CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5386|Reply: 3

Mengapa dan Kenapa Lelaki Berpeluh Serta Berbau?

[Copy link]
Post time 6-4-2013 10:16 AM | Show all posts |Read mode
Masalah bau badan antara perkara paling tidak disenangi apabila bersesak dalam kenderaan awam ketika pulang daripada kerja.  Terpaksa menghidu pelbagai bau yang menyesakkan hidung, masalah ini biasanya lebih ketara ketika cuaca panas.  bau badan berpunca daripada kurangnya penjagaan kebersihan diri.  Ramai yang menyangka bau badan datang daripada peluh.



Namun sebenarnya peluh tidak berbau kkerana bau ini hanya timbul selepas peluh kering dan ia disebabkan tindakan bakteria yang wujud secara semulajadi di atas kulit.  Tindakan bakteria untuk menguraikan peluh inilah yang menimbulkan bau.  Selain itu cara pemakanan juga memainkan peranan dalam keadaan badan berbau. Peluh mengandungi protein atau minyak daripada bawang merah, bawang putih, kari dan makanan berempah.




Keadaan akan menjadi lebih teruk jika kita memakai pakaian yang tidak menyerap peluh.  Peluh yang terperangkap ini menyebabkan kulit (khususnya di bahagian yang banyak kelenjar peluh seperti di ketiak, kaki dan celanh kelengkang) menjadi lembap dan keadaan ini merangsang aktiviti bakteria.



Tanpa disedari , kulit juga bernafas seperti hidung, sesetengah berpendapat orang yang ada masalah bau badan yang kuat perlu menggunakan losyen, krim, deodoran mahu pun bahan anti peluh merupakan penyumbang badan anda berbau lebih kuat ini adalah kerana menghalang kulit daripada bernafas dan menyekat peluh.  Cara terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri, kerap mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari serta menggunakan sabun ataupun cecair mandian terutamanya ketika cuaca panas.



Pastikan anda menggosok bahagian yang kerap berpeluh bagi membuang sel-sel mati dan membuka liang roma.  Kaedah ini merangsang peredaran darah dan secara tidak langsung dapat membantu melancarkan proses penyingkiran bahan toksik.  Selain itu,kerap bercukur pada bulu bahagian ari-ari kerana ia boleh memerangkap lebih banyak peluh dan merangsang aktiviti bakteria.  Pakai pakaian yang diperbuat daripada kain kapas atau fabrik yang boleh menyerap peluh dengan baik.



Anda boleh memilih untuk menggunakan deodoran atau bahan anti peluh.  Deodoron tidak menghentikan peluh tetapi harumannya boleh  mengatasi bau badan yang kurang menyenangkan.  Malah kebanyakkan deodoroan kini mengandungi bahan anti bakteria untuk memperlahankan aktiviti bakteria yang menyebabkan bau badan.  Kurangkan pengambilan gula,kafein ataupun pun alkohol.  Bagi perokok,kurangkan merokok dan lebih baik jika dapat meninggalkan tabiat merokok.  Lebihkan banyak meminum air mineral sekurang-kurangnya satu liter sehari bagi menyingkirkan bahan toksik daripada badan.  Mulakan hari anda dengan meminum dua gelas air dan campur sedikir perahan limau ke dalam satu daripada gelas air tadi.



Makan lebih banyak makanan mengandungi serat iaitu seperti sayu-sauran campur (antaranya kentang, keladi, kacang, bunga kubis dan lobak) yang dikukus bagi membantu membersihkan sistem pencernaan, merangsang penyingkiran bahan toksik dan sekaligus dapat membantu mengurangkan masalah bau badan selepas dua atau tiga minggu diamalkan.  Kurangkan makanan pedas,berempah dan berbau kuat seperti bawang merah, bawang putih dan kari kerana bau daripada makanan tersebut boleh meresap masuk ke dalam peluh.



Masalah bau badan boleh dikurangkan dengan merangsang proses pembersihan badan secara semula jadi.  Antara langkah yang anda boleh lakukan ialah ke sauna atau wap seminggu sekali.  Senaman juga boleh membantu mengurangkan masalah bau bada, ini adalah kerana anda akan minum lebih banyak air bagi menggantikan air yang hilang dan melancarkan aliran darah.  Jika anda mengalami masalah peluh berlebihan (hiperhidrosis) segera berjumpa doktor dan berbincang mengenai kaedah sesuai bagi mengatasi masalah anda. Jika masalah anda teruk sehingga menjejaskan aktiviti harian, minta doktor merujukkan perkara anda kepada pakar kerana kini ada kaedah pembedahan bagi mengatasi masalah hiperhidrosis.



Seandainya masalah anda tidak berkurangan selepas melakukan kaedah di atas atau berbau lebih kuat, segera berjumpa doktor.  Jalani pemeriksaan kesihatan kerana bau peluh yang kuat seperti ammonia boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan seperti penyakit hati, kencing manis serta mengalami jangkitan kulat ata masalah pada usus.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2013 12:22 PM | Show all posts


gambar gay peliwat mana ko letak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 06:02 PM | Show all posts
         
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2013 11:49 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 7-4-2013 12:22 PM
gambar gay peliwat mana ko letak ni?

betul tuh. Lupakan cerita bau badan peluh apa itu dulu...
sekarang mohon TT jelaskan persoalan ini..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.031905 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list