CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 20774|Reply: 63

Kota Melaka Yang Sebenar

[Copy link]
Post time 8-4-2013 07:10 PM | Show all posts |Read mode




Adakah replika istana Melaka ini menepati senibina asalnya?



Kali ini saya akan memaparkan sebuah artikel berkenaan binaan kota Melaka pada zaman kegemilangannya. Sebahagian besar daripada lakaran ini belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak di negara kita kerana ianya boleh dikatakan fresh dari sumber utama yang diperolehi dari Belanda dan Portugal. Oleh itu anda bertuah kerana dapat menatapnya disini. Namun ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada banyak lakaran yang berjaya dibawa pulang oleh team Pengkaji Universiti. Diharapkan artikel saya kali ini dapat membuka kotak pemikiran kita dengan lebih luas tentang ketamadunan bangsa Melayu pada zaman silam.



Lakaran menunjukkan Kota Melaka pada zaman pemerintahan penjajah portugis. Lakaran diatas dibuat bagi merakamkan serangan Armada Acheh Darussalam ketika mengepung kota tersebut selama lebih kurang setahun. Dalam lakaran ini juga ada kelihatan sejenis senjata pelontar yang digunakan oleh tentera Acheh.




Sebenarnya para pembaca sekalian, semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506 hingga 1510 pihak Portugis sering menghantar pengintip mareka ke Melaka untuk mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan,, masyarakat dan kerajaan Melaka. Antara maklumat penting yang dibawa oleh portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi pertahanan Melaka. Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan binaan kota, istana dan kedudukan Bandar pelabuhan Melaka berjaya direkodkan. Antara lakaran tersebut ada menunjukkan bentuk tembok kota Melaka dan pintu gerbangnya yang kukuh dan dibina daripada bahan binaan tempatan seperti batu laterit. Bahan binaan ini sememangnya banyak terdapat di Melaka. Kedua dua pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada tahun 1507 dan Jorge De Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah menghantar maklumat kepada sejarawan kerajaan Portugal iaitu Joan De Barros.

Dari lakaran yang dibuat, ia membuktikan tentang teknologi Melayu pada zaman tersebut. Pembangunan fizikal dan infrastruktur Melaka ternyata mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mantap dan setanding dengan keududkan kota di Negara Asia lain. Dalam hal ini kemungkinan juga kerajaan Melaka mendapat tenaga buruh daripada orang gujerat yang memang terkenal bukan sahaja sebagai pedagang tetapi juga sebagai tukang pembina rumah dan bangunan. Hal ini juga menggambarkan wujudnya semangat kerjasama yang erat diantara tukang-tukang Melayu dan India Islam di Melaka dari aspek pembangunan kota dan pelabuhan yang pentadbiranya berpandukan hukum Islam.

Maklumat yang diperolehi daripada lakaran yang diterbitkan di Belanda pada tahun 1508 itu juga menunjukkan bahawa pintu gerbang ke kota Melaka yang ada sekarang sebenarnya bukanlah dari bahan binaan asal portugis. Berdasarkan lakaran yang ditemui melalui penelitian yang telah dibuat, mendapati asal binaan Melayu Melaka yang dimusnahkan Portugis telah diganti serta diubahsuai mengikut senibina Portugis. Senibina yang sama dilihat di Goa, Macao dan Ternate. Maklumat ini cukup membanggakan orang melayu khasnya dan Nusantara amnya kerana lakaran ini menjadi bukti nyata tentang ketamadunan Melaka pada waktu tersebut. Bermakna bahawa lakaran tersebut melambangkan betapa keupayaan orang Melayu mempamerkan kemampuan yang menjadi kemegahan bangsa dan negerinya yang setanding dengan bangsa lain. Dalam hal ini maklumat yang dicatat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah mampu merakamkan pencapaian peradaban dan Tamadun Melayu pada ketika itu.

