CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5984|Reply: 1

Menghisap Shisha 400 Kali Lebih Bahaya Dari Merokok

[Copy link]
Post time 12-4-2013 11:17 AM | Show all posts |Read mode
LONDON – Siapa bilang menghisap shisha tidak berbahaya? Kajian yang  dilakukan kerjasama Department of Health and the Centre for Tobacco  Control, termasuk fakta yang menyebutkan menghisap Shisha sama  berbahayanya dengan menghisap merokok tembakau.


Menurut hasil penelitian, seperti dikutip dari BBC, Kamis (27 / 8) waktu  setempat, masyarakat yang menghisap merokok shisha atau tembakau herba  akan berisiko mengalami peningkatan kadar karbon monoksida dalam badan.  Hal itu disebabkan, dalam satu sesi menghisap merokok shisha memiliki  kecenderungan 4-5 kali lebih tinggi kandungan karbon monoksida dalam  badan berbanding semasa menghisap merokok tembakau. Tingginya kadar  kabon monoksida ini nantinya berpotensi menyebabkan kerosakan otak dan  keadaan tidak sedar.



Shisa merupakan merokok tradisional jazirah timur tengah, yang  menggunakan ektrak buah pengganti tembakau yang dibakar menggunakan  arang batu. Prosesnya lantas menggunakan air sebagai penapis sehingga  meminimalisir kadar nikotin yang masuk ke tubuh. Shisha juga berasal  dari zaman Dinasti Mogul di  india ada banyak nama Shisha ini seperti  hookah, sheesha, okka, kalyan dan banyak lagi bergantung pada nama asal  tempat tersebut…


kandungan ShiSha ialah Tembakau ,Sirap pekat dari buah-buahan dan  lain-lain dan Arang. Shisha juga mempunyai  kandungan yang sama dengan  rokok “Tembakau” cuma yang membezakan dari segi penyediaan…jikalau   rokok tembakau kena asapkan baru sedut manakala ShiSha tembakau diperam  terlebih dahulu baru boleh disedut sampai kering….


Department of Health and the Centre for Tobacco Control mengatakan,  begitu sukar untuk mengetahui seberapa besar karbon monoksida yang  dihasilkan dari sebatang rokok hingga dapat dibezakan dengan merokok  tembakau biasa.


Akan tetapi alat pengukur kadar karbon monoksida dalam tarikan nafas  menunjukan anda bukan perokok kadar monoksida dalam darah hanya berkisar  kurang dari 1%, perokok pasif mempunyai kadar monoksida dalam darah  berkisar antara 20-40 ppm atau 2-4% dan untuk perokok berat, kadar  monoksida dalam darah boleh mencapai 30-40 ppm, atau 5-7%. Sementara  menurut hasil penelitian, para perokok shisa mempunyai kadar karbon  monoksida dalam darah mencapai 40-70 ppm atau 8-12%.



Dr. Hilary Wareingm Pengarah Pusat Kerjasama Kawalan Tembakau berkata,  dirinya begitu terkejut apabila mendengar keputusan kajian. “Mulut kita  begitu terbuka terhadap tahap kerugian, tidak ada satupun kajian yang  menunjukan keputusan mengejutkan daripada Shisha yang ternyata berbahaya  bagi kesehatan,” tukasnya.


Sementara itu, Paul Hooper, Regional Manager, Depertemen Kesihatan  Kerajaan Inggeris menyatakan penemuan hasil kajian yang menyimpulkan  shisa berbahaya bagi kesihatan akan menjadi isu besar. Bahkan untuk  Individu yang menganggap Shihsa bukanlah kiraan merokok


Tren


Sebelum kajian dilakukan, Shisha merupakan kegemaran bagi warga  keturunan Arab yang tinggal di Inggeris. Tidak hanya di Inggeris,  konsumsi Shisha juga menjadi trend di negara-negara lain termasuk juga  Indonesia serta masyarakat di Malaysia amnya kini menjadikan menghisap  shisa sebagai satu kemestian apabila berjumpa dengan rakan-rakan. Setiap   tempat-tempat makan serta tempat hiburan juga  menawarkan Shisha  praktikal dipenuhi pengunjung.


