Banyak cerita menarik di artikel tersebut .... tapi ada kesan terlalu dibesar-besarkan aka Hoax .... tampaknya dengan maksud memberikan kesan bahwa Malaysia adalah negara paling hebat di rantau ini ....
Bayangkan 7 orang pasukan komando ATM yang menyusup ke dalam Istana Malacanang dapat dengan mudah menyelematkan diri dari ratusan komando Philipina ...
Malaysia is Strooooooong .....
OPERASI SABAH SELAMANYA
52.Tun Mahathir kemudian memanggil komander-komander komando ini untuk memberikan amanat penting demi untuk menyelamat negara dari terjebak ke dalam satu kancah yang akan memberikan impak besar kepada penubuhan Malaysia.
51.Perdana Menteri itu sudah mendapat tahu dokumen mengenai Sabah dari KesultananSulu wujud dan ia perlu diambil, apa sekali pun, operasi itu dikenali sebagai OPERASISABAH SELAMANYA
52.Operatif-operatif dan agen rahsia Malaysia sudah pun berada di Manila untuk mencari dokumen tersebut dan melalui tawaran rasuah ratusan ribu dollar AS, dokumen tersebut yang tersimpan rapi dalam Istana Presiden iaitu Istana Malacanang, Manila berjaya di bawa keluar oleh para pengkhianat Filiphina.
53.Sekarang Tun Mahathir mengarahkan komando-komando ini untuk berjumpa dengan kontek dan membawa keluar dokumen tersebut dengan selamat.
54.Maka pasukan komando menghantar 7 orang anggota terbaik pada zaman itu ke Manila untuk membuat hubungan dan menyelamatkan dokumen tersebut, mereka semua sudah berlatih dalam model istana tiruan Malacanang yang dibina khas untuk tujuan penetrasi di Pahang.
55.Kehadiran komando ini dibuat melalui jalan laut dengan bantuan para pejuang Moro kerana kedatangan secara rasmi sebagai pelawat akan mendedahkan komplot tersebut.
56.Dokumen bertukar tangan tetapi tanpa disedari, malangnya, pasukan khas Filiphina sebenarnya sudah mula menghidu rancangan rahsia ini.
57.Para komando Malaysia itu terperangkap.
58.Tujuh lelaki Melayu yang gagah berani terpaksa lawan puluhan mungkin ratusan komando dan para pengawal Istana Presiden.
59.Peluru berganti…tembakan bertalu-talu dilepaskan…jerit pekik dan kekalutan berlaku,
trafik dari saluran keselamatan tentera Filiphina tiba-tiba menjadi kelam-kabut dan penuh aktiviti.
60.Pihak perisikan ATM yang memantau saluran radio tentera Filiphina mula berasa tidak kena, jantung mereka berdengup kencang kerana nasib negara bergantung kepada tujuhlelaki Melayu tadi.
61.Segala-galanya menjadi sengal, tiba-tiba keadaan yang pada mulanya berpihak kepada negara kita kini hampir berpusing 360 darjah apabila para komando Malaysia yang gagah berani ini terkepung.
62.Masa hadapan negara kita benar-benar “TERGANTUNG” dalam keadaan yang sangat bahaya dan kritikal jika para komando ini tertangkap.
63.Bekalan peluru yang sangat sedikit tidak memungkinkan para komando Melayu ini membuat perhitungan yang lebih jauh.
64.Dengan segenap tenaga yang ada dan dengan izin Allah juga, para komando kita berjaya menyelamat diri dan seterusnya membawa pulang dokumen yang sangat-sangat penting untuk kestabilan Malaysia.
65.Sebelas orang yang terdiri dari pengawal Istana Presiden dan komando Filiphina terkorban dalam insiden yang berlaku sekitar tahun 1980an itu.
Mungkin ada yang boleh share .... Black ops Malaysia di Thailand Selatan (Patani) , Singapore dan Ambalat ? Hasilnya?
kenapa tun bermati matian nk dapatkan sabah? singapore ramai juga org islam? cmne singapore boleh terlepas dari malaysia?? walaupun kawasan tu miskin sumber alam, tp lokasi strategik utk ketenteraan dan pelabuhan
Post time 28-1-2013 09:10 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Blog meroyan propaganda nak org pangkah be end umngok. Kesian ramai pak hangguk yg baca terhangguk2 percaya terus jadi ujub perasan melayu is the chosen race...apa nk jadi depa nih? Jgn jadi mcm jehud perasan bangsa chosen.