Lakaran portugis juga turut merakamkan peristiwa peperangan yang berlaku diantara armada Portugis dengan Melaka. Dari lakaran tersebut diperlihatkan bahawa meriam-meriam daripada kapal Portugis dapat merosakkan benteng-benteng pertahanan orang Melaka dan juga kapal-kapal yang dimiliki oleh saudagar Islam. Dalam lakaran tersebut juga terlihat dikejauhan bangunan –bangunan yang terdapat di dalam kota Melaka dan di pelabuhan Melaka. Jelas daripada lakaran tersebut terdapatnya sebuah banggunan yang mempunyai kubah dan menara yang berkemungkinan adalah masjid Melaka atau mungkin juga istana. Terdapat juga beberapa buah lagi bangunan yang berderet-deret yang kelihatan diperbuat daripada batu atau konkrit dan mempunyai lebih daripada dua tingkat, bangunan ini berkemungkinan adalah istana sultan atau sebuah bangunan yang terpadat di dalam kompleks kota pelabuhan Melaka.



Lakaran diatas adalah menunjukkan serangan armada Portugis terhadap Kota Melaka. Banyaknya bilangan kapal dalam lakaran menunjukkan bukan sahaja askar Portugis yang terlibat dalam penyerangan tersebut, malahan mungkin juga askar upahan.



Jika anda semua perhatikan betul-betul lakaran penyerangan armada Portugis ini, anda akan dapat melihat dari kejauhan di pelabuhan Melaka deretan bangunan-bangunan yang besar, bertingkat-tingkat dan juga berkubah serta mempunyai beberapa menara. Mungkinkah ini bentuk Istana atau masjid Melaka yang sebenar?



Peristiwa peperangan Melaka juga ada dirakam dengan lakaran yang dibuat oleh orang Portugis. Lakaran tersebut menunjukkan strategi serangan orang Portugis terhadap Bandar Melaka dan juga bagaimana strategi orang Melaka mempertahankan bandar mereka yang memperlihatkan barisan pejuang dan hulubalang malahan gajah-gajah perang. Dalam konteks ini, suatu alat berupa carriage diikat pada gajah-gajah tersebut dan ditempatkan hulubalang-hulubalang untuk melakukan serangan terhadap askar-askar Portugis yang sedang bersedia untuk menghadapi serangan orang Melaka. Lakaran ini juga memperlihatkan bagaimana perbezaan strategi serangan yang digunakan oleh Portugis dan orang Melaka. Pihak Portugis kelihatan menggunakan taktik serangan manakala orang Melayu lebih bersifat bertahan. Berdasarkan lakaran tersebut juga kita dapat lihat persenjataan yang digunakan oleh kedua-dua pihak. Portugis menggunakan lebing panjang yang lazimnya digunakan di Eropah, manakala orang Melayu mengunakan lembing atau tombak yang lebih pendek. Apa yang menarik ialah kelihatan tembok kota Melaka yang telah dibina dengan bahan-bahan tempatan seperti batu bata dan laterit. Reka bentuk tembok tersebut juga menunjukkan struktur pembinaan yang dilengkapi dengan tempat-tempat peninjau pada sudut-sudut tertentu. Manakala bahagian dalam kota kelihatan senibina rumah-rumah Melayu yang dimiliki oleh para pentadbir dan saudagar.


Lakaran menunjukkan peristiwa penyerangan tentera Portugis keatas kota Melaka. Lakaran sebegini adalah julung-julung kalinya ditemui oleh sejarawan kita. Selama ini kebanyakan lakaran yang kita dapati hanyalah gambaran pelukis. Namun lakaran ini dipercayai adalah lakaran sezaman dengan peristiwa sebenar. Oleh itu kita dapat mengandaikan bahawa lakaran ini adalah gambaran seorang pelukis yang berada diwaktu tersebut.




