View: 4486|Reply: 3
|
[Tempatan]
Kelantan Tak Sekat Guna Imam Luar Negara Untuk Solat Tarawih
[Copy link]
|
|
Kota Bharu: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) tidak melarang atau menyekat mana-mana masjid atau surau di negeri itu yang menggunakan khidmat imam dari luar negara untuk solat tarawih sepanjang Ramadan.
Timbalan Yang Dipertua Maik, Datuk Mohd AnisHussein sebaliknya berkata, ia terpulang kepada masjid berkenaan sekiranya mereka mempunyai peruntukan yang mencukupi.
"Kita tidak sekat atau larang, guna imam dari luar negara itu terpulang atas inisiatif masjid masing-masing.
"Sekiranya mereka mempunyai peruntukan yang banyak atau ada orang menderma, mereka boleh gunakan imam dari luar negara kerana bayaran mereka mungkin lebih mahal berbanding imam dari sini.
"Saya juga difahamkan ada beberapa masjid di Kelantan yang menggunakan imam dari luar negara setakat ini," katanya ketika dihubungi.
Media sebelum ini melaporkan, masjid dan surau di seluruh negeri di Terengganu dilarang menggunakan imam import daripada negara asing untuk mengimamkan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, pengurusan masjid dan surau digalakkan menggunakan khidmat kalangan pelajar tahfiz tempatan bagi mengimamkan solat tarawih.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Imam dari Iran amacam?  |
|
|
|
|
|
|
|
Imam Syiah pula bagaimana? |
|
|
|
|
|
|
|
selama ni ramai pelajar malaysia gi belajar kt luar, kt arob nak jadi imam kt tanah air sendiri, last2 masjid tanah air sendiri amik orang arab jd imam
agak2 orang arab, orang cina, orng india, orang indon, orang pilipina, orang rusia nak ke orang malaysia jd imam terawih kt negara diorag...
orang arab kalo jd imam terawih pahala nya lebih, bacaan nye lebih syahdu kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|