Tragedi ini berlaku di Lviv, Ukraine, pada hari pertama pendudukan Jerman Lviv iaitu semasa orang Jerman mula datang ke bandar itu pada 30 Jun 1941, pada hari yang sama parti dari Bandera mengishtiharkan pembentukan negara sendiri di Ukraine. Namun Jerman tidak menyokong idea ini, tetapi rakyat tetap gembira dan meraikannya di jalanan selama 3 hari. Orang-orang Jerman mula mengatur tindakan yang dipanggil "self-purification" yang mana mereka telah melakukan keganasan terhadap orang Yahudi serta membalas dendam terhadap pihak Bolsheviks.
Orang awam dipukul dengan batu, wanita pula dipaksa untuk menanggalkan pakaian atau berbogel di khalayak ramai serta dinodai (kena raba free), dipaksa untuk membersihkan kaki lima, berjalan dengan menggunakan lutut, dan sesetengah mangsa ditembak dari belakang. Jumlah mangsa yang dianggarkan dalam kejadian tersebut adalah 4 -7 ribu orang.
Perempuan Yahudi dipukul dengan batu.
Dipaksa menanggalkan pakaian dan dihina.
Wanita bersama gadis muda dalam gambar diatas juga turut dipaksa menangalkan pakaian.
Berjalan menggunakan lutut.
Lelaki juga dipaksa untuk menanggalkan pakaian di khalayak ramai.
Dipaksa untuk membersihkan kaki lima.
Tentera Jerman tidak masuk campur dan hanya memerhati.
Menunggu giliran untuk dihukum atau ditembak dari belakang.
|