Terdapat sebuah lagi lakaran yang berjaya diperolehi oleh mahaguru saya dari arkib dan peprustakaan di Lisbon dan Belanda. Kunjungan wakil pedagang Portugis iaitu Lopez De Sequeiraa pada 1509 ke kota Melaka disambut menurut adat kebesaran tetamu kenamaan dari negeri luar ada dilakarkan. Dalam lakaran ini beliau telah diberi penghormatan untuk menunggang gajah yang menjadi salah satu pengangkutan resmi kerajaan Melayu. Dalam perarakan menuju ke istana Melaka, De Sequera diiringi rombongan Portugis. Lakaran ini juga memperlihatkan senibina tembok kota dan pintu gerbang istana sultan Melaka yang diperbuat daripada bahan-bahan binaan yang kukuh. Berdasarkan kepada lakaran ini, bahan binaan tembok adalah daripada batu putih tempatan. Manakala Istana Sultan Melaka juga diperbuat daripada bahan binaan yang sama. Oleh itu istana Melaka yang terdapat di Melaka sekarang tidak menepati senibina istana asal yang diperbuat hampir keseluruhan dari batubata. Perarakan tersebut menarik perhatian sebilangan penduduk Melaka yang hairan dengan kedatangan Portugis. Dalam lakaran tersenut juga memperlihatkan pengawal-pengawal dan hulubalang yang berada di luar pagar Melaka membawa tombak dan busur panah yang amat besar. Mereka juga memakai pakaian yang melebihi separas lutu dan melilit pinggang dengan lain bercorak. Pakaian mereka tak ubah seperti pakaian zaman Rom. Istana Melaka yang dilakarkan tersebut mempunyai balkoni atau berandah yang menghadap ke arah pelabuhan dan sultan dilihat sedang duduk diatas balcony sambil menunggu kedatangan utusan Portugis bersama para menteri dan hulubalang. Istana ini juga bertingkat-tingkat seperti yang dikatakan dalam Sejarah Melayu.



Lakaran menunjukkan perarakan utusan Portugis ke Istana Melaka dengan disaksikan oleh penduduk Melaka. Apa yang menariknya keadaan penduduk melaka yang hairan melihat Benggali Putih ini turut dicatatkan dalam Sejarah Melayu. Yang lebih menarik perhatian ialah binaan Istana Sultan Melaka.


Maka para-pembaca sekalian, sekarang telah terjawab mungkin suku daripada persoalan-persoalan tentang kehebatan kota Melaka yang sering digembar-gemburkan dalam catatan-catatan pengembara luar dan dalam. Kita juga dapat melihat secara lebih terperinci bagaimana pesat dan membangunnya Bandar Melaka dan system pertahanannya daripada lakaran yang telah saya paparkan. Semoga ia member manafaat kepada anda semua. Wallah hu a’lam.

Sumber : melayunusantara




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2013 02:10 PM | Show all posts
ada sambungannya tak? rasanya boleh merge ngan sejarah kota melaka yang lain kalu ada
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 02:54 PM | Show all posts
semua gambar tu was drawn in 1700's and 1800s' menggunekan 'imiginasi pelukis'... so.. xyh nk bangga sangat
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 09:21 PM | Show all posts
Melayu tak da apa nak dibanggakan...tapi mereka tetap bangga dengan benda etah hape-hape...paling mudah Melayu bangga konon nya mereka Lost Tribe Jews....tak pun Melayu bangga pernah minum Arak
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 09:17 AM | Show all posts
bukan dah ada ke thread yang lalu
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 09:25 AM | Show all posts
nobito posted on 10-4-2013 09:21 PM
Melayu tak da apa nak dibanggakan...tapi mereka tetap bangga dengan benda etah hape-hape...paling mu ...

melayu bangga sebab dapat meng ayam2 kan bugis sampai dorang jadik hambe abdi kt tanah melayu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2013 02:12 PM | Show all posts
unekspekted_XII posted on 11-4-2013 09:25 AM
melayu bangga sebab dapat meng ayam2 kan bugis sampai dorang jadik hambe abdi kt tanah melayu {:1_ ...

Lalu bergetar lah Jiwa Melayu

Urip Melayu! Urip Melayu! Urip Melayu! bak kata Jawa Melayu
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 02:15 PM | Show all posts
nobito posted on 13-4-2013 02:12 PM
Lalu bergetar lah Jiwa Melayu

Urip Melayu! Urip Melayu! Urip Melayu! bak kata Jawa Melayu{:1_ ...

bugis bodoh je ckp mcm tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2013 02:20 PM | Show all posts
Lalu bergetarlah Jiwa2 Melayu di sisi Kota Melaka lalu melolong berselang-seli anak Jawa dan anak Melayu

Urip Melayu! Hidup Melayu! Urip Melayu! Hidup Melayu! Urip Melayu!

