CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4811|Reply: 9

Misteri Kehilangan RM1

[Copy link]
Post time 26-2-2013 07:01 PM | Show all posts |Read mode
Teka teki : Tiga tetamu mendaftar masuk ke bilik hotel. Kerani itu memberitahu bahawa sewa bilik hotel itu ialah RM 30, jadi setiap tetamu membayar RM10. Kemudian kerani itu menyedari bahawa sewa bilik itu sebenarnya hanya RM25 sahaja. Untuk membetulkan keadaan ini, dia menyuruh seorang pekerja hotel untuk memulangkan RM5 kepada tetamu-tetamu tersebut. Dalam perjalanan untuk berjumpa dengan tetamu-tetamu tersebut, perkeja hotel itu menyedari bahawa dia tidak boleh membahagikan wang itu sama rata kepada 3 tetamu tersebut. Oleh kerana tetamu-tetamu tersebut tidak tahu bahawa jumlah bil telah dikurangkan daripada RM30 kepada RM25, pekerja hotel itu memutuskan untuk hanya memberi setiap tetamu RM1 dan menyimpan RM2 untuk dirinya sendiri.

Sekarang,setiap tetamu telah diberi RM 1 kembali. Ini bermakna setiap seorang telah membayar RM 9, menjadikan jumlah yang dibayar adalah RM 27. Pekerja hotel itu mempunyai RM 2. Jumlahnya RM29. Jika tetamu-tetamu itu  asalnya menyerahkan RM 30, apa yang berlaku kepada baki RM1?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2013 09:01 PM | Show all posts
miahahahhaa.. iols br je bc email pasai kes cmni tadik..
iols nak tgu jawapan @FMKiller  
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 11:21 PM | Show all posts
rm 1 bahagi kepada 3 tetamu?? dan bayaran rm 25 di bayar?? adakah jumlah nye rm 27??

bukan kah bayaran pada hotel ialah rm 25. setiap tetamu di beri bayaran rm 1.. jd jumlahnye rm 28..rm 2 dimilik pemulang baki..

isunye adalah permainan kata. ni bukan soalan matematik. soalah kefahaman sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 11:41 PM | Show all posts
cara kira yang betul

(RM3 + RM2 + RM25) = RM30

cara kira yang salah

(RM9+RM9+RM9+RM2) = RM29

macamna berlaku,kerana cerita tersebut telah diputar alam.....

Bayaran asal RM30.....Baki dipulangkan RM5......RM1 diberi kepada setiap seorang(jumlah RM3) manakala RM2 disimpan pekerja....
Jadi setiap seorang membayar RM9....setelah didarabkan dengan 3 jumlahnya RM27....

persoalan timbul kenapa RM27 perlu ditambah dengan RM2 ????? (RM27+RM2 = RM29,RM1 hilang)

Sebenarnya,RM27 adalah nilai yang dibayar oleh 3 orang tersebut,dari jumlah RM30 pada asalnya....manakala lagi RM2 telah diambil oleh pekerja....RM27 - RM2 = RM25 (harga selepas diskaun)

jadi kalu kita tambah balik,RM25(harga diskaun) + RM3 (3 org dapat balik) + RM2 (pekerja ambil) = RM30

TIADA YANG HILANG SEBENARNYA






Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 11:53 PM | Show all posts
xpdckelate posted on 26-2-2013 11:41 PM
cara kira yang betul

(RM3 + RM2 + RM25) = RM30

sokong...dgn jwpan....ini...hihihih.. x de yg hilang....cuma..masalh bila duit itu telah di kembalikn..kpd..tetamu2 tersebut..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2013 11:58 PM | Show all posts
rm 1 tu ahmad albab yg punya huaaaaahuahahuhahahahahahha
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-2-2013 08:54 AM | Show all posts
xpdckelate posted on 26-2-2013 11:41 PM
cara kira yang betul

(RM3 + RM2 + RM25) = RM30

Yup, memang betul jawapannya. Syabas!!


Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 09:42 AM | Show all posts
mizzacu posted on 26-2-2013 09:01 PM
miahahahhaa.. iols br je bc email pasai kes cmni tadik..
iols nak tgu jawapan @FMKiller

hoh...tak sempat nak menjawab dah ada orang jawabkan dah...tapi tetap nak jawab jugak..wahahah!!

nak senang mcm ni la:

RM30 (total duit) = RM25 (harga bilik) + [RM1 x 3](baki duit untuk 3 orang tetamu) + RM2 (kerani songlap)
RM30 - RM25 = RM5 (baki duit bilik) = RM3(duit tetamu) + RM2(kerani songlap)

duit yang hilang dari tetamu  = RM2 sebab kerani tu songlap. amek baki sesuka hati.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2013 10:14 AM | Show all posts
FMKiller posted on 27-2-2013 09:42 AM
hoh...tak sempat nak menjawab dah ada orang jawabkan dah...tapi tetap nak jawab jugak..wahahah!!
...

miahahahahaa.. bagus la korang sume..

Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 10:55 AM | Show all posts
rsa cam blajar maths plak kan....good job
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.089731 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list