CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3052|Reply: 5

Wajar Ke Tidak Bagi Anak Umur 2 Tahun Ke bawah Ubat Batuk dan Selsema

[Copy link]
Post time 25-2-2013 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Jika anak kita berumur dibawah 2 tahun memang doktor tak beri ubat batuk, paling kurang pun doktor akan beri antibiotik sahaja melainkan untuk kes-kes yang serius/tertentu sahaja (mungkin). So sebagai ibu bapa jangan pulak kita memandai beli ubat batuk dan selesema yang ada terjual di kedai atau farmasi untuk diberikan kat anak yang berumur kurang dari 2 tahun atas alasan kesian tengok anak batuk dan air hidung meleleh atau takut keadaan anak bertambah teruk dan melarat.


Memang ubat batuk dan selsema dibenarkan dijual secara over-the-counter (tanpa perlu preskripsi dari doktor). TAPi harus diingat kesan sampingan masih boleh berlaku meskipun ianya selamat untuk pengubatan kendiri.


Menurut U.S Food And Drug Administration (US F.D.A) dalam kenyataan rasmi menegaskan bahawa semua ubat-ubatan yang dijual secara over-the-counter (untuk batuk dan selsema khususnya) TIDAK HARUS DIBERIKAN kepada kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah.


US FDA juga menerangkan bahawa ubat-ubatan tersebut HANYA merawat simptom  TAPI TIDAK merawat penyakit sebenar. Ianya tidak berkesan untuk kanak-kanak berumur di bawah 2 tahun, manakala bagi kanak-kanak berumur 2 ke 11 tahun kajian masih diteruskan akan keberkesanan dan kesan pengambilan ubat-ubatan tersebut.


Mengapa ianya tidak wajar diberikan kepada kanak-kanak kurang dari 2 tahun?


Ini kerana terdapat beberapa kes yang dilaporkan berkaitan pengambilan ubat batuk dan selsema melalui OTC . Paling teruk kesan pengambilan ubatan tersebut ialah boleh mengakibatkan kematian .


Sekirannya ingin memberikan ubat batuk atau selsema yang dibeli dari farmasi (kepada kanak berumur 2 tahun ke 11 tahun ) seeloknya lihat bahan (active ingredient) yang terdapat pada label ubat tersebut. Pastikan juga dos pengambilan adalah seperti yang disyorkan. Elakkan dari mengambil 2 jenis ubat dari bahan (active ingredients) yang sama dalam satu masa,  


Sedikit maklumat berkaitan bahan yang biasa diguna pakai dalam ubat batuk dan selsema seperti decongestants (for unclogging a stuffy nose), expectorants (for loosening mucus so that it can be coughed up), antihistamines (for sneezing and runny nose), and antitussives (for quieting coughs). The terms on the label include "nasal decongestants", "cough suppressants", "expectorants" and "antihistamines

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2013 03:45 PM | Show all posts
Susahnye la nk dpt point..nk kacang..
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2013 11:21 PM | Show all posts
antibiotik setahu aku lagi x elok
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 03:42 PM | Show all posts
ni yg sy risau sgt.. salah sy jugak.. sbb x bawe ank ke klinik skali..
pgi beli je.. xtau pun ubat batok x leh bg kt bdk umur 2 tahun kebawah..
agak2 ape effect nye yek??
takot jgk ade kesan sampingan kekal plk kt ank sy.. setakat ni ank sy ok..
takot jgk menganggu perkembangan die... hmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 09:13 PM | Show all posts
ISTRIMITHALI posted on 15-9-2014 03:42 PM
ni yg sy risau sgt.. salah sy jugak.. sbb x bawe ank ke klinik skali..
pgi beli je.. xtau pun ubat  ...

Kalau ada side effects ianya bersifat immediate contohnya respiratory depression.so kalau setakat ni anak xde pape should be okay lah.antibiotik dr akan prscribe kalau ada signs of infection saja,takkan blindly prescribe.kalau children below 2 ni selalunya kita akan advise parents untuk non pharmacological approach lah macam pastikan anak anak well hydrated (minum air banyak), cukup rehat dsb.

Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2014 10:46 AM | Show all posts
kalikoni posted on 15-9-2014 09:13 PM
Kalau ada side effects ianya bersifat immediate contohnya respiratory depression.so kalau setakat  ...


owh.. yeke.. alhamdulillah...
harap2 sume nye ok... tq2

tp nak tau "respiratory depression" tu mcm mane simpotm nye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-1-2025 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.517823 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list