View: 2322|Reply: 1
|
DANA ASING LEBIH BAHAYA DARI RASUAH!!
[Copy link]
|
|
Kita selalu mendengar bahawa pihak pembangkang dok sibuk nak kata bahawa kerajaan pimpinan UMNO dan BN sering melakukan rasuah. Daripada siasatan yang dijalankan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ada yang terlibat dan sudah pun didakwa.
Tapi secara keseluruhannya kerajaan UMNO BN masih lagi penuh integriti daripada rasuah yang besar dan berleluasa.
Beberapa minggu lepas sudah terbongkar bahawa ada pertubuhan dalam negara yang didakwa menerima dana dari pihak asing untuk melakukan perubahan politik di Malaysia. Sabtu lalu wartawan veteran YL Chong yang meletakkan jawatan sebagai editor Malaysiakini lebih sedekat lalu mendakwa portal pro-pembangkang itu dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) adalah antara organisasi yang menerima dana asing.
Lebih mengejutkan dana asing itu diterima daripada seorang yang cukup kita kenal sebagai individu yang mahu menghancurkan ekonomi negara pada kegawatan ekonomi 1997 iaitu George Soros. Kini Soros membiayai pula beberapa pertubuhan dalam negara untuk mengambil alih kawalan politik Malaysia dengan menentukan Perdana Menteri yang mereka suka.
Itulah yang disuarakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa penyangak mata wang itu mahu menguasai politik Malaysia dengan menggunakan NGO dan portal berita bagi tujuan itu.
Soros menyalurkan dana ke negara ini bagi memastikan dapat menukarkan kerajaan dan memilih Perdana Menter yang akan mengikut telunjuknya.
Ini memang bahaya!! Jika individu itu menjadi Perdana Menteri, habislah kekayaan negara dikaut oleh penyangak mata wang ini. Lebih melesetlah ekonomi negara kita nanti.
Oleh itu, pihak berkuasa diminta dan diharapkan dapat membuat siasatan yang rapi dan telus supaya kesemua mereka yang terlibat dapat dihadapkan ke mahkamah dan menerima hukuman yang setimpal.
Pada saya, menerima dana asing untuk tujuan mengawal pentadbiran negara adalah lebih teruk daripada mengamalkan rasuah sebagai gaya hidup. Kerana ia bakal membawa kehancuran kepada seluruh peringkat rakyat dari dewasa sehinggalah kanak-kanak selepas kita tidak ada lagi kuasa ekonomi.
Sumber asal : Blog Bela Rakyat
Apa kata anda??
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
saya kata, anda salah board. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|