakkan jika mereka berhati-hati dan tidak memandu laju. Justeru, Muhyiddin menasihati pengguna jalan raya agar lebih bertanggungjawab, menghargai nyawa, menghormati satu sama lain dan ingat kepada orang yang disayangi ketika memandu
Pendidikan Keselamatan jalan raya (PPK1R) dapat membantu memberi kesedaran dan panda arah menjadi pemandu yang berhemah di peringkat yang lebih awal lagi berkesan mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Berdasarkan itu, cawangan trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanjangkan idea pembinaannya yang dicetuskan Perdana Menteri dan diluluskan Kabinet ke jalan Persekutuan berdasarkan statistik kadar kemalangan yang agak tinggi di situ. Tidak dinafikan bahawa setiap kali Ops Sikap diadakan, tumpuan yang lebih diberikan kepada penunggang dan pembonceng motosikal kerana peratus kemalanganya sangat tinggi, iaitu sebanyak 60 peratus daripada keseluruhan jumlah kes kemalangan yang direkodkan. Lantaran itu, pihak kerajaan akan membina lorong khas motosikal dijalan-jalan Persekutuan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang banyak melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perangkaan nahas jalan raya pada tahun lepas menunjukkan sebanyak 3,693 penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia dengan jumlah kes kematian paling tinggi berlaku di jalan-jalan Persekutuan, iaitu sebanyak 1,316 kes. Kerajaan yakin dengan adanya lorong khas itu dapat mengurangkan kadar nahas di negara ini khususnya kes-kes kemalangan maut. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kemalangan terus meningkat setiap tahun dan pada musim perayaan tahun ini sahaja mencatatkan jumlah kemalangan adalah sebanyak 1609 kes kemalangan dan merupakan jumlah kemalangan yang paling tinggi dicatatkan sejak beberapa tahun yang lalu. Manakala keseluruhan jumlah kemalangan menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kemalangan terus meningkat. Pada 2010 sebanyak 414,421 kemalangan direkodkan berbanding 397,330 kemalangan pada 2009.
elain usaha yang dilakukan pihak kerajaan mengekang kemalangan jalan raya, langkah yang paling tepat untuk dilaksanakan ialah melalui pendidikan mengenai kesedaran keselamatan. Kempen atau ops yang dilancarkan setakat ini bukan tidak berkesan tetapi, pemandu di Malaysia ini perlu diberikan pendidikan mengenai sikap dan tanggungjawab semasa memandu di jalan raya. Melalui pendidikan ini, sikap pemandu di Malaysia ini akan dapat untuk diterapkan dengan nilai-nilai baik seperti menghormati pemandu lain dan bersikap sabar semasa memandu. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) yang telah diperkenalkan di 7,601 sekolah rendah terpilih akan dapat membantu memberi kesedaran dan pandu arah untuk menjadi pemandu yang berhemah di peringkat yang lebih awal lagi. Begitu juga dengan terlaksananya program keselamatan jalan raya melalui komuniti yang membabitkan majikan, pemimpin, ahli politik, ketua agama, pendidik, badan profesional, sukarelawan dan belia juga diharapkan akan menjadi pemangkin bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan dan seluruh warganegara.
Keselamatan kereta juga merupakan salah satu faktor yang turut menyumbang kepada berlakunya kemalangan. Justeru itu, setiap pemandu harus mengetahui serba sedikit mengenai komponen alat ganti kenderaan. Keadaan ini penting supaya mereka tidak menjadi mangsa penipuan terhadap barangan tiruan yang digunakan dalam penggantian spare part kenderaan mereka. Selain itu, penyelenggaraan juga perlu di lakukan mengikut piawaian dan jangka masa yang telah ditetapkan supaya kenderaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik untuk pemanduan yang lancar dan selamat ke destinasi.
Analisis dalam beberapa Ops Sikap sebelum ini mendapati, sikap pemandu yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak mempedulikan kenderaan lain menjadi punca berlakunya peningkatan kemalangan. Dengan kata lain, pemandu secara umumnya hanya mematuhi peraturan atau bersikap hipokrit apabila melihat polis dan bukan kerana sikap untuk keselamatan jalan raya. Peraturan jalan raya sepatutnya dipatuhi atas dasar sedar tentang kebaikannya dan bukan takut untuk di saman pihak berkuasa. Sebenarnya, kesediaan untuk mematuhi peraturan dan arahan tidak memerlukan kita berpendidikan tinggi dan tidak pula perlu menjatuhkan apa-apa juga nilai baik yang ada dalam diri kita. Kempen Keselamatan Jalan Raya bukanlah untuk menyusahkan, tetapi memberi kebaikan kepada pengguna. Segala peraturan jalan raya, serta papan-papan tanda amaran adalah sebagai panduan bagi memelihara keselamatan jalan raya untuk semua pengguna jalan raya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Antara punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya adalah kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan.
