|
Assalam Semua,
Ni ada info sikit yang nak bagi tau, mungkin tempat yang salah tapi rasany patut nak bagi tau pasal memberi Salam. Harap dapat memberi manfaat kepada semua.
Note: Moderator, nanti tolong movekan ya..Thanks.
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;
“WAALAI KUM SALAM”
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.
Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Sekian, semoga ada manfaatnya
|
|
|
|
|
|
|
|
'Salaam' dengan 'salaamun' tu sama ertinya ...kan ..?
|
|
|
|
|
|
|
|
"Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…"
Adakah kita berkirim salam kepada seseorang melalui wakil maka kita tahu dah adabnya yang di sampaikan oleh mereka yang bertanggungjawab menyamipaikannya ?
Ucapan salaam kepada seseorang itu hendaklah di dahulukan dari apa apa ucapan maknanya ucapan salaam dahulu kemudian barulah ayat ayat yang lain di tuturkan ...
Mengikut sunat Rasulullah saw bahawa seseorang itu tidak perlu menjawab salaam yang di beri oleh seseorang kepadanya melainkan jika salaam itu diucapkan terdahulu dari lain lain ucapan oleh pemberi salaam ...
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE " ... bererti bahawa "kirim salaam" ,adalah ayat terdahulu ... kemudian barulah
" assalamualaikum " ... maka ini tidak perlu dijawab oleh mereka yang menerima salaam tersebut ... |
|
|
|
|
|
|
|
rdzaccess posted on 18-11-2012 08:40 PM
'Salaam' dengan 'salaamun' tu sama ertinya ...kan ..?
Ntah....orang hantar email kat saya, saya forwardkan jer......Demi Allah, saya tak pandai bahasa Arab atau bab-bab agama nih...jadi minta maaf saya tak dapat nak jawab.....sorry ek...
|
|
|
|
|
|
|
|
thanks info yg berguna.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak mengapa ... We share because we care .... |
|
|
|
|
|
|
|
rdzaccess posted on 18-11-2012 09:41 PM
Tak mengapa ... We share because we care ....
Alhamdulillah. Insya-Allah...harap-harap ada info lain yang boleh diselang-seli dan dapat dimanfaatkan bersama selain info misteri, Paranormal dan sakti...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada... ada banyak ...
Rata rata di MPS ni cerita pasal kena sihir dan sampuk ( keteguran, kesurupan ) dan penampakan dan mempunyai masalah untuk mencari perawat dan ramai yang ingin tahu cara perawatan selain dari mengharapkan kesembuhan ..
Dalam perawatan , apa yang saya perhatikan pesakit tidak mewakilkan diri sendiri ( authorization ) sedangkan kalau mereka ingin berjumpa seseorang pegawai atau ke sesatu majlis bukan main lagi persiapannya ...
Ketahuilah bahawa apa yang di lakukan oleh perawat dalam sesi perawatan untuk penyembuhan penyakit , mereka ini telah di beri mandat ( authority ) untuk penyembuhan .... oleh siapa ? Oleh Allah swt ...
Jadinya ,ketahulah bahawa Allah Maha Penyembuh dan Maha Melihat ... Keyakinan dalam penyembuhan haruslah ada pada diri sendiri yang berwakilkan oleh perawat dan disembuhkan oleh Allah swt ...
Ada beberapa kes di mana pesakit muslimah memakai tudung tetapi ada bukaan dan contour anggota badan yang tidak diliputi ( bertutup )..
Apabila makhluk kepanasan maka terliuk liuklah anggota badan pesakit wanita tadi dengan di tontoni oleh saudara mara ( yang bukan muhrim jua ) dan lagak yang terjadi akan mendatangkan fitnah dan kata mengata dan ada juga yang bermata tak berkelipan ... akibat kekadang tersingkap pada aurat parah . |
|
|
|
|
|
|
|
haih...
mende ni ditambah2 mengikut rase...
tu yg aku suspek...
'fitnah akhir zaman'...
mende2 camni la...
kokhavim = bintang... bukan binatang!
Rokdim Im Kokhavim (Hebrew: רוקדים עם כוכבים‎, "Dancing with Stars") is the Israeli version of the popular British TV show Strictly Come Dancing.
source: http://en.wikipedia.org/wiki/Rokdim_Im_Kokhavim
so menari dengan binatang?
mazzalit = zodiac
Mezarim,[6] which may be Ursa Major and Ursa Minor, or a synonym for mazzalot, in which case it would refer to the planets or the constellations of the zodiac.
source: http://en.wikipedia.org/wiki/Hebrew_astronomy
What does "Avde Kockavim U Mazzalot" means?
litteraly it means worshipers of the stars and horoscopes, but it is a general tem for idolators
http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20070315211934AABIiRM
hopefully...
kalau boleh...
kaji dulu...
sebelum kite sebarkan...
pasal takut2 ia jadi fitnah...
cth lagi...
dolu2 jadi pasal pokemon...
kate maksud die aku yahudi ke ape tah...
aku perasan siap printout tampal kat atm bank islam lagi...
kalau benda tak betul...
kite sebarkan...
tak silap aku la...
bukan fitnah ke namenye tu?
asas maybe betul...
tp ade selit fitnahnye kat situ...
so rasenye...
kite dpt jugak dosa fitnah nanti kan?
ke camane? Last edited by hajimex on 18-11-2012 10:53 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
salam ni dari zaman dlu lagi isu. tapi time tu dipesan elok guna salam.. lepas tu dipesan guna as salam. mcm2. |
|
|
|
|
|
|
|
itu lah, dulu ada baca, elok guna salam, then elok guna as salam pulak. xtahu mana 1. ok lah pokok pangkalnya lepas ni xpyh la malas, taip penuh2. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalammualaikum....
|
|
|
|
|
|
|
|
surwanis posted on 19-11-2012 11:04 AM
Assalammualaikum....
Waallaikum salam w b.....
|
|
|
|
|
|
|
|
back to the basic. tak perlu susah susah.
kita di ajar bagi salam "assalamuaikum"
bukan panjang sangat pun. lagipun bukannya lama sangat nak menaip.
dan bukannya rushing sangat. so, tulislah dengan penuh.
cintailah bahasa dan budaya kita. |
|
|
|
|
|
|
|
rdzaccess posted on 18-11-2012 08:40 PM
'Salaam' dengan 'salaamun' tu sama ertinya ...kan ..?
Kalau tak silap, salam = selamat
salamun = selamat tinggal
lain kan????
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpang yer TT..
|
|
|
|
|
|
|
|
mea posted on 19-11-2012 11:34 AM
tumpang yer TT..
Boleh jer.....free maa....lagi pun perkara yang elok apa salahnya......
|
|
|
|
|
|
|
|
syukran. maknanya sekarang dari salam kita tukar kepada as salam.. kalau nak meringkaskan.. betul?
|
|
|
|
|
|
|
|
hantukiller posted on 19-11-2012 11:32 AM
Kalau tak silap, salam = selamat
salamun = selamat tinggal
Bagaimana dengan A'kum (bukan Akum)...dalam hati sebut full pun cuma zahir jer short form.....ok gak kan? Yang penting dalam hati sebutan dia betul...betul tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
hest posted on 19-11-2012 11:39 AM
syukran. maknanya sekarang dari salam kita tukar kepada as salam.. kalau nak meringkaskan.. betul? : ...
Boleh la kot?....tapi kalau dikutkan setiap kali kita baca, dalam hati akan sebut penuh rasanya.....Iku memana yang baik dan pakar dalam bahasa Arab nie.....kang salah mana, risau gak.......
|
|
|
|
|
|
|
| |
|