Majulah Nusantara
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 08:23 PM | Show all posts
Jangan mudah tertipu dengan lakaran ini semua
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2013 08:37 PM | Show all posts
Melaka hanyalah Kampong .... tetapi dilebih-lebihkan demi kebesaran melayu .....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 08:23 PM | Show all posts
Ana ada bukak topik bertajuk MELAKA KURUN KE-13 Pengeksport Cermin Mata ke Negara Cina

Sudi sudikanlah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 09:48 AM | Show all posts
mdalipunte posted on 13-4-2013 08:37 PM
Melaka hanyalah Kampong .... tetapi dilebih-lebihkan demi kebesaran melayu .....

indon......... ko sentap ke? melaka sejarah kami.......kami tak berminat nk bincang sejarah indon.......so tak payah nk provoke ........
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 10:58 AM | Show all posts
Yustan posted on 16-4-2013 09:48 AM
indon......... ko sentap ke? melaka sejarah kami.......kami tak berminat nk bincang sejarah indon. ...

SEjarah masa lalu mudah duntuk dimanipulate ..... tetapi kebenaran adalah tetap  kebenaran ........
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 05:27 PM | Show all posts
mdalipunte posted on 13-4-2013 08:37 PM
Melaka hanyalah Kampong .... tetapi dilebih-lebihkan demi kebesaran melayu .....

x jugak.. otherwise.. kenape Portugese pilih Melaka.. bukan kota Pasai yg penduduknya 200,000 orang ketike tu... whyyy??? penah tanye diri sendiri???
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 09:50 AM | Show all posts
mdalipunte posted on 16-4-2013 10:58 AM
SEjarah masa lalu mudah duntuk dimanipulate ..... tetapi kebenaran adalah tetap  kebenaran ....... ...

"Whoever is lord of Malacca shall have his hands on the throat of Venice." -Tome Pires-

Venice pd ketika itu merupakan bandar kedua terbesar di Eropah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2013 02:53 PM | Show all posts
Istana Melaka yang dilakarkan tersebut mempunyai balkoni atau berandah yang menghadap ke arah pelabuhan dan sultan dilihat sedang duduk diatas balcony sambil menunggu kedatangan utusan Portugis bersama para menteri dan hulubalang. Istana ini juga bertingkat-tingkat seperti yang dikatakan dalam Sejarah Melayu.

gambaran camni mcm pnh tgk dlm filem Queen Langkasuka(thailand)
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2013 12:56 PM | Show all posts
Yustan posted on 17-4-2013 09:50 AM
"Whoever is lord of Malacca shall have his hands on the throat of Venice." -Tome Pires-

Venice ...

Takkan la gambaran Tome Pires nie sesuai dengan sebuah kampung kan? Dari gambaran Tome Pires nie boleh dianggapkan Melaka adalah kota raya yang besar, indah dan berpengaruh di seluruh dunia...Emporium timur...tempat berkumpulnya segala dagang....ini bukan kampung tapi satu kota metropolitan yang besar dan gagah!

So Indon kalau takde ape2 bole blah!

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 08:42 AM | Show all posts
mdalipunte posted on 13-4-2013 08:37 PM
Melaka hanyalah Kampong .... tetapi dilebih-lebihkan demi kebesaran melayu .....

Bercakap tanpa fakta sebaliknya lebih kepada emosi yang mungkin berpunca daripada sifat rasis terhadap Melayu?

Melaka ialah sebuah kerajaan (kingdom) yang mempunyai sistem pentadbiran monarki (raja). Kerajaan China dari Dinasti Ming ada mencatat tentang Melaka yang wujud sebagai sebuah kerajaan (beraja). Kerajaan China-Ming ada menyebut Melaka beberapa kali telah meluaskan empayarnya. Itu menunjukkan betapa besarnya kerajaan Melaka. Jadi, masakan Melaka hanyalah kampung seperti yang "mdalipunte" dakwa tanpa asas (fakta) tu.


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2013 08:44 AM | Show all posts
nobito posted on 13-4-2013 02:12 PM
Lalu bergetar lah Jiwa Melayu

Urip Melayu! Urip Melayu! Urip Melayu! bak kata Jawa Melayu{:1_ ...

Lagi seorang rasis berkata-kata. Cuba berforum tanpa emosi perkauman.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.382981 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list