CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4088|Reply: 4

Jem Teruk Jalan Gua Musang Ke Kuala Lipis Arah Ke KL Pada 25 Okt 2012

[Copy link]
Post time 27-10-2012 09:13 PM | Show all posts |Read mode
Salam.
Berlaku jem teruk pd 25 Okt 2012 (Raya Haji) mulai jam 5 ptg di Jln Gua Musang ke Kuala Lipis. Jem bermula selepas bukit 7 hingga ke Shell Kechau (agaknya). Yg peliknya, arah ke KL jarang berlaku kesesakan seperti arah ke Kelantan. Jem ni sangat teruk sehingga tiada pergerakan langsung dlm 20 minit. Nak bergerak 1 Kilo pun ambil masa SEJAM!!!. Ada pemandu dr arah KL menyatakan berlaku tanah runtuh, jambatan runtuh, eksiden dan mcm2 lagi. Mana satu pun xpasti. Ada sapa2 boleh bg maklumat??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2012 05:25 PM | Show all posts
Jawapan mungkin dh diketahui...
Kesesakan mungkin berpunca akibat banyak kenderaan yang berpatah balik.
Menyebabkan suasana kalut.

Rujuk artikel dari akhbar Sinar Harian berikut:

SMS palsu cetus suasana panik

KUALA LIPIS - Spekulasi mengenai kejadian tanah runtuh di Jalan Kuala Lipis ke Merapoh, di sini, menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, kelmarin, menyebabkan beratus kenderaan dari Lembah Kelang menuju ke Kelantan terpaksa berpatah balik dan menggunakan Jalan Sungai Koyan ke Cameron Highlands dan Gua Musang.
       
        Terdapat juga pemandu kenderaan terpaksa bersesak menggunakan jalan dari Bukit Kota menuju ke Aur Gading dan Chegar Perah untuk ke Pekan Merapoh sebelum ke Gua Musang.
       
        Spekulasi yang dibuat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) itu menyebabkan pengguna jalan raya panik dan berpatah haluan menggunakan jalan Cameron Highlands dan Chegar Perah untuk pulang ke kampung berhari raya.
       
        Kiriman SMS berserta gambar itu melaporkan kejadian tanah runtuh berlaku di laluan Bukit Tujuh, Jalan Padang Tengku, Sungai Temau dan Merapoh.
       
        Ketua Kampung Bukit Betong, Badra Isa Abdul Hamid berkata, dia terkejut melihat beratus kenderaan bersesak menggunakan laluan Bukit Kota menuju ke Aur Gading dan Chegar Perah, sehari sebelum Aidiladha.
       
        "Saya hubungi pondok polis Pekan Padang Tengku untuk mengesahkan kejadian, tetapi terkejut apabila diberitahu tiada satu pun kejadian tanah runtuh di laluan berkenaan.
       
        "Malah rakan saya yang tinggal di Merapoh juga memberitahu tidak ada kejadian yang sama seperti dakwaan pihak tertentu dan pengguna jalan raya ke Kelantan," katanya, di sini, kelmarin.
       
        Badra berkata, kenderaan juga bergerak lancar dari Bandar Kuala Lipis ke Merapoh, tetapi agak perlahan berdekatan projek jalan baru Chegar Perah ke Merapoh.      
       
        Sementara  pemandu, Zailan Nordin, 40, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan kejadian tanah runtuh di Bukit Tujuh, selepas Pekan Padang Tengku.
       
        Menurutnya, dia kesal dengan pihak yang membuat spekulasi mengenai kejadian tanah runtuh itu kerana boleh mengganggu konsentrasi pemandu.

URL : http://www.sinarharian.com.my/se ... asana-panik-1.98418
IHSAN DARI AKHBAR SINAR HARIAN..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 06:37 PM | Show all posts
kasihannya bila dapat khabar angin macam ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2012 08:42 PM | Show all posts
ris semalam sangkut kat karak dekat 4 jam....... patutnya sampai rawang jam 4 petang........ tapi dekat pukul 8 mlm baru sampai.........................
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2012 01:33 PM | Show all posts
cam tu la keadaannye..selagi highway ke kelantan tak dop...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:29 PM GMT+8 , Processed in 0.061871 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list