Post time 28-1-2013 10:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
johnazizul posted on 28-1-2013 10:16 AM
Bro ada contact komando yg boleh deny ape yg ada dlm blog tu x...
Cerita komando mmg ada, mcm2 cerita yg sepatutnya sulit dan x perlu diceritakan pd sesiapa. Mereka buat bersebab, dan utk kepentingan ummah negara khasnya dan dunia Islam umumnya. Siapa pun yg memerintah negara mempunyai tanggungjawab utk membentuk pertahanan yg padu dan mempertahankan agama secara overt or covert. Ini juga adalah tanggungjawab setiap umat yg berkemampuan.
Selain baca blog tu, better tengok jugak ulasan dan komen2 kt bawah tajuk tu, banyak benda lagi yg dikupas.
Pada saya, benda yg dah berlaku, mmg berlaku..kalau ada point atau bukti yg boleh nafikan hujah atau fakta yg diberi, boleh la kita berikan utk cross reference bagi menentusahihkan maklumat yg diberi.
Rasanya memang ada ops di Selatan Patani dan tempat lain, tapi better pihak yg memang mengetahui bagitau dan berkongsi maklumat..sebabnya pihak yg mengetahui je tahu setakat mana level of kerahsiaan bagi stiap perkara tu, yg mana dah boleh dipamerkan dan yg mana still OSA.
Pelik la, yg buka thread ni orang seberang..lagipun ni bab Malaysia, takda kepentingan bagi negara lain..so why bother? ke negara lain punya komando takdak buat operasi langsung..goyang kaki je..
Pada saya, penulis blog tu memang well known dlm aspek military, contact dia pun banyak, kerjaya dia pun memang related dgn field dan bidang dia, pengalaman dia pun luas dlm bab2 ni. Dia berani publish benda ni dlm internet, bermakna dia juga yakin akan kredibiliti terhadap hujah yg dia berikan. Saya pun yakin yg penulis blog tu dah buat pelbagai kaji selidik dan cross ref dgn pelbagai sumber utk kaitkan setiap rentetan peristiwa tu jadikan satu galur cerita yg lengkap (atau hampir lengkap). Kalau ada pihak yg sangsi dan rasa artikel tu membawa mudarat, dipersilakan utk saman, or at least bagi la hujah yg kukuh yg boleh nafikan hujah penulis tu.
kalau kita dok kata tu tak betul, ni tak betul..tapi kita pun mcm tin kosong, tiada hujah dan alasan yg kukuh, secara tak sedar, orang lain yg perhatikan apa yg kita kata tu sebagai 'sampah' je..so, kalau hujah penulis tu salah, berikan la fakta utk counter balik..or else..hehehe..better kita diam sahaja. Last edited by haji_one on 31-1-2013 11:25 AM
Nak cerita militeri mmg bagus, dgn cerita2 yg hebat, lagi bagus kerana mmg org kita mencari benda2 mcm ni. Tapi bila nak kaitkan semua dgn melayu hebat, melayu bangsa terpilih, melayu bangsa akhir zaman yg akan menegakkan syiar Islam, korang ada dalil dan nas sahih ke utk berkata demikian? Kalau ada sila tunjukkan. Aku boleh tumpang rasa hebat. Tapi kalau tak ada, adalah lebih baik diam dari mereka-reka sesuatu yg tak pasti.
Bila asyik taksub dgn kemelayuan kononnya bangsa hebat, sehingga membuahkan putik2 ujub takabur bangga diri masing2, tapi faktanya, melayu masih bangsa yg belum kuat, belum maju, banyak lagi benda nak kena subsidi, tolong, tongkat, diskaun, protection etc, aku rasa melayu masih jauh dari menjadi bangsa istimewa. Lagi satu, yg dok perasan bangsa terpilih tu yahudi, aku harap bangsa kita tak akan terikut perangai yahudi perasan kata bangsa terpilih.
Kehidupan pasti akan diteruskan, no matter what our environment and surrounding will be. Zaman berubah, kita kena menongkah arus, bukan taksub dgn kononnya kita ni special utk menghadapi hari2 mendatang. Yg berlalu tetap berlalu, yg mendatang kena hadapi. Tiada dengki mengdengki di sini, hanya concern dgn cara pemikiran yg mahu membawa melayu ke alam buaian. Jgn biarkan diri kita dilambung mimpi, lebih baik kita berusaha mengejar mimpi. Sekian, ikhlas pandangan pakcik.