CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11676|Reply: 10

Rahsia Tapak Tangan Lelaki

[Copy link]
Post time 15-4-2013 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Gusar dengan sikap mahupun identiti diri si dia yang diketemu  beberapa hari lalu? Atau masih mencari kebenaran dalam perhubungan yang  baru terjalin? Itu antara masalah yang melanda segelintir kaum wanita  hari ini.

Tidak perlu bersusah payah untuk mengorek rahsia dirinya dengan memaksa  si dia berterus-terang dengan setiap tindakannya. Cuba amati rahsia  telapak tangannya secara diam-diam.



Menurut pakar palmistry (membaca garis tangan) dan penulis buku Read His  Hands, Know His Heart, Marion Gale, dengan hanya melihat telapak tangan  lelaki, seseorang boleh mengetahui rahsia hati seorang lelaki.


“Jika ingin mengetahui karakter lelaki sebelum kamu menjalinkan hubungan  serius, terokalah telapak tangan kanannya,” ujar Gale.


Earth hand


Sekiranya si dia mempunyai telapak tangan dengan bahagian tengahnya  berbentuk bujur dengan ukuran jari-jemari yang pendek, ini membawa erti  si dia tergolong dalam kumpulan earth hand.


Lelaki ini kebiasaannya bersifat konservatif. Ia juga mempunyai  pemikiran yang tinggi dan kestabilan dalam hidup.


Jika kamu berjaya menemui lelaki earth hand di tengah-tengah kota  metropolitan, kemungkinan besar mereka memiliki rumah yang besar dengan  halaman yang cukup luas untuk menyalurkan hobinya dalam aktiviti  berkebun. Dia juga seorang lelaki yang gemar memasak dan bijak  menyediakan sesuatu hidangan.


Water hand


Telapak tangan berbentuk segi panjang, dengan saiz jarinya berukuran  panjang. Lelaki ini tergolong sebagai lelaki yang baik hati, sabar dan  gemar menelaah bahan-bahan bacaan.


Bahkan, dia amat cenderung dengan panggilan ulat buku. Lelaki water hand  juga mempunyai keperibadian yang tenang.


Kamu lebih banyak menemui mereka di acara-acara kebudayaan daripada  bersosial di kelab-kelab malam atau bar.

Air hand


Lelaki air hand memiliki telapak tangan berbentuk bujur tetapi dengan  jari-jari tangan yang panjang. Lelaki jenis ini mudah mempelajari  hal-hal yang baru dan berwawasan dengan melakukan aktiviti mengembara ke  kota atau negara lain.


Disebabkan dia mempunyai hobi yang ekstrem, lelaki ini sangat teratur  dalam setiap perjalanan hidupnya.


Dia juga senang mendalami hobi baru. Hanya dengan sebuah perbualan yang  bijak, lelaki ini mudah tertarik kepada kamu.


Fire hand


Lelaki dengan telapak tangan berbentuk segi panjang dengan jari-jari  tangan pendek, kebiasaannya cepat berasa gelisah apabila duduk dalam  suatu jangka masa yang lama.


Dia sangat menyukai perkara-perkara berbaur tentangan, sehingga tenaga  lelakinya akan disalurkan.


Meskipun begitu, si fire hand ini sebenarnya berkeperibadian tingi dan  seorang yang mudah bergaul. Tidak hairanlah, kerana dia mempunyai ramai  teman yang begitu mengambil berat terhadapnya.


Sekiranya kamu tidak bersikap bossy terhadapnya, dia pasti akan  ‘menenggelamkan’ dirinya dalam hubungan yang penuh keterujaan bersama  kamu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2013 04:41 PM | Show all posts
aku x reti nak tengok tapak tangan aku jenis apa..........
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2013 07:45 PM | Show all posts
kalau yg jenis 'back hand'....asik2 nak 'hand' kan gf/bini/mak/pak/tok/nek plak kategori mane

oppp tambah sket...yg jenis sekenhen plak?haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 01:58 AM | Show all posts
tak der makner nyer..

mata aku selaku tgk tangan lelaki bukan sebab lelaki tu hensem or kaya watever, just tgk sebb dari situ kita tau dia ni jenis handyman atau candyman

ps:  perkataan ciptaan aku semata..
handyman - boleh betolkan paip bocor, atap bocor, longkang sumbat pendek kata all over kat rumah dia boleh buat
candyman -  tangan lelaki tapi tak macam lelaki, halus runcing macam perempuan atau mcm lelaki kpop.. adus... selalunya menyapu   sampah pon tak nak

by the way, tgk jari kaki especially ibu jari kaki, dah hujung hidung, boleh agak dia ni jenis ambik wuduk ataupon tidak .. jeng jeng jeng
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 02:09 AM | Show all posts
lavendernovella posted on 16-4-2013 01:58 AM
tak der makner nyer..

mata aku selaku tgk tangan lelaki bukan sebab lelaki tu hensem or kaya wat ...

Macam mana nak tau laki tu jenis ambik wuduk ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 02:29 AM | Show all posts
mslovex posted on 16-4-2013 02:09 AM
Macam mana nak tau laki tu jenis ambik wuduk ke tak?

ada sinar dihujung hidungnya dan di ibu jari kakinya... cam mana nak tau .. cuba tgk kat orang yang solat dgn orang yang tak solat.. lama2 dapat bezakan.. tak kiralah kulit dia hitam ke putih ke, cekelet ke..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-4-2013 08:15 AM | Show all posts
lavendernovella posted on 16-4-2013 01:58 AM
tak der makner nyer..

mata aku selaku tgk tangan lelaki bukan sebab lelaki tu hensem or kaya wat ...

betul betul betul

candyhand/man boleh lah cari anak tuan raja mana-mana

thx for the info though

blh try and observe after this
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 10:00 AM | Show all posts
klau hand'some' ade tak?? huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2013 12:54 PM | Show all posts
hahaha boleh caye ke ni...???
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 09:40 PM | Show all posts
ini semua tak boleh pakai..

tengok baper banyak duit dia ada..
yang lain2 semua bole adjust..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2013 12:59 AM | Show all posts
mslovex posted on 16-4-2013 02:09 AM
Macam mana nak tau laki tu jenis ambik wuduk ke tak?

tgok la laki tu semayang ka idak..kalu dia semayang tu tandanye dia jenis ambil wuduk la tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.310770 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list