Namun, usai sosialisasi hasil penelitian dilakukan, sejumlah warga  Inggeris mengaku terkejut. “Bila anda belum tahu tentang berita ini,  tentu sangat berbahaya, jangan lakukan itu. Shisha tidak memiliki amaran  berbahaya seperti yang diberikan pada merokok,” ujar salah seorang  perempuan muda.




Sementara itu, pemuda keturunan Pakistan juga merasa terkejut. Dia tidak  menyangka, konsumsi Shisha begitu berbahaya. “Jika ibu saya tahu, saya  menghisap Shisha. Dia secara serius tidak akan membenarkan saya  mengisapnya, sama halnya saya dilarang merokok tembakau,” tutur si  pemuda.


Kesalahan utama dari konsumsi Shisha adalah miskonsepsi. Sebelum  dilakukan penelitian, mengisap Shisha tidaklah berbahaya. Namun,  fakta-fakta yang ditemui dalam kajian mengubah itu semua. “Kami telah  menjumpai fakta di mana satu sesi Shisha – menghabiskan 10 mg ektrak  buah tembakau untuk 30 minit-dapat meningkatkan kadar karbon monoksida  4-5 kali berbanding merokok,” tutur Wareing.Yang lebih buruk, ujarnya,  menghisap Shisha 400-450 kali boleh membahayakan kesihatan berbanding  merokok tembakau.


Pro-Kontra


Beberapa kalangan di Inggeris mengaku memilih berfikir dua kali untuk  menghisap Shisha usai mengetahui hasil kajian tentang Shisha. “Anda  tahu, anda boleh mati kerana merokok, tapi anda tidak pernah tahu anda  akan mati kerana Shisa,” ujar salah satu perokok Shisha di Sebuah Kafe  khusus Shisa di London. Untuk memperjelas Penemuan tersebut, dia memilih  untuk segera ke rumah dan mencari tahu.


Meskipun begitu, tidak semua warga di Inggeris mempunyai pandangan yang  sama berkaitan hasil kajian tentang Shisha. Akram contohnya, pemuda  berusia 27 tahun ini mempunyai pandangan berbeza. “Memang semua ada  resikonya, tapi semua bergantung saat mengkonsumsi, dan fakta-fakta yang  boleh saya lihat menyimpulkan bahawa merokok Shisa tidak sama dengan  merokok biasa,” tukasnya.


Pendapat lain juga diungkapkan Aktivis Kesihatan NHS Stop Smoking di  Leicester, Qasim Choudry. Menurutnya, berkongsi paip hisap Shisha  dipercayai menyebabkan jangkitan. “Begitu banyak risiko penyebab TBC,  Hepes dan jangkitan lain sebagai akibat pelbagai paip Shisha,” ujarnya.



Dia juga menjelaskan, perkembangan selesema babi yang menjadi  perbincangan hangat saat ini mungkin tidak mempunyai hubungan langsung.  Akan tetapi dia meramalkan bila gaya hidup masyarakat tidak higienis  termasuk berkongsi paip hisap Shisha akan membolehkan selesema babi  menjadi sebahagian dari akibat buruk menghisap Shisha.


Meskipun begitu, Dr Warein merasa lebih tepat apabila masyarakat sendiri  yang memilih untuk mencerna maklumat berkaitan bahaya Shisha. Pendapat  yang sama juga disampaikan Paul Hooper daripada Jabatan Kerajaan  Inggeris. Dia menyatakan hingga saat ini pihaknya berusaha keras untuk  mencari cara bagaimana memberikan mesej yang tepat kepada masyarakat  bahawa menghisap shisa itu berbahaya. “Tapi pertanyaanya, apakah anda  akan memberikan label pada tembakau dan paip hisap Shisha? Itu tidak  semudah memberikan label dari sebungkus merokok,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2013 11:37 PM | Show all posts
alamak....kena suruh hubby aku stop
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.053511 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list