Selain itu punca lain adalah kenderaan yang kurang sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan, kita seharusnya memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan keadaan ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kereta sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar di permukaan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Antara langkah lain yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya telah dilakukan oleh PDRM iaitu meminta supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghidupkan kembali kaedah pemberian mata "demerit" kepada pesalah jalan raya bagi membendung jumlah kemalangan maut yang semakin serius sehingga mencecah 6,000 kematian setiap tahun dan mengakibatkan negara kerugian kira-kira RM9 bilion setiap tahun. Sistem pemberian mata demerit bagi setiap kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh pemandu dilihat terbukti mampu mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya. Melalui kaedah yang diperkenalkan di bawah Sistem Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) pada 1997 itu, rekod pesalah diwujudkan melalui notis saman berkaitan dengan kesalahan terjadual dan mata 'demerit' akan dikira. Selagi JPJ tidak menghidupkan semula sistem itu, pihaknya tidak dapat menguatkuasakan penggunaan kaedah berkenaan yang dilihat sebagai kaedah terbaik menangani masalah peningkatan kemalangan jalan raya. Menurutnya di Paris, jumlah kematian akibat kemalangan hanya 50 orang setahun dan hal ini amat memeranjatkan, serta terbukti sistem demerit berkesan dalam mengurangkan jumlah kemalanganjalanrayapadamusim perayaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pemasangan Kamera Sistem Penguatkuasaan Autotmatik (AES) yang antaranya berfungsi sebagai perangkap had laju dan merakam pelbagai kesalahan trafik akan dipasang di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan dan sekitar Kuala Lumpur, serta Shah Alam. Pemasangan kamera itu yang akan dilaksanakan dalam tiga fasa sehingga 2010. Di bawah fasa pertama dan kedua, Unit Kamera Pengawasan Bergerak telah diwujudkan untuk memantau pemandu dan pengguna jalan raya yang memandu dengan laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. Di bawah fasa ketiga, kamera pengawasan akan mengawasi aspek kesalahan lalu limas yang lain seperti memotong di garisan berkembar dan menggunakan lorong kecemasan. Pemasangan sistem yang dilaksanakan oleh JPJ itu bertujuan memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas dan sebagai bukti pendakwaan. Melalui AES, kamera mengawasi setiap pergerakan kenderaan dan mencatat kelajuan dan maklumat itu dihubungkan ke pusat kawalan untuk mengenal pasti kenderaan yang melakukan kesalahan lain lintas. Anggota JPJ yang bertugas di pusat kawalan itu nanti akan memproses gambar yang diterima itu bagi mengenal pasti identiti dan alamat pemandu. Sistem itu terbukti berkesan dalam mendisiplinkan pemandu dan pengguna jalan raya, sekali gus mengurangkan kemalangan jalan raya Negara-negara seperti Australia, Amerika Syarikat, Eropah, China, dan Korea Selatan telah lama menggunakan Sistem ini dalam usaha mendisiplinkan pemandu dan pengguna.
Selain itu, pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam, justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Selepas disemak, dan didapati mereka telah melanggar had kelajuan yang dibenarkan, pihak polis trafik akan menghantar surat saman kepada pemiliknya. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Secara konklusinya, pihak polis atau penguat kuasa telah berusaha sedaya-upaya untuk mengekang kemalangan daripada terus bertambah. Namun, soal keselamatan di jalan raya adalah menjadi tanggungjawab setiap individu sebagai pengguna jalan raya dan bukannya tanggungjawab pihak berkuasa atau kerajaan semata-mata. Pengguna perlu menganggap sasaran menurunkan statistik kemalangan jalan raya ke peringkat sifar merupakan satu tuntutan sosial. Usaha mensifarkan nahas jalan raya tidak kira sama ada sempena perayaan mahupun di luar musim perayaan bukanlah suatu perkara yang mustahil. Oleh demikian, setiap pengguna jalan raya haruslah mempunyai komitmen yang tinggi semasa menggunakan jalan raya supaya menjaga sikap dan tanggungjawab untuk pemanduan yang berhemah dan menjamin keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.
Itulah panjang lebar yang aku copy dari http://pmr.penerangan.gov.my
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Akhbar melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar melancarkan Ops Selamat,menggantikan Ops Sikap.
Walaupun pelbagai usaha dilakukan pihak PDRM,JPJ dan sebagainya untuk mengurangkan kemalangan,namun jumlah kemalangan bukan sahaja kurang,malah menambah-nambah.Ia menunjukkan bahawa rakyat Malasyia suka mati di jalan raya!
