CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1671|Reply: 12

Kamar Rahsia Perbendaharaan Negara

[Copy link]
Post time 27-2-2013 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Adapun pada Bab Ke-8 dalam Kitab Tajul Al-Mulukin Wassiyasah Lil-Foyos...tersebutlah perihal akan kisah Sultan Empayar Poyos yang baru iaitu As-Sultan Badi Morta As-Samdoli ketika mahu memasuki Kamar Rahsia Perbendaharaan Negara untuk mengambil sedikit harta buat diserahkan kepada Aduka Puri si Ketua Masak Istana kerana mahu membeli minyak masak yang sudah kehabisan stok...Adapun diriwayatkan bahawa gerbang kamar rahsia itu telah dilengkapkan dengan sistem keselamatan yang sangat canggih melangkaui zaman dimana ianya memerlukan nombor password untuk membukanya...



Maka pada diri As-Sultan Badi Morta As-Samdoli, amat terkesimalah baginda tatkala mahu membuka gerbang kamar tersebut kerana tidak tahu apakah nombor password sebenar untuk dimasukkan.... Lalu wasiat yang ditinggal Almarhum As-Sultan Atok Nujum Al-Foyos wal-Gilers pun dibacakan semula dan terjumpalah  baginda akan petua berkenaan password tersebut...


“ Adapun password yang boleh membuka gerbang Kamar Rahsia Perbendaharaan Negara itu ada sebanyak LIMA nombor semuanya...


Nombor kelima jika tambah dengan nombor ketiga  adalah berjumlah sebanyak empat belas


Nombor keempat adalah lebih satu daripada nombor kedua


Nombor pertama adalah kurang satu daripada dua kali nombor kedua


Nombor kedua ditambah nombor ketiga akan berjumlah sebanyak sepuluh


Jumlah kesemua nombor itu adalah sebanyak tiga puluh sahaja”

--------------------------------------------------------------------------------------------
So, cuba korang cari apa lima nombor tu ikut turutan?


Last edited by rosemary70 on 27-2-2013 02:51 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2013 03:07 PM | Show all posts
nih bukan dah ada ka, yang password sang kancil tuh.. tapi copy paste je la jawapan:

a,b,c,d,e

e + c = 14
b + 1 = d
2b - 1 = a
b + c = 10

a + b + d + [c + e] = 30
a + b + [d] + 14 = 30
[a] + b + b + 1 + 14 = 30
2b - 1 + b + b + 1 + 14 = 30
4b = 30 - 14
b = 16/4 = 4

c = 10 - 4 = 6

a = 8 - 1 = 7

d = 4 + 1 = 5

e = 14 - 6 = 8

jawapan: 7,4,6,5,8
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 03:08 PM | Show all posts
Saya buat kira2 main agak2. Tunggu @FMKiller bagi jalan kerja.

Jawapan dia 74658

Betul tak? Betul tak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 03:08 PM | Show all posts
FMKiller posted on 27-2-2013 03:07 PM
nih bukan dah ada ka, yang password sang kancil tuh.. tapi copy paste je la jawapan:

a,b,c,d,e

dari tadi tunggu awak jawab
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 03:09 PM | Show all posts
FMKiller posted on 27-2-2013 03:07 PM
nih bukan dah ada ka, yang password sang kancil tuh.. tapi copy paste je la jawapan:

a,b,c,d,e

Eh, dah bagi jawapan.

Ha ikut jalan kerja yg dia bagi ye tt.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 03:09 PM | Show all posts
miawpink posted on 27-2-2013 03:08 PM
dari tadi tunggu awak jawab

hehehe ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2013 03:10 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 27-2-2013 03:09 PM
Eh, dah bagi jawapan.

Ha ikut jalan kerja yg dia bagi ye tt.

soklan sebelum nih TT jugak kan yang bagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 03:12 PM | Show all posts
FMKiller posted on 27-2-2013 03:10 PM
soklan sebelum nih TT jugak kan yang bagi.

Soalan yg mana satu? Hari ni banyak sangat soalan matematik [termasuk saya]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2013 03:24 PM | Show all posts
Eva_yy_Ellin posted on 27-2-2013 03:12 PM
Soalan yg mana satu? Hari ni banyak sangat soalan matematik [termasuk saya]

hehe..ade la satu soklan tu..kena selak2 sket page belakang..

xpe2...yang penting TT kena bagi hadiah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 03:36 PM | Show all posts
FMKiller posted on 27-2-2013 03:24 PM
hehe..ade la satu soklan tu..kena selak2 sket page belakang..

xpe2...yang penting TT kena bagi  ...

Oh, ha-ah.

Bila baca benang ni, saya teringat benang semalam tu. Tapi tak la baca sampai abis, sebab tu tak perasan, ingat soalan yg berlainan. Rupanya jalan cerita je lain, soalannya sama.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2013 04:21 PM | Show all posts
huh kalo soklan cenggini haruslah @FMKiller juaranya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2013 06:02 PM | Show all posts
ooo...dh ade erk soklan nie......takpelh esok kite bg yg baru k....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-2-2013 06:04 PM | Show all posts
FMKiller posted on 27-2-2013 03:24 PM
hehe..ade la satu soklan tu..kena selak2 sket page belakang..

xpe2...yang penting TT kena bagi  ...

hadiahnye +1 tacang.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 1.315364 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list