Bila aku membaca kajian punca kemalangan,kadangkala aku hairan. Aku hairan kerana ada punca kemalangan adalah takdir.Ia dikatakan punca setelah siasatan dijalankan setelah kemalangan berlaku dan tiada apa-apa masalah kepada kenderaan,masalah jalan,masalah pemandu dan sebagainya.jadi dalam kertas siasatan polis ,ia ditulis :
Punca kemalangan : Takdir
Manusia dalam dunia kini 7 bilion.Bayangkan jika tiada manusia mati sejak Nabi Adam as.mungkin penduduk dunia sekarang sudah 1 trilion….Manusia mati dan mati setiap hari ,begitu juga yang lahir dan lahir…
Kita kembali kepada punca kemalangan jalan raya.
1.Pemanduan laju.
Kelajuan memang berbahaya.Kelajuan boleh menyebabkan kemalangan denagn mudah.Pelumba F1 terkenal pun mati,itulah hebatnya kelajuan.
2.Memotong garisan berkembar.
Walaupun memotong garisan berkembar berbahaya,namun ramai pemandu mahu mencuba nasib.Walaupun denda maksimum RM300,ia tidak pernah dipeduli.
3.Keadaan kenderaan.
Ramai pemilik kenderaan tidak peka dengan keadaan tayar,brek dan sebagainya.Tayar botak mudah menyebabkan kereta terbabas bila hujan.Begitu juga brek yang haus.Memang berbahaya memandu jika kenderaan tidak diselenggara dengan baik.
4.Keadaan pemandu.
Memandu secara berbahaya,mengantuk,suka melanggar lampu merah dan pelbagai sikap yang boleh melahirkan kemalangan.
5. Haiwan di jalanan.
Biasa kita dengar kenderaan melanggar lembu atau kerbau,anjing dan sebagainya.Jika kereta atau lori,mungkin mengakibatkan kemalangan keciul,namun penunggang motosikal sering terbabas dan mati di tempat kejadian.
7.Kenderaan kecil.
Motor yang paling banyak terlibat dalam kemalangan kerana ia mudah jatuh,terbabas,dihimpit kenderaan besar dan sebagainya.
8.Fatamorgana.
Ini memang pelik.Kadangkala pemandu melihat seakan kenderaan bertentangan lambat di hadapan,lantas memotong ,akhirnya berlaku kemalangan.Ada juga seakan jalan lurus,hakikatnya ia selekoh tajam.
Fatamorgana adalah antara kejadian pelik hingga menyebabkan kemalangan disitilah kemalangan takdir.
9.Menunjukkan kehebatan.
Ramai penunggang motosikal suka menunjukkan kehebatan seeprti memotong sebelah kiri.Ada juga memotong kiri,kemudian kanan.Ia mudah menyebabkan kemalangan.
10.Terbabas.
Kenderaan kecil seperti motor mudah terbabas terutama ketika di lebuh raya.Kelajuan kenderaan besar seperti bas dan lori akan menyebabkan motor terbabas kerana libasan angin .
11.Gangguan.
Kenderaan masa kini ada GPS,LCD,Internet dan sebagainya.Telefon bimbit juga gangguan.Apabila pemandu dilekakan dengan pelbagai fasiliti etrsebut,ia mengganggu tumpuan pemanduan.Ini juga boleh menyebabkan kemalangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Antara panduan yang diharap dapat membantu pembaca menjadi pemandu berhemah.
- Sentiasa memakai tali pinggang keledar ketika memandu dan tegaskan penggunaannya kepada penumpang.
- Jangan memandu melebihi had laju. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.
- Sentiasa kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kereta di hadapan. Jika memandu ketika hujan lebat, kekalkan lebih jarak antara kereta dengan kereta di hadapan atau belakang.
- Ketika memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalan raya yang lain untuk memastikan keselamatan anda.
- Jangan pandang secara tepat lampu kereta dari arah depan atau bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke bahagian kanan dan menjadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.
- Sentiasa peka dan berhati-hati jika sebuah kereta membelok dengan tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau lubang besar di jalan raya atau mengelakkan kon pembahagi jalan atau kereta rosak.
- Memandu dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat sangat sukar. Tayar kereta mungkin hilang kuasa tarikan pada permukaan jalan basah. Pandulah kereta dengan perlahan jika jalan dipenuhi air.
- Ketika memandu di lebuh raya, sentiasa berjaga-jaga kerana pemandu lain mungkin mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.
- Jangan biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia menyebabkan keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran ketika menggunakan jalanraya.
- Elak memandu jika letih. Jika penat, berhenti dan keluar dari kereta seketika dan lakukan senaman ringan menyegarkan badan atau berhenti menikmati secawan kopi yang pastinya membuatkan diri lebih segar dan peka.
- Anda dinasihatkan memandu kenderaan diselenggara dengan baik. Periksa sistem penyejukan, sistem brek, tali sawat, tayar, minyak enjin, lampu dan pengilap cermin sekurang-kurangnya sekali setiap minggu.
- Perhatikan kereta dihadapan selama 15 hingga 20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah bagi mengelakkannya, supaya anda boleh menekan brek dengan pantas.
- Jika anda ingin mengubah lorong, sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan dan keyakinan berbuat demikian.
- Periksa keadaan tayar kereta anda. Pastikan tekanan angin mencukupi dan corak bunga tayar masih ada untuk mendapat pemanduan serta cengkaman baik. Ia menjamin keselamatan anda ketika di jalanraya terutama sekali sewaktu memandu dalam cuaca buruk.
- Tempat paling selamat untuk kanak-kanak ialah bahagian belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adakah ini cara menunggang selamat?
|
|
|
|
|
|
|
|
suatu hari dulu bas Naila digelar Bas INNALILLAH...sebab selalu kemalangan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Negara mengalami kerugian lebih RM10 bilion setiap tahun akibat 7,000 kematian dalam kemalangan di jalan raya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata ini kerana kebanyakan mereka yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian adalah dari golongan produktif iaitu yang berusia antara 15 hingga 30 tahun yang mana mereka ini mampu memberikan sumbangan kepada kerajaan.
"Purata kematian membabitkan satu kematian mengakibatkan kerugian RM1.43 juta iaitu jumlah yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan kerana kita membelanjakan wang yang banyak dari mula mereka lahir, pendidikan mereka dan kos rawatan di hospital.
"Jumlah ini untuk orang biasa tidak termasuk golongan profesional kerana kerajaan juga akan kehilangan tenaga pakar yang mampu bersama-sama menjana ekonomi negara," katanya kepada pemberita di sini hari ini.- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
KEMAMAN: "Saya rasa sungguh terkejut dan terkilan di atas apa yang berlaku kerana semua persiapan raya untuk anak saya telah disiapkan.
"Malah anak saya sering mencuba sepasang baju Melayu dan kemeja T yang dibeli untuk dipakai pada hari raya nanti.
"Bagaimanapun saya reda di atas apa yang terjadi kerana ia sudah ditakdirkan begitu," kata Zaleha Ismail, 59, mengenai kematian anak bongsunya, Mohd Hanif Aizam Harun, 15, dalam kemalangan di Jalan Pantai Kampung Beris Meraga, Kijal di sini petang Sabtu.
Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di Hospital Kemaman kira-kira 10 pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam, kemalangan berlaku kira-kira 5 petang semalam setelah remaja tersebut dikatakan terbabas dan terjatuh dari motosikalnya.
Zaleha berkata anaknya itu sering ke pantai sementara menunggu waktu berbuka puasa.Sementara itu seorang lagi penunggang motosikal turut maut dalam kemalangan jalan raya di Km123 Jalan Kertih-Kuantan di Kampung Bukit Kuang di sini kira-kira 9.25 malam tadi.
Mangsa dikenali sebagai Mohd Noor Razali, 22, dari Kampung Bukit Kuang yang meninggal di tempat kejadian apabila motosikalnya digilis sebuah lori kontena.
Che Suza berkata kejadian berlaku semasa mangsa datang dari arah Kertih menuju Bandar Chukai.
"Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa bergesel dengan seorang pejalan kaki. Akibat pergeseran itu, mangsa jatuh ke atas jalan lalu digilis lori kontena berkenaan," katanya.
Pemandu lori berumur 38 tahun itu dari Temerloh, Pahang, telah ditahan untuk siasatan. - BERNAMA |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
karangan yang baik tapi banyak lupa letak space
|
|
|
|
|
|
|
|
95% punca kemalangan = perangai pemandu sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
artikel bagus |
|
|
|
|
|
|
|
GuaAnakMelaka posted on 12-8-2012 08:50 PM
suatu hari dulu bas Naila digelar Bas INNALILLAH...sebab selalu kemalangan...
Yaaappppppppppp Hj....mmg bas ni digelar innalillah...
dan kalau tak silap...Bas Naila ( atau NAELA) ni diambil dr singkatan nama Naik Lah ...
|
|
|
|
|
|
|
|
selyusi posted on 13-8-2012 01:06 AM
karangan yang baik tapi banyak lupa letak space
owh ..yg tu copy dr web..
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|